10 Kesilapan Penyimpan Emas

10 Kesilapan Penyimpan Emas

10 kesilapan yang selalu dilakukan oleh penyimpan-penyimpan emas. Menyimpan emas adalah salah satu cara bijak untuk melindungi kekayaan kita dalam jangka masa panjang.

Namun, ramai penyimpan emas, terutama yang baru menceburi bidang ini, sering terperangkap dalam beberapa kesilapan yang boleh merugikan.

Kesilapan ini bukan sahaja mengurangkan potensi keuntungan, tetapi juga boleh menyebabkan kita terlepas peluang nak kumpul aset emas.

Oleh itu, mengenali dan mengelakkan kesilapan-kesilapan ini adalah kunci untuk memastikan pelaburan emas kita betul-betul menguntungkan.

1) Selalu sangat tunggu harga emas rendah

Ramai penyimpan emas hari ini terlalu gilakan ‘harga emas rendah’. Bukannya tak boleh, cuma apa yang merisaukan adalah berapa banyak simpanan yang telah dibuat?

Jangan tunggu harga rendah baru nak beli emas
Jangan tunggu harga rendah baru nak beli emas

Majoriti di antara kita nak beli emas waktu harga tengah murah. Tetapi bila waktunya tiba, kita terlepas peluang keemasan tersebut. Kenapa?

Sebab kita dah terguna atau terbelanjakan duit itu. Pergi shopping, makan luar, berjalan dan macam-macam lagi alasan yang diberikan.

Harga emas sama seperti harga komoditi lain dunia iaitu ada naik dan turunnya. Kita sebenarnya sukar untuk memastikan sama ada harga emas sudah pun betul-betul murah atau tidak.

Jadi, kita kena tetapkan sasaran untuk membeli emas setiap bulan. Atau ada saja duit lebih, tukarkannya kepada emas. Serendah RM100 pun dah boleh!

2) Memilih barang kemas sebagai item pelaburan

Seterusnya, ada juga yang tersilap beli barang kemas sebagai emas pelaburan. Mentor kewangan seperti Tuan Azizi Ali kata yang gelang, cincin, charm, pendant, rantai leher dan seumpama itu hanya sesuai sebagai perhiasan sahaja.

Sebabnya adalah barang kemas mempunyai kos upah yang tinggi dan berubah-ubah, sedangkan ketulenan emasnya rendah. Kadang-kala siap ada yang ditipu lagi oleh peniaga kedai emas. Kesian sangat.

Barang kemas hanya sebagai perhiasan sahaja
Barang kemas hanya sebagai tujuan perhiasan sahaja

Selain itu, barang kemas juga dikenakan spread yang sangat tinggi, dari 25% hingga 40%. Spread ini bermaksud perbezaan harga beli dan jual semula emas.

Barang kemas mempunyai spread yang tinggi sebab kebanyakan kedai akan mengambil dan memotong emas-emas tersebut untuk menguji ketulenannya.

Setelah dipotong, emas itu akan dipanggil sebagai emas ‘used’. Belum campur kalau emas tu dah sedia ada kemek, calar dan bengkok. Makin rendah la nilai jualan balik emas kita.

3) Membeli gold bar & gold coin di kedai emas perhiasan

Kedai emas biasanya mengenakan harga yang lebih tinggi untuk syiling dan jongkong emas berbanding pembelian melalui platform pelaburan emas yang lebih khusus, seperti bank atau syarikat pelaburan emas.

Cari syarikat yang betu-betul fokuskan kepada emas pelaburan
Cari syarikat yang betu-betul fokuskan kepada emas pelaburan

Ini kerana kedai emas sering memasukkan kos pembuatan dan keuntungan tambahan dalam harga mereka. Spread pun kita kena tengok juga.

Di kedai emas, spread ini kebanyakannya lebih tinggi, menyebabkan kita akan mengalami kerugian dan terpaksa menunggu lebih lama untuk jual semula emas.

4) Pinjam duit untuk beli emas

Jangan buat loan atau pinjam duit orang lain semata-mata nak beli emas. Sangat tak berbaloi.

Jika kita buat pinjaman peribadi untuk beli emas, dah la kena bayar loan dengan interest yang tinggi. Dan belum tentu lagi yang pembelian emas tu akan menguntungkan kita.

Jangan sesekali pinjam duit atau buat loan untuk beli emas
Jangan sesekali pinjam duit atau buat loan untuk beli emas

Sebabnya dalam jangka pendek, harga emas ini berubah-ubah, sekejap naik sekejap turun. Paling cepat nak nampak hasil pun dalam masa 2 tahun. Bayangkan kalau tiba-tiba kita perlukan cash dan terpaksa jual emas, tak ke merugikan kita?

Simpanan emas ini sebaiknya sibuat bila ada duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit itu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik parking dalam emas.

5) Melabur dengan amaun yang sangat kecil & tak konsisten

Jika kita dah mula menyimpan emas, alhamdulillah. Namun ramai yang simpan emas tetapi jumlah simpanannya terlalu kecil.

Contohnya, dah beli emas sejak tahun 2020, bulan Januari beli 1 gram. Bulan Februari beli 2 gram, tetapi selepas itu langsung tak buat simpanan.

Empat tahun berlalu, simpanan masih lagi 2 gram walhal kenaikan harga emas dah melebihi 40% dalam tempoh tersebut. Sangat-sangat rugi.

Kalau ada 2 gram, takpe lagi. Ini ada yang menyimpan 0.2++ gram tak sampai setahun dalam Akaun GAP, lepas itu nak jual. Memang rugi la jawabnya.

Idealnya, kita patut melabur sebanyak 15%-20% daripada bajet kewangan kita, seperti yang dicadangkan oleh Mark Henry, founder dan CEO Alloy Wealth Management.

Walaupun kita tak mampu melabur dalam kuantiti yang besar, tak apa. Teruskan sahaja dengan seberapa banyak jumlah yang ada dalam tangan.

Tetapi harus konsisten, barulah kita nampak hasilnya.

6) Guna duit yang akan digunakan dalam masa terdekat

Kalau kita belum ada dana kecemasan, elak simpan emas. Tangguhkan dulu hasrat tersebut walaupun orang di sekeliling kita pakat borong. Kerana apa yang dirisaukan adalah bila kita terpaksa jual emas tersebut dan kita rugi!

Jangan gunakan dana kecemasan untuk beli emas
Jangan gunakan dana kecemasan untuk beli emas

Emas adalah pelaburan jangka panjang. Minimum dua tahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, kita mungkin rugi atas spread antara 9% – 10% kalau harga emas tak naik banyak.

Apatah lagi kalau harga emas jatuh.

Sebelum pilih nak menyimpan emas, pastikan dana kecemasan kita sudah mencukupi untuk menampung keperluan mendesak atau tidak dijangka.

Dana kecemasan ini bertindak sebagai backup kewangan kita supaya kita tak perlu jual emas dengan tergesa-gesa sekiranya berlaku kecemasan.

7) Gadai emas di Ar-Rahnu terlalu lama

Kesilapan seterusnya bila kita gadaikan emas di Ar-Rahnu terlalu lama. Betul, Ar-Rahnu adalah tempat untuk kita dapatkan cash jika ada apa-apa keperluan.

Kita boleh gadaikan emas dan dapat 70%-80% dari nilai emas. Namun, ada satu perkara yang perlu diberi perhatian.

Ar-Rahnu tempat untuk gadai emas, bukan simpan emas
Ar-Rahnu tempat untuk gadai emas, bukan simpan emas

Kita kena bayar caj upah simpan juga ya bila gadai emas di Ar-Rahnu. Kebiasannya caj ini sekitar 1% dan tempoh yang ideal untuk rahnukan emas kita adalah 6 bulan sahaja.

Lebih dari itu, tak berbaloi kerana caj tersebut boleh jadi sangat tinggi. Kalau 12 bulan gadai, tak ke cecah 12%?

Dan Ar-Rahnu bukan tempat simpan emas ya. Pastikan kita cepat-cepat tebus emas yang dah digadai dan paling penting jangan sampai emas kita kena lelong sebabkan tak bayar pinjaman. Rugi yang amat!

8) Cepat sangat nak jual emas

“Cepat sangat nak jual emas” merujuk kepada kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur emas baru yang tidak sabar untuk melihat pulangan segera.

Emas, sebagai aset pelaburan, memerlukan masa untuk memberikan keuntungan yang signifikan.

Tambahan pula, harga emas tak sentiasa naik. Ada risiko harga emas jatuh, yang boleh meningkatkan lagi kerugian.

10 kesilapan penyimpan emas
Jangan tergesa-gesa nak jual emas. Nenek moyang kita dulu wariskan emas sampai ke generasi kita sebagai simpanan

Jika kita beli emas hari ini dan berfikir untuk menjualnya dalam masa terdekat, kita mungkin akan kecewa sebab tak dapat pulangan yang diharapkan.

Ini kerana emas adalah pelaburan jangka panjang yang memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun atau lebih untuk memberi keuntungan yang ketara.

Sebab itu, sabar adalah kunci dalam pelaburan emas. Kita kena faham yang emas tidak memberikan pulangan segera seperti sesetengah pelaburan lain.

Sebaliknya, ia adalah perlindungan nilai yang memerlukan masa untuk dapatkan keuntungan.

9) Beli emas yang paling murah tanpa fikirkan faktor lain

Jangan cepat sangat nak beli emas dengan harga yang paling murah. Sebab tak semestinya yang murah itu menguntungkan.

Kita kena fikir faktor lain untuk pastikan syarikat tersebut menawarkan harga dengan jumlah yang paling berbaloi.

10 Kesilapan Penyimpan Emas
Kena tahu dan pertimbangkan faktor-faktor lain selain dari harga emas sahaja

Antaranya adalah:

  1. Kos upah (premium) emas,
  2. Nilai spread,
  3. Kos penghantaran emas berinsurans,
  4. Cara nak dapatkan emas fizikal,
  5. Cara nak jual balik emas; kalau emas bengkok/calar/kemek/rosak, masih diterima lagi atau tak?

Dan paling penting, siapa yang nak bantu kita kalau ada apa-apa masalah sepanjang proses pembelian emas?

Ada orang yang nak guide tak? Jika lebih baik, ada orang yang duk tolong share info emas dan offer servis percuma tak kalau kita perlukan bantuan?

10) Beli emas di bank

Akhir sekali, biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima kalau emas itu seal dibuka, calar, kemek dan sebagainya.

Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

Syiling Kijang Emas yang dijual balik ke Public Gold
Syiling Kijang Emas

Ini info yang tak ramai orang tahu. Ada bukti salah seorang penyimpan syiling Kijang Emas yang tak boleh nak jual kembali di Maybank sebab seal nya telah dibuka.

Jika anda nak baca cerita penuhnya, klik link ini.

Di Public Gold, walaupun anda buka seal emas itu, Public Gold tetap jamin belian balik 100%

Insya-Allah semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *