Promo Dealer Public Gold kini kembali! Bagi anda yang sudah lama memerhati perkembangan pasaran emas, inilah masanya untuk bertindak.
Bermula dari 26 sehingga 31 Januari 2026, Public Gold menawarkan peluang keemasan untuk anda upgrade status daripada penyimpan emas biasa kepada seorang Dealer yang bertauliah.
Mengapa Anda Perlu Introducer Emas?
Memulakan simpanan emas tanpa ilmu ibarat memandu di jalan gelap tanpa lampu. Dalam ekosistem Public Gold, sistem Introducer atau Dealer diwujudkan bukan sekadar untuk jualan, tetapi sebagai pembimbing.
Ramai penyimpan emas mati separuh jalan kerana mereka membeli tanpa bimbingan.
Mereka beli segram, kemudian tidak tahu bila waktu sesuai untuk tambah, bagaimana cara pajak di Ar-Rahnu, atau cara menjual balik dengan keuntungan tinggi.
Tanpa Introducer, anda mungkin terpaksa menumpang kasih dengan dealer lain apabila timbul masalah teknikal.
Seorang Dealer yang komited bertindak seperti remisier saham. Tanggungjawab kami meliputi:
-
Membantu memantau harga emas semasa.
-
Membantu proses lock harga ketika pasaran volatile.
-
Berurusan dengan staf HQ untuk semakan order dan penghantaran (GIT).
-
Membimbing urusan claim atau jualan balik (buyback).
Tawaran Eksklusif Promo Dealer Public Gold
Berdasarkan promosi terbaru melalui Facebook Live, anda boleh memulakan langkah sebagai usahawan emas dengan syarat yang lebih rendah berbanding waktu biasa. Berikut adalah ringkasan pakej yang ditawarkan:
| Kategori Produk | Normal Dealer | Priority Dealer |
| Emas (Gold Bar) | 25 Gram | 40 Gram |
| Dinar | 6 Dinar | 10 Dinar |
| Silver (Perak) | 1.5 kg | 2.5 kg |
| Akaun GAP | RM 10,000 ke atas | RM 20,000 ke atas |
Dengan menyertai Promo Dealer Public Gold ini, anda bukan sahaja memiliki aset fizikal yang bernilai, malah anda layak mendapat bimbingan terus daripada pakar kewangan negara seperti Tuan Azizi Ali dan mahaguru emas, Encik Syukor Hashim.
Nak jadi dealer Public Gold yang berjaya? Cukup mudah. Caranya, beli emas nilai seperti di dalam poster dan emas 0.5 gram (Wealth card). Kemudian, sertai training yang diadakan oleh team kami PG1m.
Bagaimana Dealer Jana Pendapatan?
Ramai yang bertanya, adakah bisnes ini hanya mengkayakan orang atas? Jawapannya, tidak. Model perniagaan Public Gold sangat telus.
Siapa yang rajin berusaha, dia yang akan mendapat hasilnya. Sebagai dealer, anda dibayar komisyen (insentif) atas usaha memberi khidmat nasihat kepada orang lain.

Struktur insentif awal untuk anda adalah:
-
Normal Dealer: 1% bagi setiap pembelian pelanggan.
-
Priority Dealer: 1.5% bagi setiap pembelian pelanggan.
-
Buyback: 0.3% untuk emas PG dan 1% untuk emas non-PG.
Realitinya, tidak semua orang mahu menjadi dealer.
Namun, bagi anda yang ingin menambah pendapatan dalam ekonomi mencabar tahun 2026 ini, menjadi sebahagian daripada keluarga Dealer Public Gold adalah langkah yang bijak.
Anda membantu orang lain menyelamatkan nilai wang mereka ke dalam bentuk emas, dan pada masa yang sama, anda mendapat rezeki atas ilmu yang dikongsi.
Mulakan Langkah Anda Hari Ini
Jangan biarkan peluang Promo Dealer Public Gold ini berlalu begitu sahaja. Emas bukan sekadar logam kuning, ia adalah pelindung kekayaan.
Dengan bimbingan yang betul daripada Introducer yang tepat, simpanan emas anda akan lebih konsisten dan berkembang.
Jika anda serius ingin belajar cara memulakan simpanan atau berminat menjadi dealer, saya sedia membimbing anda dari A ke Z. Hubungi saya melalui pautan di bawah untuk sesi konsultasi percuma.
Irfan Said,
Dealer Sah Public Gold since 2020.
