Nilai Sebenar Emas. Bila bercakap tentang pelaburan, emas mesti akan jadi topik perbualan yang hangat. Dah semestinya untuk mereka yang ‘kenal’ emas la heheheh. Kebanyakannya memang akan bergantung kepada emas, lagi-lagi dalam situasi semasa. Sebab apa?
Mari kita lihat apa yang sedang berlaku dengan emas tahun ini, mengapa harganya berubah-ubah, apa yang akan berlaku pada masa depan, dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat ini untuk memperkukuhkan simpanan anda.
Mengapa Harga Emas Naik Mendadak
Seingat saya pada awal bulan Oktober, harga emas baru di paras RM378 segram. Masuk tarikh 11 November 2024, harga emas cecah RM425 segram! Terdapat beberapa sebab utama mengapa ini berlaku:
1) Situasi perang di timur tengah
Kegolakan di negara timur tengah menyebabkan harga emas naik mendadak. Apabila keadaan di dunia menjadi tidak menentu seperti krisis di atas, emas biasanya menjadi tumpuan. Solusinya, pelabur beralih kepada emas untuk keselamatan. Apabila terdapat ketidakstabilan, permintaan untuk emas meningkat, dan akan menolak harganya naik.
2) Ketidakstabilan ekonomi & pasaran
Laporan Job Openings and Labor Turnover Survey (JOLTS) di AS, yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh (BLS), menyediakan data bulanan tentang pasaran buruh.
Ia meliputi pembukaan kerja, pengambilan pekerja, dan pemisahan (seperti berhenti kerja atau pemberhentian).
Laporan ini adalah penunjuk utama permintaan buruh dan dinamik tenaga kerja, yang sering digunakan oleh ahli ekonomi dan pembuat dasar untuk memahami trend pekerjaan, tekanan gaji, dan keadaan ekonomi keseluruhan.
Laporan JOLTS report menunjukkan penurunan besar dalam pembukaan kerja. Anggaran pembukaan kerja = 7.980 juta. Data sebenar = 7.443 juta
Data ini menunjukkan penguncupan di dalam pasaran pekerjaan US sekaligus menunjukkan ekonomi US kurang memberangsangkan.
Justeru itu, harga emas memberikan reaksi positif malam nie apabila ia melonjak 26.35 USD/Oz kepada USD2769.22.
Pada 30/10/2024 jam 8.15 malam, telah keluar satu laporan pekerjaan iaitu ADP Nonfarm employment change. Sebanyak 223,000 pekerjaan tercipta dalam bulan September berbanding jangkaan 110,000 pekerjaan.
Jadi laporan ADP ini memberikan gambaran bahawa pasaran pekerjaan lebih baik. Sejurus selepas laporan itu dikeluarkan, harga emas jatuh sedikit. Namun silver jatuh lebih banyak.
Walaupun begitu, harga emas dalam RM masih lagi tinggi berbanding harga semalam. Buat masa ini, emas masih dalam strong uptrend.
Ramalan Emas Untuk Akhir Tahun 2024
Sekarang, apa yang kita boleh jangka tentang pergerakan harga emas untuk akhir tahun 2024?
1) Pertumbuhan Perlahan dan Stabil
Ramai penganalisis percaya bahawa harga emas akan melihat pertumbuhan yang stabil. Selepas tak senang duduk kita dibuatnya, akhir tahun ini mungkin harga emas akan berubah secara perlahan.
Pelabur yang mencari keselamatan jangka panjang akan sedar yang emas tetap menjadi pilihan yang menarik.
2) Keseimbangan Dengan Aset Digital
Mata wang digital dan emas sering dilihat sebagai alternatif. Sesetengah pelabur melihat mata wang kripto sebagai “emas baru,” yang boleh menjejaskan permintaan.
Walau bagaimanapun, sejarah emas sendiri memberikan nilai yang unik dan sukar digantikan sepenuhnya oleh aset digital. Hubungan antara kedua-duanya akan menjadi sangat menarik untuk kita perhatikan dalam pasaran semasa.
Secara ringkas, emas kelihatan menjanjikan tetapi mungkin tidak memberikan pulangan yang mendadak. Ia lebih cenderung menawarkan kestabilan buat para pelabur seperti kita.
Teknik dan Strategi Penting
Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk maksimumkan keuntungan simpanan emas:
1) Gunakan Teknik Dollar-Cost Averaging (DCA)
Ini bermaksud membeli jumlah tetap secara berkala, tanpa mengira harga. Ia memberikan harga purata kesan dari turun naik pasaran dan membantu kita merendahkan jumlah harga pembelian.
2) Pelbagaikan Portfolio Simpanan
Jangan letak semua telur dalam satu bekas. Haa itulah pepatah inggeris yang selalu digunakan bila dalam dunia pelaburan. Yang penting, kalau satu portfolio tak perform, kita ada backup lain. Betul tak?
3) Fungsi Sebenar Emas Sebagai Pelindung
Kekuatan sebenar emas adalah sebagai pelindung kewangan. Ia akan menjadi sangat berguna terutamanya macam situasi yang saya tunjukkan di atas. Melindungi kita di waktu ekonomi tak stabil.
Kesimpulan
Dengan memahami faktor yang menggerakkan harga emas, mengawasi trend pergerakan, dan membuat pilihan yang bijak, kita boleh menggunakan emas untuk mengukukan masa depan kewangan kita.
Jadi, sama ada anda masih baru dalam dunia emas emas atau telah melabur selama bertahun-tahun, sentiasa ada sesuatu yang baru untuk dipelajari tentang harta yang unik ini.
Simpan emas Public Gold dengan Irfan Sa’id.
Membimbing lebih 500 orang penyimpan emas seluruh Malaysia, termasuk Singapura dan Indonesia.