Penyimpan Emas vs Pelabur Emas [Panduan Lengkap 2025]

Penyimpan Emas vs Pelabur Emas

Penyimpan Emas vs Pelabur Emas: Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, ramai rakyat Malaysia mencari alternatif yang selamat dan bernilai untuk melindungi kekayaan mereka.

Emas fizikal menjadi pilihan utama sejak dulu lagi kerana ia kalis inflasi, mudah dicairkan, dan diiktiraf di seluruh dunia. Namun, dalam dunia emas, ada dua jenis posisi utama pembeli yang perlu kita fahami sebelum mula menyimpan:

  1. Penyimpan Emas
  2. Pelabur Emas

Dua posisi ini mempunyai tujuan dan strategi yang berbeza. Nak tahu anda termasuk dalam kategori mana? Teruskan membaca.

Siapa Itu Penyimpan Emas?

Penyimpan emas adalah individu yang faham bahawa emas bukan sekadar barang kemas atau hiasan, tetapi satu bentuk penyimpanan nilai yang kukuh. Mereka beli emas bukan untuk dijual semula dalam masa terdekat, tetapi untuk simpan jangka panjang sebagai aset simpanan selamat.

Ciri-Ciri Penyimpan Emas:

  • ✅ Menukar wang kertas kepada emas fizikal untuk elak kebocoran duit.
  • ✅ Simpan emas sebagai dana kecemasan (3-6 bulan gaji).
  • ✅ Tidak kisah harga emas naik atau turun, yang penting gram bertambah.
  • ✅ Pegang emas fizikal sendiri, goldbar & dinar.
  • ✅ Fokus kepada matlamat masa depan seperti kahwin, umrah, rumah pertama.

Emas Lindungi Kuasa Beli

Inflasi menyebabkan nilai wang kita makin susut setiap tahun. RM10,000 pada 10 tahun lalu jauh lebih besar nilainya berbanding hari ini. Tapi nilai emas makin meningkat. Maka penyimpan emas yakin bahawa emas mampu mengekalkan kekayaan mereka.

Contohnya, jika anda simpan 100 gram emas hari ini, dalam 10 tahun akan datang, nilai gram tersebut hampir pasti lebih tinggi dari sekarang walaupun dengan keadaan pasaran dunia berubah.

Penyimpan Emas vs Pelabur Emas, Cara kira inflasi
Saya kira di website Malaysia CPI Inflation Calculator

Emas Sebagai Dana Kecemasan

Bayangkan anda ada 50 gram emas ketika berlaku kecemasan. Anda boleh bawa ke Ar-Rahnu dan dapatkan pinjaman tunai segera sehingga 70% dari nilai semasa. Tak perlu tunggu kelulusan dari bank untuk buat pinjaman atau jual dengan harga rendah. Inilah kelebihan simpan emas berbanding wang tunai.

Penyimpan Emas vs Pelabur Emas, design 50g Public Gold Yang terbaru
50g emas design baru. Boleh dibeli cara Full Payment, EPP10 atau dengan Akaun GAP

Strategi Penyimpan Emas yang Berjaya

Penyimpan emas ada satu formula mudah yang boleh diikut. “Ada duit lebih, beli emas.” Tak perlu tunggu harga murah atau naik. Fokus utama ialah konsisten dan tambah gram dari semasa ke semasa.

Antara Strategi Popular:

  • Beli emas secara bulanan (GAP – Gold Accumulation Program)
  • Jadikan emas sebagai simpanan tetap bulanan seperti tabung
  • Tetapkan target simpanan emas contoh: 100 gram dalam 5 tahun
  • Guna kaedah auto debit atau disiplinkan diri dengan reminder

Dengan strategi ini, ramai anak muda berjaya capai simpanan 10g, 50g hingga 100g tanpa rasa terbeban.

Siapa Pula Pelabur Emas?

Pelabur emas pula berbeza dari penyimpan emas. Golongan ini membeli emas dalam kuantiti besar dengan tujuan untuk mendapat keuntungan wang ringgit daripada aktiviti jual beli emas.

Ciri-Ciri Pelabur Emas:

  • ✅ Beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi
  • ✅ Tidak terlalu sentimental dengan simpanan, sanggup jual bila untung
  • ✅ Ada kemahiran ilmu teknikal dan fundamental pasaran emas dunia
  • ✅ Lihat emas sebagai medium pelaburan jangka sederhana (1-2 tahun)
  • ✅ Belian biasanya melebihi 100 gram ke atas

Contoh Keuntungan Pelabur Emas:

Anda beli 100 gram emas ketika harga RM320/gram (RM32,000). Bila harga naik kepada RM400/gram, nilai keseluruhan jadi RM40,000. Anda jual dan dapat keuntungan RM8,000. Pelabur emas fokus kepada timing dan trend harga emas.

Dan bukan semua pelabur emas hanya membeli emas fizikal. Ada juga yang memilih untuk berdagang emas dalam bentuk digital atau patuh Syariah seperti ETF Emas (Exchange Traded Fund).

Contohnya, pelabur yang mahukan kecairan lebih pantas dan tak mahu urus penyimpanan fizikal mungkin akan memilih untuk berdagang TradePlus Shariah Gold Tracker, iaitu salah satu ETF emas patuh Syariah di Bursa Malaysia.

Penyimpan Emas vs Pelabur Emas, Salah satu cara nak melabur ETF Emas Patuh Syariah
Salah satu cara nak melabur ETF Emas Patuh Syariah

ETF ini membolehkan pelabur mendapat pendedahan kepada pergerakan harga emas dunia tanpa perlu pegang emas secara fizikal. Ia lebih sesuai untuk pelabur aktif yang suka berdagang berdasarkan naik turun harga dalam jangka pendek hingga sederhana.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa instrumen seperti ETF tetap terdedah kepada risiko pasaran dan tidak sesuai dijadikan dana kecemasan seperti emas fizikal.

Jadi, walaupun mereka digelar pelabur emas, pilihan instrumen pelaburan mereka boleh berbeza-beza, bergantung kepada tahap ilmu, matlamat, dan toleransi risiko masing-masing.

Ilmu Penting untuk Pelabur Emas

Nak jadi pelabur emas yang berjaya, tak cukup sekadar tahu beli dan jual. Anda perlu:

  • Faham analisis teknikal seperti support, resistance, candlestick
  • Tahu faktor global yang pengaruhi harga emas contohnya kadar faedah US, krisis geopolitik, inflasi dunia
  • Ada perancangan modal, jangan all-in je!
  • Gunakan platform seperti TradingView, Kitco, atau Public Gold Price Alert untuk pantau harga

Jika anda serius, sertai kelas analisis harga emas seperti yang dianjurkan oleh Tuan Noor Shufaad, ilmu ini sangat membantu untuk buat keputusan beli/jual dengan yakin.

Buku tulisan Tuan Mohd Noor Shufaad

Penyimpan vs Pelabur: Mana Satu Sesuai Untuk Anda?

Ciri-CiriPenyimpan EmasPelabur Emas
TujuanLindungi kekayaan jangka panjangJana keuntungan jangka sederhana
Minimum BelianSerendah RM100 atau ikut bajet100g ke atas
StrategiKonsisten tambah gramBeli harga rendah, jual tinggi
Emosi bila jualSayang nak lepasFokus pada keuntungan
Ilmu yang diperlukanAsas kewangan dan disiplinAnalisis pasaran dan teknikal

Sebenarnya tak salah pun kalau anda nak gabungkan dua-dua posisi ini! Mula sebagai penyimpan emas, kemudian bila sudah ada simpanan mencukupi (contohnya 100g), baru bertukar kepada posisi pelabur.

Strategi ini lebih selamat dan realistik, terutamanya jika anda baru mula dalam dunia emas.

Panduan Mula Simpan atau Melabur Emas Hari Ini

Kalau anda nak mula sekarang, ini langkah yang disarankan:

  1. Kenalpasti matlamat anda: Simpan jangka panjang atau jana keuntungan?
  2. Daftar Akaun Emas GAP Public Gold secara percuma, tak perlu bayar untuk mula
  3. Mula simpan secara konsisten setiap bulan, walaupun RM100 atau 1g
  4. Join komuniti dan kelas ilmu emas contohnya Telegram, Zoom, atau seminar yang saya sediakan
  5. Dapatkan bimbingan dealer berpengalaman macam saya! 😄
Penyimpan emas vs Pelabur Emas, Nak konsisten simpan emas tanpa risau terlupa? Daftarlah Akaun GAP Auto Debit RM200 sebulan bersama Public Gold.
Nak konsisten simpan emas tanpa risau terlupa? Daftarlah Akaun GAP Auto Debit RM200 sebulan bersama Public Gold.

Kesimpulan: Masa Terbaik Simpan Emas Adalah Hari Ini

Bak kata guru emas saya, “Masa terbaik beli emas adalah 10 tahun lepas. Masa kedua terbaik ialah HARI INI.” Jangan tunggu harga emas turun. Jangan tunggu ‘masa sesuai’. Kerana hakikatnya, harga emas akan terus naik dalam jangka masa panjang.

Lebih lama anda tunggu, lebih kecil kuasa beli anda. Kenalpasti posisi anda sama ada penyimpan atau pelabur emas, dan mula bertindak. Saya sedia bimbing anda dari A hingga Z.

Irfan Sa’id (PG00246861)
📱 Telegram Channel: Klik Sini
💬 Tanya terus: Saya sedia bantu anda untuk mula simpan emas dengan yakin!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *