Fokus Gram Simpan Emas, Bukan Harga

Fokus Gram Simpan Emas, Bukan Harga

Penyimpan emas tegar selalunya ada satu mindset yang sama: Fokus gram simpan emas, bukan harga harian. Ya, saya ulang. Jangan buang masa nak pantau harga emas naik atau turun. Kenapa?

Harga emas sememangnya ada naik dan ada turun dalam jangka masa pendek. Kalau naik tak turun-turun itu pelik namanya.

Pergerakan harga ini adalah normal. Jadi, usah dipedulikan sangat, terutamanya jika anda seorang penyimpan jangka panjang.

Realiti Harga Hari Ini (4 Disember 2025)

Kalau kita tengok balik perjalanan harga emas, memang jelas ada satu mesej penting yang kita tak boleh abaikan. Fakta ini saja sudah cukup untuk suntik motivasi dan buat kita lebih serius dalam membina simpanan emas.

Hari ini, harga 1 gram emas GAP (24K) Public Gold berada pada sekitar RM604/gram.
Dua tahun lepas pula, sekitar 2023, harga emas 999 hanyalah RM290 – RM315/gram.

Perbezaan ini bukan sekadar nombor. Ia membuktikan satu perkara: dalam jangka panjang, emas hampir selalu bergerak naik. Ada turun naik kecil memang normal tapi trend besar tetap menaik. Sebab itu kita kena tanam satu prinsip ringkas dalam kepala:

“Ada duit, jadi emas.”

Kalau ada lebihan duit, tukarkan terus kepada emas supaya ia tak habis ke benda tak perlu, tak terhakis oleh inflasi, dan tak terjebak dengan perbelanjaan impulsif.

Matlamat Utama: Kenapa Anda Simpan Emas?

Matlamat ialah kompas. Ia memastikan kita kekal konsisten walaupun harga harian berubah-ubah. Bila anda ada matlamat yang jelas, emosi takkan mudah mengawal keputusan kewangan anda.

Antara matlamat kukuh yang ramai gunakan:

• Simpanan kecemasan masa depan yang kalis inflasi
• Simpanan pendidikan anak-anak
• Simpanan untuk Haji atau Umrah. (Baca Cara Tunaikan Umrah/Haji dengan Emas di sini.)
• Simpanan untuk kahwin, modal permulaan, atau mas kahwin

Ingat, 1 kilogram emas yang kita impikan bermula dengan 1 gram yang pertama. Jangan tunggu masa “sempurna”. Mula saja.

Melalui program GAP, RM100 pun sudah boleh dapat sekitar 0.1656 gram. Kecil? Ya. Tapi itulah batu pertama yang menentukan ke mana arah kewangan anda 5–10 tahun dari sekarang.

Harga Turun, Peluang Tambah Gram

Ramai panik bila harga emas turun. Sedangkan, bagi penyimpan yang faham strategi, harga turun itu sebenarnya bonus!

Harga rendah bermaksud anda boleh tambah gram pada kos lebih murah. Inilah konsep Dollar Cost Averaging (DCA) dalam simpanan emas. Jangan lari bila harga turun, sambut dia! Sebab inilah waktu emas dibeli, bukan waktu dijual.

Contoh mudah:

Kalau hari ini anda beli 50g pada harga RM29,885, dan harga turun esok. Anda sebenarnya sedang diberi peluang untuk tambah gram dengan lebih murah. Win.

Waktu sesuai untuk pantau harga hanyalah ketika anda ingin guna tunai dan nak jual. Pada masa itu barulah kita cari harga paling optimum, pastikan ia melebihi harga kos.

Selain daripada itu, tak perlu buang masa tengok carta setiap hari. Fokus anda hanyalah satu: Pertambahan Gram, bukan naik turun Ringgit.

Setiap gram yang bertambah hari ini ialah kekuatan kewangan esok. Yang penting, konsisten. Gram bukan menipu. Nilainya kekal, kuasanya terbukti.

 

Ketika ini, harga emas RM314 segram. 3 tahun lepas, harga emas hanyalah RM246 segram
Tahun 2023, harga emas RM314 segram. Tiga tahun lepas, harga emas hanyalah RM246 segram.
Realiti Harga Emas Terkini (4 Disember 2025)
Harga Emas Terkini (4 Disember 2025)
fokus gram simpan emas bukan harga
1 kilogram emas ini bermula dengan 1 gram yang pertama

Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *