Cara Saya Tambah Pendapatan: Ramai antara kita pernah terfikir nak tambah pendapatan. Mungkin sebab komitmen makin tinggi atau gaji tetap yang tak cukup. Kita semua ada sebab tersendiri. Tapi satu masalah selalu jadi penghalang…
Kita tak tahu nak mula dari mana.
Saya pun dulu macam tu. Fikir panjang. Takut rugi. Rasa tak yakin.
Tapi saya buat juga. Saya mulakan langkah kecil yang akhirnya membuka peluang lebih besar. Dalam poating kali ini, saya nak kongsikan cara saya tambah pendapatan, harapnya boleh jadi inspirasi kepada anda yang tengah tercari-cari jalan.

Kenapa Kita Perlukan Pendapatan Tambahan?
Kita bukan tamak. Tapi kita hidup dalam zaman yang mencabar. Harga barang naik, gaji tak berubah. Kadang-kadang, gaji pun habis sebelum hujung bulan.
Kita nak:
- Bantu keluarga
- Langsaikan hutang
- Ada simpanan kecemasan
- Rancang untuk kahwin, beli rumah, atau sambung belajar
- Capai impian yang tertangguh sejak dulu
Pendapatan tambahan bukanlah kemewahan, tapi satu keperluan sekarang. Dan berita baiknya, kita boleh mula walaupun tanpa modal besar dan bukannya belanja hangus.
Sebelum kita cerita panjang lebar tentang cara saya tambah pendapatan, jom kita jujur dulu dengan diri kita. Kenapa kita cari income lebih?
Apa Yang Selalu Halang Kita Dari Mula?
Bila tanya ramai orang kenapa tak mula-mula cari income lebih, jawapan yang biasa kita dengar:
❌ “Saya tak ada modal”
❌ “Saya tak pandai bisnes”
❌ “Saya tak ada masa”
❌ “Saya tak tahu nak buat apa”
Semua tu pernah saya fikirkan juga. Tapi sebenarnya, semua tu hanya alasan yang terbentuk sebab kita belum nampak jalan yang sesuai dengan situasi kita.
Bila saya mula, saya tak ada pengalaman berniaga. Saya cuma ada satu niat, “Saya nak tambah pendapatan supaya boleh bantu diri sendiri, keluarga tersayang dan juga orang di sekeliling.“

Cara Saya Tambah Pendapatan: Mula Sebagai Dealer Public Gold
Jadi… apa sebenarnya cara saya tambah pendapatan?
Saya mulakan dengan jadi dealer Public Gold. Dan saya bermula hanya dengan 30 gram emas pada tahun 2020.
Saya tahu ramai orang skeptikal bila dengar pasal emas. Tapi sebenarnya, simpan emas bukan benda baru. Cuma tak ramai yang faham betul-betul macam mana emas boleh bantu kewangan kita.
Public Gold adalah platform jual beli emas fizikal yang mudah, telus, dan dipercayai. Kita boleh mula beli emas serendah RM100 dan yang menariknya, kita tak perlu pegang stok atau buka kedai pun!

Apa Saya Buat Sebagai Dealer?
Ramai tanya saya, “Apa kerja dealer ni? Kena jual emas dari rumah ke?”
Tak… bukan macam tu.
Sebagai dealer Public Gold, kerja saya lebih kepada:
- Kongsi ilmu pasal simpanan emas di media sosial
- Bantu orang buka akaun emas di Public Gold dan mula menabung emas
- Bimbing pelanggan yang nak mula simpan emas
- Follow up dan beri konsultasi bila diperlukan
Saya sendiri gunakan media sosial macam Instagram dan TikTok untuk kongsi pengalaman saya simpan emas. Tak perlu pun jadi pakar kewangan. Kita cuma kongsi apa yang kita belajar, dengan cara yang mudah difahami.
Bila orang nampak kita konsisten dan jujur, mereka akan mula percaya dan bertanya. Dari situ, peluang income pun mula datang.

Modal Kecil, Potensi Besar
Kita selalu sangka nak mula sesuatu kena ada modal besar. Tapi pengalaman saya sendiri tunjukkan sebaliknya. Saya tak perlu sewa pejabat, tak simpan stok, tak perlu hire staff.
Saya hanya perlu alihkan sebahagian dari simpanan saya pada tahun 2020 dan membeli emas sebanyak 30 gram untuk melayakkan diri menjadi Normal Dealer di Public Gold.
Apa yang saya perlukan waktu itu:
✅ Telefon dan internet
✅ Ilmu dan kesanggupan belajar
✅ Konsistensi untuk berkongsi dan membantu orang lain
Pendapatan saya tak datang sekelip mata. Tapi bila saya buat secara konsisten, saya mula nampak hasil. Dari satu pelanggan, jadi sepuluh. Dari sepuluh, jadi ratusan. Sehingga kini, saya telah membimbing lebih 500 orang penyimpan emas!
Dan semua itu bermula dengan satu langkah kecil.

Bila Pendapatan Tambahan Dah Mula Masuk…
Apa yang best bila ada pendapatan tambahan ni?
Saya boleh:
- Topup simpanan sendiri
- Bantu mak ayah bayar bil
- Bayarkan kos belanja adik saya ketika mula masuk ke universiti
- Ada duit lebih untuk melancong sikit-sikit
- Kurang stress bila tiba hujung bulan
Lebih penting, saya rasa lebih yakin dengan masa depan saya. Saya tak perlu bergantung sepenuhnya pada satu sumber pendapatan. Dan bila ekonomi tak menentu, saya masih ada ‘backup’ untuk bantu diri dan keluarga.

Ramai Orang Dah Mula Dengan Cara Sama
Saya bukan seorang saja yang guna cara ni untuk tambah pendapatan. Ramai lagi anak muda, suri rumah, malah pesara yang mula simpan emas dan jadi dealer.
Mereka semua bermula dari kosong. Tapi dengan ilmu dan tunjuk ajar yang betul, mereka pun berjaya cipta pendapatan tambahan.
Public Gold tak minta kita jual barang dari rumah ke rumah. Tapi dia bagi peluang untuk kita bantu orang lain faham pentingnya simpan emas, dan dari situ kita jana pendapatan.
Anda Pun Boleh Mula Hari Ini
Kalau anda tengah fikir, “boleh ke saya buat macam ni?”
Jawapan saya: Boleh. Sangat boleh.
Apa yang anda perlukan hanya:
✅ Minat untuk belajar
✅ Kemahuan untuk bantu orang
✅ Kesanggupan untuk konsisten
✅ Dan yang paling penting: keberanian untuk mulakan langkah pertama
Jangan tunggu sampai ‘sempurna’ baru nak mula. Kalau saya tunggu semua benda perfect dulu, mungkin saya masih tak buat apa-apa hari ni.
Langkah Kecil, Impak Besar
Saya tulis blog ini bukan sebab saya dah berjaya sangat. Tapi sebab saya tahu ramai yang masih takut nak mula. Saya pun pernah rasa macam tu. Tapi bila saya beranikan diri mula dengan satu gram emas, hidup saya mula berubah.
Pendapatan tambahan tu bukan sekadar duit lebih. Tapi rasa lega, rasa yakin, dan rasa bersedia untuk masa depan.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut macam mana saya mula, boleh DM saya. Saya akan tunjuk langkah demi langkah, ikut bajet dan kesesuaian anda.
Langkah kecil hari ini, mungkin jadi permulaan untuk perubahan besar dalam hidup anda.
Baca di sini Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold.
Irfan Sa’id
25 tahun | Active Dealer Public Gold
“Langkah kecil, impak besar.”