Trip VVIP Public Gold – South East Asia Trip

South East Asia Trip bersama Public Gold

Public Gold terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama emas pilihan di Malaysia dengan menyediakan peluang istimewa kepada dealer-dealer yang berprestasi tinggi.

Antara ganjaran paling eksklusif adalah penyertaan dalam Trip VVIP Public Gold – South East Asia Trip, sebuah percutian mewah yang bukan sahaja memberikan pengalaman luar biasa, tetapi juga pengiktirafan kepada usaha keras dealer.

Mengapa Trip VVIP Public Gold Begitu Istimewa?

Trip VVIP South East Asia Public Gold bukan sekadar percutian. Ia adalah satu bentuk penghargaan kepada dealer yang telah bekerja keras membina rangkaian, mencapai jualan yang tinggi, dan membantu lebih ramai orang memiliki emas.

Percutian ini biasanya dianjurkan di destinasi antarabangsa mewah dengan layanan kelas pertama, suasana eksklusif, dan peluang networking bersama dealer-dealer hebat lain.

Lebih daripada sekadar melancong, ia adalah peluang untuk membina hubungan, berkongsi strategi, dan meraih inspirasi daripada mereka yang sudah berjaya.

Manfaat Menjadi Dealer Public Gold

Menjadi Dealer Public Gold tidak hanya memberi peluang untuk menjana pendapatan tambahan, tetapi juga membuka ruang kepada ganjaran-ganjaran eksklusif seperti Trip South East Asia (SEA Trip). Dealer berpeluang menikmati insentif khas, latihan berterusan, dan bimbingan daripada mentor berpengalaman.

Selain itu, status dealer juga memberi kredibiliti dalam membina jaringan pelanggan, kerana pelanggan lebih yakin untuk membeli daripada dealer sah Public Gold.

Syarat Kelayakan Trip South East Asia Public Gold

Untuk menyertai SEA Trip Public Gold, terdapat beberapa syarat prestasi yang perlu dipenuhi oleh dealer. Ini memastikan hanya mereka yang benar-benar komited dan berusaha gigih yang akan mendapat penghormatan menyertai trip eksklusif ini. Antara syarat kelayakan adalah:

  1. Master Dealer – Dealer yang berjaya membina sekurang-kurangnya 300 frontline (pelanggan yang terus didaftarkan di bawahnya) serta mencapai RM300,000 jumlah jualan peribadi.
  2. 100 Club – Dealer yang berjaya membuat 100 rekrut baharu dalam tempoh setahun kewangan.
  3. RM600,000 Jualan Peribadi Setahun – Dealer yang mencapai jumlah jualan peribadi sekurang-kurangnya RM600,000 dalam tempoh setahun kewangan.

Mengapa Anda Patut Sasarkan SEA Trip Public Gold?

Selain pengalaman mewah yang tidak ternilai, trip ini memberi peluang besar untuk anda berhubung rapat dengan pengurusan tertinggi Public Gold serta dealer-dealer berpengalaman lain.

Perbincangan dan perkongsian sepanjang trip mampu memberikan inspirasi dan idea baharu untuk mengembangkan lagi bisnes emas anda. Lebih penting, ia menjadi satu bentuk pengiktirafan terhadap usaha anda dalam membina kejayaan sebagai dealer Public Gold.

Bagaimana Untuk Mencapai Kelayakan?

Untuk layak, seorang dealer perlu mempunyai perancangan jelas dan tindakan konsisten. Antara strategi yang boleh diamalkan ialah sentiasa aktif membuat perkongsian tentang emas, membantu pelanggan memahami kelebihan menyimpan emas, dan membina pasukan dealer yang sama-sama bersemangat.

Dengan adanya sistem sokongan dan bimbingan daripada team kami Team PG1M, setiap dealer berpeluang mencapai sasaran kelayakan jika konsisten dan komited.

Itinerari Jogjakarta Bersama Public Gold Achievers

Hari 1: Ketibaan dan Sentuhan Pertama Jogja

Jom bercuti bersama Public Gold, Trip VVIP Public Gold tersangat best
Jom bercuti bersama Public Gold, Trip VVIP Public Gold tersangat best

Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto disambut dengan suasana hangat Jogja. Aktiviti dimulakan dengan lawatan ke Jalan Malioboro yang terkenal dengan makanan tempatan, persembahan jalanan dan cenderamata.

Hari 2: Sejarah Jogjakarta dan Melawat Candi Borobudur

Mengunjungi Candi Borobudur, tapak bersejarah yang diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO.
Mengunjungi Candi Borobudur, tapak bersejarah yang diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO.

Pengalaman melawat Taman Sari dan Sultan Palace di sebelah pagi sangat mengagumkan. Kita belajar tentang sejarah dan budaya masyarakat di Jogjakarta. Kemudian, di sebelah petang kami melawat Candi Borobudur dan ini merupakan detik yang amat bermakna.

Hari 3: Menaiki Jeep ke Gunung Merapi

Antara tempat lawatan ketika kami di Gunung Merapi
Antara tempat lawatan ketika kami di Gunung Merapi

Lawatan dan pengembaraan jeep di Gunung Merapi, melalui padang lava dan kampung lama yang ditinggalkan. Sangat menyayat hati kami apabila menyaksikan sendiri rumah-rumah lama yang menjadi sejarah mangsa korban Tragedi Gunung Merapi yang meletus pada tahun 2010.

Hari 4: Studio Alam Gamplong & Membeli-belah

Hari terakhir diisi dengan lawatan ke Studio Alam Gamplong serta aktiviti membeli-belah terakhir di Jalan Malioboro sebelum kembali ke tanah air.

Kesimpulan

Trip VVIP Public Gold bukan sekadar ganjaran melancong. Ia adalah simbol kejayaan, pengiktirafan, dan peluang untuk berkembang ke tahap lebih tinggi dalam bisnes emas. Itinerari Jogjakarta pula melengkapkan pengalaman ini dengan gabungan budaya, sejarah, dan alam semula jadi.

Jika anda seorang Dealer Public Gold, inilah masanya untuk menetapkan sasaran besar dan berusaha untuk melayakkan diri. Ganjaran yang menanti bukan sahaja percutian mewah, tetapi juga pengalaman berharga yang boleh mengubah hala tuju bisnes anda.

Untuk makluman anda, ini sebenarnya baru 10% daripada keseluruhan ganjaran trip VVIP Public Gold. Selain Jogjakarta, Public Gold juga menyediakan satu lagi perjalanan eksklusif iaitu Public Gold Leadership Seminar ke Budapest untuk pencapaian tahun kewangan 2025/2026. Jom sama-sama sertai saya ke Budapest!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *