Pernah tak terfikir untuk menjadikan emas sebagai sebahagian dari portfolio pelaburan kalian? Dan kenapa orang selalu sebut tentang kelebihan menyimpan emas?
So, jom kita tengok apa kelebihan menyimpan emas & bagaimana emas boleh memberikan pulangan yang tinggi kepada pelaburan kalian.
Keseimbangan Emas dalam Pelbagai Pelaburan
Biasa kan dengar pepatah ni: jangan letakkan semua telur anda dalam satu bakul. Di sinilah kelebihan menyimpan emas.
Menjadikan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan, dapat membantu kalian mengurangkan risiko.
Ia seperti mempunyai benteng yang kukuh untuk wang kalian. Yang diperolehi hasil daripada kerja keras, pagi sampai ke malam.
Emas sifatnya tidak terikat dengan mana-mana sistem kewangan di dalam dunia. Tak seperti saham dan bon.
Bila saham dan bon menurun, emas akan terus meninggi nilainya. Keseimbangan ini membantu melindungi portfolio pelaburan kalian daripada perubahan harga yang ekstrem.
Emas Menentang Ketidaktentuan Ekonomi
Hidup penuh dengan kejutan, dan begitu juga ekonomi. Kemerosotan ekonomi, inflasi, dan penurunan nilai mata wang boleh mengakibatkan stress yang melampau!
Tetapi teka apa? Emas mempunyai kuasa luar biasa!
Kelebihan simpanan emas adalah melindung harta kita daripada ketidaktentuan ekonomi. Apabila awan mendung ekonomi mulai berarak, emas akan menjadi pelangi yang indah menanti.
Nilainya cenderung untuk meningkat apabila instrumen kewangan lain merosot. Jadi, mempunyai emas dalam portfolio kalian ibarat mempunyai payung kewangan untuk hari hujan.
Macam mana emas melindungi portfolio pelaburan kita sewaktu kegawatan ekonomi? Baca di sini
Simpanan Emas; Tempat Perlindungan Semasa Krisis
Kita sama-sama kena sedar; dunia boleh menjadi agak kelam-kabut pada masa-masa tertentu. Ketegangan geopolitik seperti kes China-Amerika, krisis global seperti Pandemik Covid-19, dan bencana alam yang tidak dijangka, boleh memberikan isyarat buruk terhadap ekonomi dunia.
Tetapi emas? Ia seperti pulau yang sangat besar di tengah laut yang bergelora. Pelabur berduyun-duyun beralih kepada emas di saat-saat yang genting, mencari kestabilan dan nak menyelamatkan nilai simpanannya.
Jadi, jika kalian mahukan tempat perlindungan yang terbaik, emas ada untuk membantu kalian. Inilah kelebihan menyimpan emas yang ramai orang tak cakna.
Manfaat Emas Dalam Meningkatkan Pulangan
Sekarang, anda mungkin berfikir, “Okey, emas kedengaran seperti benteng kewangan yang ampuh, tetapi bagaimana pula dengan pulangan?” Yes, ini lagi satu kelebihan menyimpan emas.
Apabila ekonomi berjalan dengan lancar, saham dan bon sering mengambil peranan utama. Tetapi semasa ekonomi bergerak perlahan atau berlaku ‘correction’ dalam pasaran, emas boleh melangkah ke hadapan dan memberikan pulangan yang mengagumkan.
Ia seperti ‘pemain serba boleh’ atau ‘all-round player’ dalam team anda, membantu menyeimbangkan prestasi pelaburan.
Dan penting juga untuk anda pilih syarikat emas yang trek rekodnya paling terbaik. Jangan sampai ditipu oleh sindiket emas dan nak mengejar untung semata.
Pastikan anda cari syarikat menjual emas yang mempunyai berprestasi tinggi! Baca di sini
Menyimpan Emas Mengurangkan Kebimbangan
Ketidakstabilan dalam portfolio kalian boleh diibaratkan sebagai ‘rollercoaster’, dan terus terang; terlalu banyak turun-naik yang membuatkan kalian sendiri pening, sampai muntah hijau dibuatnya.
Jadi, emas boleh bertindak sebagai ‘shock-absorber’, mengurangkan kesan-kesan tak menentu dan mengurangkan kebimbangan secara keseluruhannya.
Ini bermakna anda boleh menikmati perjalanan pelaburan dengan lebih tenang dan relax.
Kelebihan Emas Sebagai Aset Jangka Masa Panjang
Bayangkan peti harta karun yang kekal diisi dengan barangan emas. Itulah yang emas sebagai wakil dalam dunia pelaburan dan jua sebagai penyimpan nilai jangka panjang.
Berbeza dengan beberapa aset yang mungkin kehilangan nilai seiring berlalunya masa, emas telah mengekalkan kuasa beli kita selama berabad-abad.
Jadi, sama ada anda merancang untuk bersara atau pendidikan anak anda, pelaburan emas boleh menjadi pilihan utama untuk matlamat jangka panjang anda.
Ketahui cara untuk mula simpan emas dengan Akaun Emas GAP Public Gold serendah RM100. Klik di sini untuk info lanjut
Tak Lengkap Tanpa Simpanan Emas
Melabur dalam emas bukanlah hanya sebab cantik atau nampak gah; ia adalah tentang bagaimana emas saling melengkapi aset yang lain dalam portfolio pelaburan kalian.
Dengan menyimpan emas, ia ibarat kalian dah pun mendapat jawapan kepada resipi yang paling sempurna hasil gabungan segala bahan dan rempah ratus istimewa.
Pedas, manis, masam dan masin, semuanya cukup. Begitulah juga dengan emas.
Apabila instrumen kewangan yang bersandarkan kepada ‘cash’ meningkat, emas kekal menjadi benteng kewangan kalian yang paling teguh! Inilah antara beberapa point penting dalam kelebihan menyimpan emas.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom mulakan simpanan emas anda hari ini. WhatsApp saya untuk bimbingan secara percuma.
Begitulah.
Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.