Duit Hanyalah Alat, Bukan Tuan: Kaya Itu Bukan Satu Kesalahan

Duit hanyalah alat sahaja

“Duit hanyalah alat” – satu frasa ringkas, tetapi mengandungi makna yang sangat mendalam. Kekayaan yang kita dapat hari ini sekadar pinjaman sementara dari Tuhan.

Tidak ada apa yang perlu dibangga, kerana esok lusa, ia boleh pergi bila-bila masa sahaja.

Wang, dalam kuantiti yang banyak sekali pun, tidak bersalah. Ia hanyalah sekeping kertas, kepingan logam, atau nombor digital. Ia benda yang tak bernyawa.

Kita yang memegang tanggungjawab sepenuhnya ke atasnya. Persoalannya, bagaimana kita memilih untuk menggunakan alat ini?

Dua Jenis Kuasa Duit: Kebaikan vs. Keburukan

Apabila duit hanyalah alat, nilainya bergantung sepenuhnya pada tangan yang memegangnya.

1. Duit di Tangan Orang yang Baik

Jika wang ini berada di tangan orang yang baik, yang sedar diri mereka hanyalah pemegang amanah, maka hasilnya juga pasti baik dan memberi manfaat yang luas kepada masyarakat. Pelbagai perkara yang bermanfaat boleh dilakukan dengan duit yang dimiliki. Contohnya:

  • Boleh bantu keluarga di kampung, meringankan beban ibu bapa dan adik-beradik.

  • Boleh bersedekah secara konsisten, menyokong usaha dakwah dan kebajikan.

  • Boleh berwakaf untuk membina sekolah, masjid, atau pusat komuniti.

  • Boleh berzakat, membersihkan harta dan menyempurnakan rukun Islam.

Jemput baca tentang zakat emas & perak: https://irfansaidali.com/zakat-emas-dan-perak/

2. Duit di Tangan Orang yang Salah

Tetapi, jika ianya dapat ke tangan orang yang salah, yang melihat duit sebagai Tuhan atau matlamat utama, kita akan rasai sendiri padahnya.

Banyak perkara buruk boleh berlaku, bukan sahaja kepada individu itu tetapi kepada seluruh sistem masyarakat. Kita sendiri pun tahu. Contohnya:

  • Rasuah dan korupsi yang merosakkan negara dan amanah.

  • Menggunakan duit untuk mendapat kekuasaan, pangkat, atau memenuhi nafsu seperti mendapatkan wanita, kereta mewah, dan rumah besar-besar tanpa batasan etika.

  • Penindasan pekerja demi mengejar keuntungan yang tidak berkesudahan.

Bagaimana Memastikan Duit Hanyalah Alat di Tangan Kita? 

Mempunyai duit yang banyak dan kekayaan yang melimpah-ruah tak salah. Sebenarnya, menjadi kaya bukanlah satu kesalahan. Ia adalah potensi yang diberikan kepada kita.

Kita perlu sentiasa ingat bahawa duit hanyalah alat untuk memudahkan urusan hidup, bukan untuk mendefinisikan nilai kita sebagai manusia.

  1. Tetapkan Matlamat Jelas: Guna duit untuk tujuan yang jelas (contoh: dana pendidikan anak, pelaburan masa depan, target bantu 10 keluarga setahun).

  2. Amalkan Mindset Beri: Jangan fokus kepada mindset “mengumpul dan menyimpan sahaja”. Ajar diri untuk memberi kerana memberi akan sentiasa membuka pintu rezeki yang lain.

  3. Sentiasa Beralas Kaki: Kekayaan hari ini adalah sementara. Ingatlah orang susah. Ini akan membantu kita kekal merendah diri dan mengelakkan diri dari kesombongan: https://ybim.org.my/bantuan-dana-masjid-daif/.

Terpulang kepada kita yang mempunyai akal fikiran untuk buat apa dengan duit dan kekayaan yang kita miliki. Kita boleh menilai mana yang baik, mana yang buruk. Jangan biarkan alat mengawal tuannya.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Menjadi kaya bukanlah satu kesalahan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *