Kenapa Harga Emas Naik 2025? Apa Patut Pelabur Buat?

Kenapa harga emas naik ditunjukkan dengan emas Public Gold, graf kewangan meningkat, dan wang kertas Ringgit Malaysia

Kenapa harga emas naik tinggi tahun 2025? – Ramai orang terkejut apabila melihat harga emas naik sehingga mencecah paras RM538 segram di Public Gold baru-baru ini.

Ada yang rasa macam terlalu mahal, ada yang fikir ia sudah sampai puncak, dan ada juga yang menyesal sebab tidak beli emas lebih awal ketika harganya lebih rendah.

Sebenarnya, kalau kita lihat faktor-faktor global yang berlaku sekarang, kenaikan harga emas ini bukanlah sesuatu yang pelik.

Malah, pakar sudah lama menjangka bahawa emas akan melonjak apabila ekonomi dunia goyah, inflasi berlarutan dan keyakinan terhadap mata wang kertas semakin merosot.

Dalam artikel ini saya akan kongsikan analisis ringkas tetapi mudah hadam tentang sebab harga emas naik, faktor global yang mempengaruhinya dan apa strategi terbaik untuk pelabur serta penyimpan emas di Malaysia.

Ekonomi Amerika Syarikat Semakin Lemah

Semakan penanda aras awal BLS menurunkan angka pekerjaan sebanyak 911,000 dari April 2024 hingga Mac 2025
Semakan penanda aras awal BLS menurunkan angka pekerjaan sebanyak 911,000 dari April 2024 hingga Mac 2025

Amerika Syarikat merupakan pusat ekonomi dunia dan apa sahaja yang berlaku di sana akan memberi kesan besar kepada harga emas global. Baru-baru ini, U.S. Bureau of Labor Statistics mendedahkan semakan semula data pekerjaan yang mengejutkan ramai pihak.

Rupanya ada 911,000 pekerjaan yang hilang daripada kiraan asal. Ini menunjukkan pertumbuhan pekerjaan sebenar jauh lebih perlahan daripada apa yang digambarkan sebelum ini. Ada bulan-bulan tertentu di mana angka pekerjaan malah negatif.

Bila ekonomi Amerika Syarikat menunjukkan tanda-tanda kelemahan, ia memberi tekanan kepada Federal Reserve untuk bertindak.

Bank pusat ini biasanya akan memotong kadar faedah untuk merangsang ekonomi, tetapi bila keadaan semakin teruk, mereka mungkin kembali kepada langkah luar biasa seperti mencetak wang (Quantitative Easing) atau mengawal pasaran bon melalui yield curve control.

Semua tindakan ini menjadikan pelabur semakin hilang keyakinan terhadap nilai dolar Amerika dan mula mencari aset selamat seperti emas dan perak.

Krisis Politik dan Hutang di Eropah

Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera semasa perhimpunan memperingati Hari Pekerja Sedunia di Toulouse, barat daya Perancis, pada 1 Mei.
Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera semasa perhimpunan memperingati Hari Pekerja Sedunia di Toulouse, barat daya Perancis, pada 1 Mei.

Selain Amerika Syarikat, Eropah juga sedang bergelut dengan masalah besar. Krisis politik di Perancis contohnya, telah menyebabkan kerajaan tumbang kerana gagal mengawal bajet negara. Hutang kerajaan meningkat dengan kadar yang menakutkan iaitu €5,000 setiap saat.

Situasi ini membuatkan rakyat dan pelabur hilang kepercayaan kepada kerajaan untuk menguruskan kewangan dengan baik. Bila kerajaan jatuh atau dasar kewangan tidak stabil, aset fizikal seperti emas dan perak menjadi pilihan kerana ia tidak bergantung kepada janji politik atau kestabilan institusi.

Orang ramai mula memindahkan sebahagian kekayaan mereka kepada emas kerana ia lebih diyakini sebagai penyimpan nilai jangka panjang berbanding simpanan tunai atau aset kertas yang bergantung kepada kestabilan kerajaan.

Inflasi yang Perlahan-lahan Menghakis Nilai Duit

Satu lagi faktor besar kenapa harga emas naik ialah inflasi yang berterusan. Mari kita tengok matematik mudah ni.

Jika inflasi kekal sekitar 4% setahun, dalam masa 10 tahun nilai duit akan merosot hampir 50%. Maksudnya, jika kita simpan RM100,000 dalam bentuk tunai hari ni, selepas 10 tahun kuasa beli hanya tinggal sekitar RM67,000 dari segi nilai sebenar.

Philippe Gijsels, Chief Strategy Officer BNP Paribas Fortis, memang dah bagi amaran tentang ni. Dia cakap kerajaan-kerajaan akan guna inflasi sebagai “cara termudah untuk kurangkan hutang”. Maksudnya inflasi ni memang dijangka berterusan.

Realitinya, ramai orang tidak sedar betapa bahayanya inflasi ini kerana ia tidak berlaku secara drastik dalam sehari. Ia datang perlahan-lahan, ibarat “pencuri senyap” yang mencuri nilai duit kita tahun demi tahun.

Contoh mudah:

  • Roti canai tahun 2015: RM1.20
  • Roti canai tahun 2025: RM2.00+
  • Tu baru 10 tahun, dah naik 67%!

Sebab itu emas dianggap “store of value” terbaik. Ia tidak boleh dicetak sewenang-wenangnya macam duit kertas, dan secara sejarahnya sentiasa menyesuaikan diri dengan inflasi.

Bila kos sara hidup meningkat dan duit fiat semakin hilang nilai, emas menjadi aset yang melindungi kekayaan dengan lebih konsisten dalam jangka masa panjang.

Permintaan Emas dan Perak Meningkat

Silver akan naik ke paras yang lebih tinggi
Silver akan naik ke paras yang lebih tinggi

Selain faktor ekonomi dan inflasi, kenaikan harga emas juga disokong oleh permintaan yang semakin tinggi. Emas bukan sahaja digunakan sebagai simpanan dan pelaburan, tetapi juga ada kegunaan industri.

Dalam masa sama, perak semakin mendapat perhatian kerana selain digunakan dalam industri teknologi, ia juga berfungsi sebagai mata wang simpanan alternatif.

Philippe Gijsels meramalkan kalau harga perak pecah paras $50, ia berpotensi melonjak sehingga $100. Ini memberi kesan tidak langsung kepada emas kerana bila perak naik mendadak, pelabur juga akan menambah simpanan emas sebagai pelengkap kepada portfolio mereka.

Apa Maksud Harga Emas Naik untuk Pelabur Biasa?

Bila harga emas naik ke paras All Time High, ramai orang rasa bimbang nak mula menyimpan emas kerana takut beli pada harga puncak.

Tetapi kalau kita lihat sejarah, harga emas sering mencatatkan paras baru apabila krisis ekonomi berlaku. Tahun 2008, semasa krisis kewangan global, harga emas naik hampir dua kali ganda dalam masa beberapa tahun.

Begitu juga semasa pandemik 2020, harga emas naik ke paras tertinggi ketika orang ramai mencari aset selamat. Jadi, logiknya bukan soal beli murah atau mahal pada hari tertentu, tetapi lebih kepada sejauh mana kita konsisten menyimpan emas dalam jangka masa panjang.

Orang yang mula simpan awal akan tetap menang kerana mereka membeli pada purata harga berbeza setiap bulan, bukan meneka harga pasaran harian.

Strategi Simpan Emas yang Bijak

Kenapa emas ni naik tinggi?
Emas Pelaburan Berkualiti Tinggi dari Public Gold

Kalau kita faham sebab harga emas naik, langkah seterusnya ialah pilih strategi simpanan emas yang betul. Pertama, jangan kejar harga murah semata-mata. Emas adalah pelaburan jangka panjang, jadi konsistensi lebih penting daripada timing sempurna.

Kedua, pilih platform yang telus, patuh syariah dan ada sistem buyback yang jelas. Contohnya di Public Gold, kita boleh mula simpan emas dengan modal serendah RM100 melalui GAP (Gold Accumulation Program). Bila sudah cukup simpanan, kita boleh keluarkan dalam bentuk jongkong atau dinar emas fizikal.

Public Gold juga ada lebih 20 cawangan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikannya lebih mudah untuk jual balik emas pada bila-bila masa tanpa risaukan isu resit atau kondisi barang.

Kesimpulan

Harga emas naik ke paras RM538 segram bukanlah satu kejutan besar. Kenaikan ini boleh difahami apabila kita melihat faktor global yang sedang berlaku.

Ekonomi Amerika semakin lemah. Di Eropah, krisis politik dan hutang negara makin meruncing. Inflasi pula berterusan, manakala permintaan industri terhadap emas dan perak semakin tinggi. Semua faktor ini menjadi pemangkin utama kepada kenaikan harga.

Bagi pelabur dan penyimpan emas di Malaysia, fokus utama bukanlah meneka bila harga akan naik atau turun. Yang lebih penting ialah membina disiplin untuk menyimpan emas secara konsisten.

Soalan sebenar yang patut kita tanya bukanlah “mahal atau murah harga emas sekarang?”. Soalan lebih tepat ialah “berapa nilai duit kita kalau tidak bertindak apa-apa dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang?”.

Dengan disiplin dan strategi yang betul, emas bukan sahaja melindungi kekayaan. Ia juga menjadi aset yang memberi ketenangan dalam dunia ekonomi yang penuh ketidaktentuan.

Irfan Sa’id,
Simpan emas dengan ilmu dan strategi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *