Bank Tempat Beli Emas?

Bank Tempat Beli Emas?

Bank tempat beli emas? Ini mungkin akan menjadi pilihan sesetengah di antara kita, betul tak? Sebab kita percaya bahawa simpanan emas di bank adalah yang paling bagus.

Jawapannya, tidak!

Jom saya kongsikan sebabnya dan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum kita beli emas di bank.

Saya akan bagi satu contoh satu akaun simpanan emas di bank, dalam artikel ini saya akan menggunakan CIMB Bank.

e-Gold Investment Account (eGIA) CIMB

Akaun Pelaburan Emas CIMB (eGIA) menawarkan cara yang mudah dan senang untuk kita melabur dalam emas tanpa perlu memegang emas fizikal.

Anda boleh gunakan faktor-faktor ini untuk menilai akaun simpanan emas di bank-bank yang lain.

Berikut adalah lima perkara penting yang perlu kita pertimbangkan:

1- Ada Emas Fizikal atau Hanya Digital?

Melalui eGIA, kita akan melabur dalam emas secara digital sahaja. Maksudnya, kalau kita nak tebus dalam jongkong atau syiling emas fizikal, permintaan kita tak akan dilayan.

Untuk orang Islam, emas adalah barang ribawi. Item yang dikategorikan sebagai barang ribawi, kita mesti dapatkan fizikalnya atau kita akan menyalahi konsep patuh syariah.

Bank tempat beli emas? - Emas dan perak dikategorikan sebagai barang ribawi
Emas dan perak dikategorikan sebagai barang ribawi

Jika anda yang bukan beragama Islam, terpulang kepada anda. Namun, jika berlaku apa-apa terhadap ekonomi dunia, anda tiada emas fizikal dalam tangan sebagai backup.

2- Berapa Harga Emas Segram & Syarat Belian?

Nilai akaun eGIA berkait rapat dengan harga emas semasa yang berubah-ubah mengikut keadaan pasaran.

Memantau trend pasaran dan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas boleh membantu kita membuat keputusan yang lebih bijak.

Sangat penting untuk tahu berapa harga emas & minimum pembelian yang ditawarkan
Sangat penting untuk tahu berapa harga emas & minimum pembelian yang ditawarkan

Di eGIA, minimum pembelian anda adalah 1 gram. Transaksi jual beli emas semasa boleh terus dibuat di apps CIMB Clicks.

Penting untuk kita ingat bahawa harga beli mesti berbeza dengan harga jual semula. Di sini kita perlu kira berapa % spread yang dikenakan.

3- Emas Tak Berikan Dividen

Berbeza dengan akaun simpanan biasa atau deposit tetap, eGIA tidak menawarkan dividen atau faedah.

Keuntungan kita hanya datang daripada kenaikan nilai emas. Jika harga emas naik selepas kita membeli, kita akan mendapat manfaat daripada kenaikan tersebut.

Emas tak memberikan sebarang pulangan atau dividen
Emas tak memberikan sebarang pulangan atau dividen

Jika ia turun, nilai pelaburan kita juga akan berkurangan. Sebab itu, saya sangat sarankan anda mempunyai simpanan tunai yang cukup sebelum melabur dalam emas.

Baca artikel saya di sini; Tips Seimbangkan Dana Kecemasan dan Simpanan Emas

4- Keperluan Baki Minimum

CIMB memerlukan kita mengekalkan baki minimum untuk akaun eGIA. Ini bermaksud kita perlu memastikan baki akaun tidak jatuh di bawah paras ini, atau kita mungkin dikenakan penalti atau akaun ditutup.

Sentiasa pantau baki kita untuk mengelakkan sebarang caj yang tidak diperlukan.

Caj yang dikenakan oleh CIMB jika kita tak capai baki minimum:
Annual service fee of RM5.00 – in the event the gold balance in the eGIA falls below 5 grams as at 31 December.

Setiap bank berbeza-beza dan anda perlu semak perkara ini. Sangat penting untuk anda baca satu per satu Product Disclosure Sheet mereka.

5- Yuran dan Caj

Walaupun eGIA menawarkan cara untuk melabur dalam emas digital, masih ada yuran dan caj yang terlibat.

Sebagai contoh:
Annual service fee of RM5.00 – in the event the gold balance in the eGIA falls below 5 grams as at 31 December.
A closing fee of RM10 should the eGIA be terminated within 6 months of opening.

Penting untuk kita sedar tentang kos-kos ini supaya kita memahami nilai bersih pelaburan emas yang dibuat.

Kesimpulan

Tak dinafikan yang Akaun Pelaburan Emas CIMB adalah pilihan yang baik untuk kita yang ingin melabur dalam emas tanpa susah payah menguruskan emas fizikal.

Walau bagaimanapun, penting untuk kita memahami sifat emas digital, turun naik pasaran, dan yuran yang berkaitan sebelum membuat pembelian.

Bank Tempat beli emas? - 250g Gold Bar Public Gold
Sangat penting untuk kita simpan emas fizikal

Satu lagi perkara, apa kesannya jika kita hanya memiliki digital sahaja dan tidak menyimpan emas fizikal dalam tangan?

Dengan memahami perkara-perkara utama ini, kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak dan mengoptimumkan strategi pelaburan kita.

Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *