Kelebihan Public Gold

Kelebihan emas Public Gold ini telah diakui sejak tahun 2008 sehingga sekarang. Kalau anda tanya saya, simpan emas jenama Public Gold atau emas jenama lain?

Jawab saya, sudah tentunya Public Gold.

Saya mula beli emas Public Gold pada tahun 2020 dan alhamdulillah kekal sampai ke hari ini. Public Gold adalah pilihan pelaburan emas fizikal terbaik di Malaysia kerana:

  • Senang beli emas.
  • Harga belian balik emas yang tinggi
  • 100% jaminan belian balik emas
  • Diterima meluas di Ar-Rahnu
  • Urusniaga yang sangat telus.

Tapi tunggu dahulu. Jangan percaya bulat-bulat cakap saya.

Cuba teliti 10 perkara penting yang saya senaraikan ini. Kemudian, bandingkan Public Gold secara keseluruhan dengan emas-emas jenama lain yang ada di pasaran.

1 – Harga Lebih Murah

Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas. Malah, ia lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain.

Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram atau sekitar 15% berbanding kedai emas.

Public Gold adalah kilang emas, seolah-olah kita beli terus dari kilang. Apabila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.

Emas Public Gold yang bertaraf antarabangsa
Emas Public Gold yang bertaraf LBMA

2 – Kadar Spread Terendah Di Pasaran

Spread (susut nilai) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.

Kelebihan Public Gold adalah pada faktor ini. Kadar spread emas Public Gold cuma 6% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih.

Kadar spread ini antara yang terendah di pasaran. Selain Kijang Emas Maybank, emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH).

Kalau kalian perhati, pembeli emas Public Gold lah yang paling aktif jual beli emas di Malaysia! Ini disebabkan spread yang rendah dan nipis. Bila harga emas naik sikit sahaja, pembeli dah boleh jual untuk dapat untung.

Public Gold menawarkan kadar spread yang terendah di pasaran
Kadar spread emas Public Gold

Jika anda berstatus dealer Public Gold, anda dapat jimat lebih. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh kurangkan susut nilai sebenar sebanyak:

  • 1.3% (Normal Dealer)
  • 1.8% (Priority Dealer)
  • 2.3% (Master Dealer)

Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 6%), susut nilai sebenar cuma 3.7% (6% tolak 2.3% rebat).

Maksudnya, kalau harga emas naik 5% pun dah untung 1.3%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.

Contoh di bawah, katakan saya beli jongkong emas berat 250 gram pada 4 Jun 2019.

Harganya waktu itu RM46,905 (Rujuk harga PG Sell).

Harga emas Public Gold tahun 2019
Harga emas Public Gold tahun 2019

Hari ini, 07/04/2020 kalau saya nak jual semula emas 250 gram, rujuk harga PG BUY iaitu RM55,835.

Kelebihan Public Gold adalah kita boleh pantau pergerakan harga setiap masa
Harga emas Public Gold tahun 2020

Sebagai dealer Public Gold, kita dapat ekstra 0.3% lagi iaitu RM167.50. Public Gold bagi total RM56,002.50

3 – Stok Tiada Had

Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak emas yang kita mahu.

Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock. Hentikan jualan buat sementara waktu.

1 kilo emas Public Gold
1 kilo emas Public Gold bernilai RM330,000 (25/12/2023)!

Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat short-term profit.

Saya perhati, ada syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Harga murah pun tak berguna.

Bila harga tinggi baru muncul stok-stok itu. Bila macam ini, pelabur emas akan terlepas peluang beli emas pada harga murah.

4 – Cawangan Seluruh Malaysia

Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat tahun 2023, Public Gold ada lebih 18 cawangan termasuk beberapa cawangan baru di Indonesia.

Setiap negeri ada cawangan Public Gold kecuali Perlis. Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

Cawangan Public Gold seluruh Malaysia

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang. Namun bila nak jual balik, itu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak.

Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu. Tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli.

Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat. Tak kisah berapa kilogram kita nak jual semula.

5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak

Sejak tahun 2020 saya melibatkan diri dalam pelaburan emas, Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas.

Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga PG Buy di website).

Public Gold tetap terima walaupun emas kita calar, kemik, bengkok dan hilang resit. Asalkan beratnya masih kekal.

Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 sahaja atas setiap item.

Goldbar Public Gold yang calar, bengkok atau kemek tetap diterima
Contoh emas yang calar dan kemik

6 – Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh Ar-Rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai tunai untuk buat pusingan modal, boleh terus pajak emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas.

Kemudahan pajakan ini penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir di semua institusi Ar-Rahnu termasuk dua Ar-Rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Kelebihan emas Public Gold adalah ianya diterima secara meluas di Ar Rahnu
Kelebihan Public Gold yang mempunyai kerjasama antara dengan institusi Ar-Rahnu di Malaysia
Ini jenis LBMA. Perlu kalian ketahui, jika mahu gadai selain dari di Ar-Rahnu POS, plastiknya perlu dibuka. Dan jika dijual semula ke Public Gold, akan tolak sebanyak 10% dari PG Buy.
Ini jenis LBMA. Perlu kalian ketahui, jika mahu gadai selain dari di Ar-Rahnu POS, plastiknya perlu dibuka. Dan jika dijual semula ke Public Gold, akan tolak sebanyak 10% dari PG Buy.

7 – Sistem Booking Harga 24 jam Sehari

Harga emas Public Gold dikemasikini setiap 20 minit mengikut real-time harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk beli dan jual 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga beli yang rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik.

Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga jual yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

Install apps Public Gold secara percuma di Play Store & Apple Store
Kelebihan Public Gold dengan mewujudkan aplikasi terbaru

Book dulu harga waktu nak beli, buat bayaran, dan terus collect emas. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas dalam tempoh 1 hari bekerja di cawangan terdekat.

Tak perlu susah-payah datang office Public Gold semata-mata nak kejar harga terbaik. Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj.

Kalau nak keluarkan emas fizikal dari Akaun Emas GAP, kita masih boleh keluarkan pada bila-bila masa. Kalau nak jual pula, boleh jual secara online untuk emas yang ada dalam akaun. Rujuk artikel Gold Accumulation Plan.

8 – Keupayaan Beli Semula Emas

Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar.

Dah beberapa syarikat yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli!

Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik.

Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilai jutaan ringgit sehari.

Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran!

Ar Rahnu POS juga joint venture dengan Public Gold
Ar Rahnu POS juga joint venture dengan Public Gold

9 – Emas Disertakan Sijil Ketulenan

Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sijil ketulenan yang disahkan oleh Assayer bebas dan bertauliah.

Baca profil Assayer emas Public Gold, Tuan Abdul Shukor Anuar di sini.

Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan. Bahkan hari ini, ianya diterima meluas oleh Ar-Rahnu di Malaysia. Inilah satu lagi kelebihan emas Public Gold.

Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.

Sijil ketulenan 1 Dinar Public Gold
Sijil ketulenan 1 Dinar Public Gold

10 – Jual Beli Emas Patuh Syariah

Public Gold telahpun mendapatkan sijil patuh syariah oleh panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia.

Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold.

Ianya telah pun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama.

Sijil pengesahan patuh syariah untuk pembelian secara Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP), Buyback Dan GSAP.
Sijil pengesahan patuh syariah untuk pembelian secara Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP), Buyback Dan GSAP.

11 – Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold 

Seperti dimaklumkan di atas, insentif Public Gold berikan kepada dealer rasmi Public Gold adalah:

  1. Normal Dealer – 1%
  2. Priority Dealer – 1.5%
  3. Master Dealer – 2%
Potensi Pendapatan Bisnes Public Gold
Jana pendapatan pasif sebagai Dealer Public Gold

Dan ini adalah salah satu daripada belian dari customer guru saya tahun lepas berjumlah RM415,560.00.

Komisyen guru saya adalah 2% daripada belian ini. Kiralah.

Banyak kan?

Bagi yang berminat membeli emas Public Gold, boleh terus WhatsApp saya. Klik Icon WhatsApp di bawah

Insya-Allah saya sudi membimbing dan saya jamin anda pasti dapat servis terbaik dari saya

Istimewa untuk yang baru nak menyimpan emas bawah bimbingan Irfan Sa’id, saya hadiahkan kepada anda buku Travelog Emas.

Ada banyak tips kewangan dan ilmu emas yang sangat mudah untuk difahami dan diamalkan.

Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan simpanan emas anda hari ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *