Tips Seimbangkan Dana Kecemasan dan Simpanan Emas

Macam mana nak seimbangkan tabung kecemasan dalam bentuk duit dan juga simpanan emas kita ini?

1. Buat bajet khas untuk tabung kecemasan 3 bulan gaji dan juga simpanan emas. Pastikan kita hanya guna duit dari bajet ini sahaja, untuk kedua-dua target ini.

2. Konsisten menyimpan untuk kedua-dua tabung tersebut. Walaupun jumlahnya sedikit, ia akan tolong kita seimbangkan antara dana kecemasan dan juga simpanan emas.

3. Boleh pertimbangkan untuk buat auto debit, potongan setiap bulan dari akaun bank untuk kedua-dua tabung tersebut. Ia akan jadikan kita lebih disiplin dan tak culas dalam menyimpan.

4. Kalau nak simpan dana kecemasan dalam bentuk wang ringgit, boleh pilih platform yang masih beri kita pulangan dividen dan bersifat low-risk investment. Contohnya, ASB.

5. Pilih untuk simpan bar emas dan dinar. Ianya juga boleh dijadikan sebagai dana kecemasan dalam bentuk emas. Sebabnya emas dapat melindungi nilai duit kita dari inflasi dalam jangka masa panjang.

Gituuu.

Irfan Sa’id,
Anak Muda Celik Kewangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *