Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kalau anda ada rancangan nak beli emas, tunggu sekejap!
Selagi anda tak hadam 8 perkara yang saya nak kongsi ini, anda jangan beli emas lagi. Kenapa saya tulis macam ini? Baik, jom kita teruskan pembacaan.
Sebelum anda beli emas, pastikan anda dah tetapkan matlamat simpanan emas dan tempoh masa untuk mencapai matlamat tersebut.
“Tapi Cik Irfan, saya tak reti nak tetapkan matlamat simpanan emas”. Baik, saya boleh tolong insya-Allah.
Apa tujuan simpanan emas?
– Untuk simpanan kecemasan 3 hingga 6 bulan gaji
– Dana perkahwinan
– Dana persaraan
– Tabung pendidikan anak-anak
– Tabung Haji dan Umrah
– Tabung deposit rumah pertama
– Modal perniagaan
Haa mudah bukan? Terlalu banyak sebenarnya cara untuk kita memanfaatkan simpanan emas.
“Baik, saya dah ada matlamat. Sekarang, apa yang saya perlu buat Cik Irfan?”
Berdasarkan pengalaman saya, saya nak kongsikan 8 tips penting. Anda boleh jadikan tips ini sebagai panduan untuk capai matlamat simpanan emas anda.
8 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK
Public Gold satunya syarikat jual beli emas disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission dan World Gold Council.
Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah Islam. Tiada was-was.
Public Gold tiada kaitan dengan Public Bank mahupun Public Library. Saya gemar bandingkan Public Gold sebagai kedai emas seperti Habib Jewel atau Poh Kong.
Bezanya cuma jenis emas dijual. Public Gold jual emas berbentuk jongkong dan syilling emas khusus untuk saving.
i) Harga Per Gram Emas
Ini adalah paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dengan telus pada setiap masa.
Harga emas Public Gold boleh dirujuk di https://www.publicgold.com.my/
Harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. (harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!)
Untuk harga akaun GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.
Kalau nak beli emas, rujuk harga PG SELL. Satu hari nanti nak jual emas, lihat harga PG BUY.
TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator.
ii) Susut Nilai yang Rendah
Istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada susut nilai bagi emas ialah nilai spread.
Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.
Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli. Kalau kalian nak tahu, spread barang kemas boleh cecah 25%-40% tau! Tinggi yang amat.
Sebab itu, barang kemas bukan di anggap item simpanan dan pelaburan.
Bagi Goldbar and Dinar Public Gold, nilai spread dah ditetapkan pada kadar 6%-9%. Nilai spread jauh lebih kecil apabila nak dijual semula dan akan memberikan keuntungan jauh lebih besar sewaktu harga emas naik.
iii) Stok Tiada Had
Emas ni pelik, makin turun harga makin ramai pembeli. Sama macam rumah. Alangkah bahagianya bila dapat beli emas dan rumah pada harga yang murah.
Tetapi ada syarikat lain, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba stok tak ada. Haa terus lesap ‘bahagia’ tadi tu.
Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli 1 kilogram emas setiap minggu pun boleh. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas tersendiri.
iv) Tiada SST atau GST
Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas yang diimport untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.
Hanya emas yang diiiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA) tidak dikenakan SST atau GST.
Dan emas Public Gold adalah emas yang berstatus LBMA.
v) Diterima Gadaian Ar-Rahnu
Tak semua jenama emas diterima untuk gadaian Ar-Rahnu. Hanya brand emas yang established saja diterima.
Public Gold diterima di semua institusi gadaian Ar-Rahnu di Malaysia dan Brunei Darussalam.
TIPS: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati!
vi) Senang Nak Jual Semula
“Wah, sekarang saya dah faham Cik Irfan. Tapi Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak?”
Boleh kalau anda nak jual di kedai emas, cuma perlu ingat – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.
Cara paling bijak, jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. Harga rujuk PG BUY di website Public Gold.
vii) Jaminan Belian Semula
Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual saja. Ish ish ish.
Dengan Public Gold, anda boleh jual seberapa banyak emas yang anda dah beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan terus masuk ke akaun anda.
Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold. Rate tinggi tau!
Semoga 8 tips ini memberikan manfaat buat anda. Kalau anda rasa tips ini menarik, cepat-cepat share pada keluarga dan saudara-mara.
Irfan Sa’id,
Untuk lebih banyak tips emas, jom follow channel ini https://t.me/irfsansaidali