Menjadi Dealer Public Gold adalah salah satu cara untuk kita menjana pendapatan pasif.
Sebagai Dealer Public Gold, anda akan mendapat banyak faedah daripada syarikat Public Gold yang terbukti kukuh di Malaysia.
Ia akan mengubah kehidupan kita seperti menambahkan pendapatan, mencapai kebebasan kewangan dan kita akan ada lebih banyak masa untuk keluarga.
Selain itu, dengan Public Gold, kita dapat menikmati percutian di seluruh dunia secara percuma! Banyak lagi kelebihan dan insentif yang saya belum ceritakan kepada anda.
Kelebihan Dealer Public Gold
1 – Insentif Atas Pembelian Emas Untuk Diri Sendiri
Apabila anda berstatus dealer, setiap kali anda membeli emas untuk simpanan anda, anda akan menerima insentif. Rebat ini dibayar mengikut status dealership masing-masing sebagaimana berikut:
Normal Dealer – 1.0% dari jumlah pembelian.
Priority Dealer – 1.5% dari jumlah pembelian.
Master Dealer – 2.0% dari jumlah pembelian.
Nota: Insentif akan dibayar pada 20 hari bulan pada bulan berikutnya
2 – Insentif Atas Jualan Balik Emas Kepada Public Gold
Apabila anda ingin jual semula emas kepada Public Gold bagi mendapatkan wang tunai, sebagai dealer, anda akan menikmati rebat tambahan 0.3% atas harga jualan emas tersebut.
Insentif ini akan dibayar pada 20 hari bulan pada bulan berikutnya. Ia akan diberikan kepada anda setiap kali anda menjual emas, sepanjang hayat anda.
Sebagai contoh, jika anda jual emas dan terima RM10,000 atas jualan berkenaan, PG akan berikan tambahan 0.3% iaitu RM30 (RM10,000 x 0.3%) kepada anda!
3 – Insentif Memperkenalkan Pembeli Emas
Public Gold juga menawarkan insentif berdasarkan jumlah pembelian emas setiap kali penyimpan emas yang kita daftarkan sebagai ahli Public Gold membeli emas seperti berikut:
Normal Dealer – 1.0% dari jumlah pembelian.
Priority Dealer – 1.5% dari jumlah pembelian.
Master Dealer – 2.0% dari jumlah pembelian.
4 – Keuntungan Berniaga Emas Tanpa Kos Sewa Kedai
Dealer Public Gold dapat lesen jual beli emas Public Gold, iaitu menjadi tokey emas tanpa kos sewa kedai emas.
Anda akan dapat menjadi peniaga emas tanpa kedai emas, tak perlukan modal untuk membuka kedai emas atau menyewa lot.
5 – Keuntungan Dari Kenaikan Dan Penurunan Harga Emas
Pengedar emas Pubic Gold mendapat keuntungan daripada kenaikan dan juga ketika harga emas turun. Berniaga emas akan mendapat keuntungan sama ada emas dijual atau tidak dijual.
Dealer Public Gold dapat menjual emas kepada kawan-kawan dan mendapat dua keuntungan iaitu keuntungan komisyen dan keuntungan dari kenaikan harga emas.
Syarat Menjadi Dealer Public Gold
Untuk layak menjadi dealer, tiada yuran dikenakan sebaliknya status ‘Dealer Public Gold’ diberikan percuma apabila kita mencukupi syarat ditetapkan iaitu:
- Normal Dealer – Buat pembelian mengikut promosi bulanan dalam 1 resit atau daftarkan 50 orang penyimpan emas dalam tempoh 3 bulan (bulan jadi ahli + 2 bulan).
- Priority Dealer – Buat pembelian mengikut promosi bulanan dalam 1 resit atau daftarkan 150 orang penyimpan emas dan jumlah pembelian emas oleh diri sendiri dan penyimpan emas yang didaftarkan mencukupi RM150,000 dalam tempoh 12 bulan kebelakang.
- Master Dealer – Daftarkan 300 orang penyimpan emas dan jumlah pembelian emas oleh diri sendiri dan penyimpan emas yang didaftarkan mencukupi RM300,000 dalam tempoh 12 bulan kebelakang.
Setiap pembelian promosi perlu disertakan dengan pembelian Wealth Card 0.5 gram sebagai kelayakan untuk menjadi dealer.
Promosi Dealer Public Gold
NORMAL DEALER
Pembelian emas 1 dinar x 10 keping atau Outright Purchase (dalam satu resit). Bayaran penuh atau EPP 10 bulan untuk Outright Purchase
* Pembelian promosi ini beserta pembelian Wealth Card 0.5gram berharga RM300
PRIORITY DEALER
Pembelian emas 1 dinar x 18 keping atau Outright Purchase (dalam satu resit). Bayaran penuh atau EPP 10 bulan untuk Outright Purchase.
* Pembelian promosi ini beserta pembelian Wealth Card 0.5gram berharga RM300
Untuk mula menjadi Dealer, boleh terus hubungi saya. Klik butang di bawah.