Public Gold: Rahsia Tak Ramai Tahu

Jenama Public Gold

Public Gold semakin hari semakin dikenali sebagai jenama emas yang dipercayai di Malaysia, tetapi di sebalik popularitinya, masih ramai yang belum tahu banyak “rahsia” menarik tentang bagaimana syarikat sebaik ini membina reputasi, sistem dan keyakinan dalam kalangan penyimpan emas.

Dalam artikel ini, kita akan bongkar empat aspek utama yang ramai tak tahu tapi sangat berguna untuk anda yang nak mula simpan emas. Artikel ini juga akan membawa anda menyelami dunia pelaburan emas yang lebih mendalam.

Sejarah & Pertumbuhan Public Gold di Malaysia

Public Gold ditubuhkan pada tahun 2008 di Pulau Pinang oleh Dato’ Wira Louis Ng. Bermula dengan hanya menjual emas fizikal secara kecil-kecilan di tepi jalan, dengan hanya satu buah cawangan di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Kini, syarikat jenama antarabangsa ini mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia, dan Indonesia.

Cawangan pertama adalah di Bukit Jambul pada tahun 2008

Antara pencapaian penting sepanjang syarikat ini beroperasi:

Diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA)
Simpanan dalam Akaun GAP Junior
Gold Accumulation Program (GAP) untuk simpanan emas serendah RM100
  • Sekarang, dah lebih 1.8 juta penyimpan emas seluruh dunia.
Mempunyai lebih 1 juta pelanggan berdaftar
Mempunyai lebih 1 juta pelanggan berdaftar

Perjalanan ini menunjukkan bagaimana syarikat bertaraf antarabangsa ini berkembang dengan fokus kepada pendidikan kewangan, ketelusan harga, dan aksesibiliti kepada orang ramai.

Selain itu, Public Gold juga aktif menganjurkan seminar emas & kewangan, dan sesi coaching bersama dealer bagi memastikan masyarakat celik kewangan.

Seminar Emas di Singapore baru-baru ini bersama team saya
Seminar Emas di Singapore baru-baru ini bersama team saya

Faktor lain yang menyumbang kepada pertumbuhan syarikat terkemuka ini termasuk:

  • Program referral dealer yang memberi pulangan jangka panjang
  • Perkembangan produk seperti emas edisi khas, dinar pelaburan dan koleksi eksklusif
Emas keluaran khas yang dicetak oleh Public Gold pada tahun 2017
Emas keluaran khas yang dicetak oleh Public Gold pada tahun 2017

Perbezaan GAP vs EPP dalam Simpanan Emas

Dua cara paling popular untuk simpan emas di Public Gold adalah melalui GAP dan EPP:

Akaun emas GAP Public Gold
Cara belian akaun GAP

Gold Accumulation Program (GAP):

  • Sesuai untuk penyimpan emas secara konsisten
  • Minimum serendah RM100
  • Emas disimpan dalam akaun dan boleh ditebus bila-bila serendah 0.5g
  • Tiada komitmen, ada kemudahan beli, jual dan gadai emas setiap masa 24/7
EPP Public Gold
Cara belian EPP

Easy Payment Purchase (EPP):

  • Sesuai untuk beli emas fizikal seperti 1 dinar sehingga 5 dinar & 10g bar sehingga 1 kilo
  • Bayar secara ansuran selama 6 atau 10 bulan
  • Pilihan popular bagi yang nak simpan emas fizikal setiap bulan dan dapat lock harga semasa
  • Selepas pembayaran selesai, emas boleh diambil di cawangan atau dipos ke rumah

Kedua-dua sistem ini tanpa riba, patuh Shariah, dan fleksibel untuk pelbagai bajet. Ini membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menyimpan emas mengikut kemampuan masing-masing.

Sijil patuh syariah Public Gold
Sijil patuh syariah Public Gold

Cara Syarikat Ini Jamin Ketulenan Emas Anda

Ketulenan emas adalah perkara paling penting bila nak menyimpan.

Public Gold menjamin kualiti emas mereka dengan:

  • Semua emas 999.9 (24 karat) diiktiraf LBMA
  • Setiap keping emas disertakan Sijil Ketulenan
  • Emas boleh diuji di mana-mana cawangan Public Gold
  • Ada sistem Buy Back Guarantee tanpa soalan

Selain itu, Public Gold juga menyediakan:

  • Kempen anti-scam: mendidik pengguna tentang risiko beli emas palsu
  • Akaun audit tahunan yang dikendalikan oleh syarikat bebas untuk memastikan integriti stok emas
  • Event bulanan dan tahunan di mana kesemua pelanggan dijemput hadir
𝑷𝒖𝒃𝒍𝒊𝒄 𝑮𝒐𝒍𝒅 𝒅𝒊 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑮𝒐𝒍𝒅 & 𝑱𝒆𝒘𝒆𝒍𝒍𝒆𝒓𝒚 𝑻𝒓𝒂𝒅𝒆 𝑬𝒙𝒉𝒊𝒃𝒊𝒕𝒊𝒐𝒏 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝑴𝑮𝑱𝑬 𝟐𝟎𝟐𝟓)
𝑷𝒖𝒃𝒍𝒊𝒄 𝑮𝒐𝒍𝒅 𝒅𝒊 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑮𝒐𝒍𝒅 & 𝑱𝒆𝒘𝒆𝒍𝒍𝒆𝒓𝒚 𝑻𝒓𝒂𝒅𝒆 𝑬𝒙𝒉𝒊𝒃𝒊𝒕𝒊𝒐𝒏 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝑴𝑮𝑱𝑬 𝟐𝟎𝟐𝟓)

Semua ini menunjukkan komitmen untuk memastikan emas yang anda simpan adalah tulen, selamat, dan boleh diwariskan.

Testimoni Pelanggan: Dari Gold Savers ke Gold Investors

Ramai pelanggan saya dan diri saya sendiri bermula dengan menyimpan RM100 pertama melalui GAP, dan akhirnya menjadi penyimpan emas tegar.

Contoh kisah:

  • Saya sendiri, pelajar universiti, simpan RM100 setiap bulan sejak 2020. Kini sudah ada 30 gram emas, cukup untuk deposit rumah.
  • Pn. Zainab, suri rumah, kumpul emas guna EPP. Dalam 2 tahun berjaya kumpul lebih 200g sebagai dana kecemasan.
  • Puan Hasnah, bekas pekerja swasta, mula simpan emas ketika PKP. Sekarang sudah menyimpan lebih 200g untuk dana pendidikan anak-anak

Ramai juga yang akhirnya menjadi dealer Public Gold, menjana pendapatan pasif melalui emas sambil bantu orang lain menyimpan. Dengan sistem komisen berstruktur, dealer boleh jana pendapatan daripada jualan dan juga melalui rangkaian frontline mereka.

Tips Nak Mula Simpan Emas dengan Bijak

Jika anda masih baru dalam dunia emas, berikut beberapa tips mudah:

  1. Mula dengan bajet kecil – Tak perlu tunggu kaya, mula dari serendah RM100 melalui GAP
  2. Fokus jangka panjang – Emas sesuai untuk simpanan 3-5 tahun ke atas
  3. Elakkan overtrade – Jangan kejar turun naik harga emas secara harian
  4. Pilih dealer yang aktif dan membantu – Supaya anda boleh dapat bimbingan berterusan
  5. Gunakan platform rasmi Public Gold sahaja – Elakkan ditipu pihak ketiga

Syarikat ini bukan sekadar jual beli emas. Ia adalah gerakan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang nilai emas sebenar sebagai pelindung kekayaan dan instrumen simpanan berkesan.

Dengan produk patuh Shariah, sistem mesra pengguna, dan komuniti aktif, Public Gold membuka ruang untuk semua. Dari pelajar hingga pesara untuk menyimpan dan melindungi nilai wang mereka.

Nak mula simpan emas serendah RM100? Klik di sini untuk daftar akaun Public Gold secara percuma dan mula langkah pertama anda ke arah kebebasan kewangan melalui emas!

Irfan Sa’id,
Membimbing lebih 500 orang penyimpan emas seluruh Malaysia dan Singapura.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *