Harga Dinar Emas Public Gold – Panduan lengkap

Harga dinar emas Public Gold

Dinar emas memang popular di kalangan penyimpan tegar. Tapi, anda tahu tak kenapa dinar Public Gold jadi pilihan ramai?

Mari saya kongsikan secara santai, tentang harga dinar emas Public Gold dan kenapa anda patut mula simpan hari ini juga!

Apa Itu Dinar Emas?

Dinar bukan sekadar duit emas zaman dulu. Ia kini dijadikan aset pelaburan yang sangat bernilai. Dinar emas Public Gold adalah emas tulen 999.9 (24 karat) dengan berat standard yang dikenali di seluruh dunia.

Kenapa Orang Suka Simpan Dinar?

Sebab utama, dinar ini kecil, senang simpan, dan senang jual. Harga dinar emas Public Gold juga sangat kompetitif. Lagi satu, reka bentuknya eksklusif dan siap dengan sijil ketulenan. Memang puas hati bila tengok!

5 dinar (21.25g) Public Gold
5 dinar (21.25g) Public Gold

Jenis-Jenis Dinar Emas Public Gold

Untuk makluman anda, dinar datang dalam pelbagai berat. Setiap satu ada nilai tersendiri.

Jom tengok senarai ‘keluarga dinar’ daripada Public Gold:

  • ¼ Dinar – 1.0625 gram
  • ½ Dinar – 2.125 gram
  • 1 Dinar – 4.25 gram
  • 5 Dinar – 21.25 gram
  • 10 Dinar – 42.5 gram

Setiap satu datang dalam bentuk kad yang cantik dan kukuh. Memang premium!

Harga dinar emas Public Gold
Keluarga Dinar Public Gold

Harga Dinar Emas Public Gold Hari Ini

Harga dinar emas Public Gold berubah setiap 20 minit ikut pasaran emas dunia. Kalau nak tahu harga semasa, boleh terus semak di website rasmi Public Gold.

Contohnya:

  • 1 Dinar (4.25g): sekitar RM2,120 bergantung kepada harga semasa.
  • 5 Dinar (21.25g): lebih kurang RM10,598, bergantung kepada harga semasa.
  • 10 Dinar (42.5g): boleh cecah RM21,196 ke atas, bergantung kepada harga semasa.

Tips maksimumkan pelaburan emas dinar: 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar paling sesuai dibeli cara Full Payment dan EPP. 1/4 dinar dan 1/2 dinar beli di Akaun GAP & fizikalkan emas.

Nak Mula Simpan Tapi Bajet Tak Cukup?

Jangan risau! Public Gold ada pakej EPP10 – bayar 10 kali tanpa faedah. Umpama kita menabung paksa tiap bulan.

Bayar secara bulanan, contohnya RM200 sebulan untuk 1 Dinar. Mudah dan tak membebankan.

Sambil bayar, anda terus kumpul emas. Settle je bayaran, terus dapatkan emas. Kalau ada bajet besar, boleh lock 5 Dinar dan 10 Dinar.

Pastikan anda ada Introducer/Dealer sebelum membeli emas Public Gold. Apa-apa soalan, boleh terus tanya Introducer. Kalau tak ada Introducer, sila hubungi saya.

Cara Lock Order Emas EPP
Cara Lock Order Emas EPP

Dinar Public Gold: Simpan Emas, Simpan Nilai

Ramai orang bila mula simpan emas, mesti terfikir nak beli barang kemas dulu. Tapi tahu tak, barang kemas sebenarnya tak sesuai sangat untuk pelaburan?

Sebab apa? Sebab spread dia tinggi, kadang-kadang boleh cecah 25% ke atas. Maksudnya, bila kita jual balik barang kemas, kita rugi besar pada awalnya. Nak tunggu harga naik baru boleh ‘cover’ balik rugi tu.

Tapi kalau kita beli dinar emas Public Gold, spread cuma sekitar 6% – 9% sahaja. Lagi cepat untung bila harga emas naik. Lebih-lebih lagi kalau anda simpan 5 dinar ke atas – spread makin kecil!

Jadi kalau anda betul-betul serius nak jadikan emas sebagai simpanan atau pelaburan, dinar jauh lebih bijak berbanding beli rantai atau gelang. Tambah pula reka bentuk dinar Public Gold memang eksklusif dan ada sijil ketulenan. Memang puas hati!

Bila Waktu Terbaik Nak Beli Emas?

Ini antara soalan paling famous: “Bila masa sesuai nak beli emas?”

Jawapan jujur saya, bila ada duit. Jangan tunggu harga jatuh baru nak mula, sebab tiada siapa pun boleh ramal tepat bila harga akan turun atau naik.

Sementara kita duk tunggu dan tunggu, duit kita habis dekat benda lain. Tapi kalau beli emas, nilainya masih ada walaupun tahun berganti tahun. Malah, makin naik!

Harga dinar emas Public Gold memang berubah setiap hari ikut pasaran dunia. Tapi yang penting, kita fokus pada gram yang kita simpan, bukan harga semasa sahaja.

harga dinar emas Public Gold
Masih tunggu harga emas turun?

Emas Sebagai Pelindung Nilai Dan Disiplin Kewangan

Emas ni bukan sekadar pelaburan, tapi juga pelindung nilai. Bila ringgit jatuh, inflasi naik, barang makin mahal. Manakala, emas tetap maintain atau meningkat.

Bayangkan, RM1,000 hari ini mungkin tak boleh beli benda yang sama 5 tahun akan datang. Tapi kalau simpan dalam bentuk dinar emas, nilainya kekal dan bertambah.

Lagi satu, bila dah mula simpan dinar, automatik kita jadi lebih berdisiplin dari segi kewangan. Contohnya, anda boleh set matlamat sendiri:

  • Simpan 1 dinar setiap 3 bulan
  • Capai 5 dinar dalam masa setahun
  • Simpan 10 dinar untuk deposit rumah atau kahwin

Lagi banyak simpan, lagi seronok tengok koleksi emas kita bertambah. Dan yang best, kita pun tak mudah nak belanja sesuka hati sebab sayang nak jual!

Mudah Jual, Mudah Urus, Syarikat Kukuh

Lepas simpan, nanti mesti anda fikir, “Kalau aku nak jual balik, senang ke?”

Jawapannya: Sangat senang!

Kalau simpan emas fizikal (dinar), boleh terus walk-in ke cawangan Public Gold. Tak payah tunggu appointment pun. Bawa je emas dan IC, settle dalam masa 10-15 minit. Refer harga PG Buy.

Kalau simpan dalam akaun GAP, boleh jual secara online je ikut harga semasa GAP. Klik, confirm, dan duit masuk dalam 1-2 hari bekerja.

Lagi meyakinkan, Public Gold dah lebih 15 tahun dalam industri emas. Ada lebih 20 cawangan seluruh Malaysia dan diiktiraf oleh LBMA (London Bullion Market Association). Reputasi tip-top.

Antara Ar Rahnu yang menerima emas Public Gold
Antara Ar Rahnu yang menerima emas Public Gold. Banyak lagi sebenarnya

Realiti Penyimpan Emas: Dari 1/4 Dinar ke 100 Gram

Ramai penyimpan emas yang bermula kecil. Ada yang mula dengan ¼ dinar je, tapi konsisten simpan setiap bulan.

Lepas 2-3 tahun, mereka dah capai 20g, 50g, malah ada yang sampai 100g! Tak mustahil langsung, sebab harga dinar emas Public Gold masih mampu milik, dan kaedah bayaran pun fleksibel.

Testimoni Gold Saver Irfan Said
Testimoni Gold Saver Irfan Said

Ada juga yang guna dinar untuk:

  • Dana kahwin
  • Tabung umrah
  • Simpanan anak
  • Tabung kecemasan

Apa pun matlamat anda, dinar emas adalah simpanan fizikal yang boleh dipegang, dinilai, dan digunakan bila perlu.

Kesimpulan: Tak Perlu Tunggu Kaya Untuk Simpan Emas

Tak kira bajet anda kecil atau besar, yang penting anda mula. Ramai yang tunggu waktu sesuai, tapi akhirnya langsung tak mula. Harga dinar emas Public Gold sentiasa berubah, tapi nilai jangka panjangnya sentiasa kukuh.

Jangan tunggu jadi kaya baru nak simpan emas. Simpan emas dulu, biar emas bantu anda jadi kaya.

Kalau anda perlukan bantuan untuk mula simpan atau nak tahu harga semasa dinar emas Public Gold, saya sedia bantu. Saya akan guide dari A-Z, tanpa paksaan. Yang penting, anda mula hari ini.

📲 Irfan Sa’id | Dealer Aktif Public Gold
☎️ 011-32399333

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *