Ditubuhkan pada tahun 2008, Public Gold Group berkembang sebagai antara jenama logam berharga paling dipercayai di Malaysia. Syarikat ini turut mempunyai reputasi kukuh di Asia Tenggara dan Dubai.
Kejayaan Public Gold didorong oleh sokongan rakan niaga, kakitangan dan pelanggan yang setia sejak awal penubuhan. Bermula sebagai syarikat perdagangan emas dan perak, Public Gold kini diiktiraf sebagai perintis industri logam berharga tempatan.
Public Gold menawarkan emas dan perak patuh Syariah dengan ketulenan 916 dan 999.9. Selain itu, syarikat turut menyediakan produk emas khas untuk keperluan industri dan korporat.
Dengan kepakaran dalam pemintan dan penapisan emas, Public Gold menekankan kawalan kualiti yang ketat. Setiap produk dihasilkan mengikut piawaian tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Seiring perkembangan pasaran, Public Gold memperluaskan perkhidmatan melalui Public Safe.
Kemudahan ini menyediakan peti simpanan keselamatan berteknologi tinggi di kawasan Utara dan Tengah Malaysia. Ia dilengkapi sistem keselamatan kukuh serta peti simpanan oleh Chubb Safe.
Di peringkat industri, Public Gold memainkan peranan aktif dalam Malaysia Gold Association (MGA). Penglibatan ini bertujuan menangani isu dasar industri dan melindungi kepentingan pemilik emas.
Secara keseluruhan, Public Gold mengekalkan fokus terhadap kepercayaan, kualiti dan inovasi. Pendekatan ini menyokong usaha jangka panjang dalam pemeliharaan dan perlindungan kekayaan masyarakat.
Produk Emas & Perak Public Gold

Cara Belian Emas & Perak Public Gold
Asasnya ada 3 cara beli:
- Belian Tunai
- EPP 6 atau 10 kali bayar (Syariah Easy Payment Purchase)
- Akaun simpanan serendah RM100 (tiada komitmen bulanan)
Jadi, bila kita buka akaun, kita akan dapat username (PG Code) dan boleh buat belian dengan semua 3 cara tadi untuk dapat emas fizikal. Pokoknya, bergantung dengan bajet dan matlamat individu.
Untuk mulakan simpanan emas anda yang pertama, klik link di bawah. Saya akan bantu anda.