Pasaran saham Wall Street baru-baru ini meraikan satu lagi mercu tanda bersejarah apabila S&P 500 menghampiri paras 6,900 mata. Dipacu juga oleh kegilaan (mania) kecerdasan buatan (AI).
Antara pendorong utamanya ialah saham gergasi seperti Nvidia, yang kini bernilai lebih $5 trilion [Kitco News].
Nisbah P/E S&P 500 melonjak ke 22.9, jauh melebihi purata 10 tahun (18.6). Euforia ini kelihatan seolah-olah tiada penghujungnya.
Setiap berita positif AI, pelancaran cip baharu, atau kemajuan teknologi disambut dengan FOMO buying, seakan pasaran kini kebal terhadap undang-undang graviti kewangan.
Namun di sebalik kemeriahan ini, terdapat amaran keras daripada Market Strategist terkenal, Gareth Soloway, yang menyifatkan rally AI ini sebagai ‘mania dengan tanda-tanda keletihan’.
Menurutnya, pasaran mungkin sudah mencapai ‘major top‘ dan inilah waktu paling kritikal untuk pelabur kembali kepada strategi melabur emas secara konsisten
Situasi inilah yang membawa kepada tema utama analisis ini. Emas Hadapi Bubble AI, iaitu pertembungan antara aset spekulatif dan aset nilai sebenar.
Risiko Kestabilan Emas Hadapi Bubble AI
Soloway membandingkan fenomena AI ini dengan dot-com bubble tahun 2000.

Walaupun syarikat AI kini lebih menguntungkan, contohnya, Nvidia melaporkan kenaikan pendapatan 94% YTD, beliau mengingatkan bahawa Cisco juga sangat menguntungkan sebelum gelembung dot-com pecah.
Masalah utama bukan pada keuntungan, tetapi pada penilaian yang terlalu jauh dari asas ekonomi sebenar.
| Perbandingan Bubble | Nisbah kepada KDNK AS (US GDP) | Implikasi Risiko |
|---|---|---|
| Cisco (Tahun 2000) | 3.9% daripada KDNK AS | Pasaran memecah rekod tetapi jurang penilaian masih terkawal. |
| Nvidia (Kini) | 16% daripada KDNK AS | Penilaian “tidak normal”, menunjukkan ciri-ciri bubble ekstrem. |
Apabila satu syarikat sahaja mewakili 16% daripada keseluruhan ekonomi negara, sebarang kegagalan boleh mencetuskan kejutan sistemik luar biasa besar.
Inilah sebab utama mengapa pelaburan emas menjadi semakin relevan. Ia bertindak sebagai pelindung nilai sebenar apabila aset spekulatif mula pecah.
Lebih menarik, Soloway turut mendedahkan bahawa pelabur institusi besar (smart money) seperti BlackRock mula menjual (dumping) ketika pelabur runcit sedang euforia (FOMO).
Ini menandakan fasa akhir cycle dan peluang terbaik untuk pelabur bijak mengalihkan sebahagian portfolio ke aset sebenar seperti emas.
Ekonomi ‘K-Shaped’, Pengguna Terhimpit di Tengah Euforia

Walaupun pasaran saham memecah rekod, fundamental ekonomi rakyat Amerika menunjukkan tekanan besar. Soloway menjelaskan bahawa ekonomi kini berbentuk ‘K-shaped recovery’.
Di mana golongan kaya semakin kaya, manakala pengguna biasa semakin tertekan oleh kos sara hidup dan hutang. Beberapa data penting mengesahkan perkara ini:
-
Hutang Kad Kredit Tertinggi Dalam Sejarah:
Mencecah $1.33 trilion. Ramai isi rumah kini bergantung pada hutang berfaedah tinggi hanya untuk hidup. -
Kadar Faedah (APR) Cecah 22.83%:
Tahap tertinggi dalam sejarah moden. Ini menjadikan beban hutang pengguna semakin tidak mampan, menambah risiko krisis kredit. -
Hakisan Kuasa Beli:
Pertumbuhan gaji sebenar untuk pekerja berpendapatan rendah menjunam dari 3.9% ke 1.5% pada 2025 [Federal Reserve Bank of Minneapolis].
Malah, Soloway memetik laporan pendapatan Chipotle:
“Ramai pengguna tak mampu lagi makan di Chipotle.”
Keadaan ini memperkukuh tesis bahawa bubble AI akan bertembung dengan pengguna yang sudah pun terhimpit hutang. Gabungan kedua-dua tekanan ini boleh mencetuskan krisis kewangan berskala besar.
Dalam konteks ini, melabur emas secara konsisten menjadi polisi insurans kekayaan paling bijak kerana emas tidak bergantung kepada hutang, kredit, atau janji keuntungan syarikat.
Tambahan pula, hutang kerajaan global yang meningkat mengehadkan keupayaan fiskal negara untuk menyelamatkan ekonomi ketika krisis.
Emas, sebagai aset tanpa liabiliti (non-liability asset), kekal bebas daripada risiko pihak lawan (counterparty risk).
Bitcoin Sebagai Petunjuk Awal, Emas Sebagai Peluang Besar
Soloway turut menyebut bahawa Bitcoin kini menjadi “leading indicator” kepada pergerakan pasaran saham.
Dalam sejarah (2017 & 2021), Bitcoin biasanya memuncak 4–6 minggu sebelum pasaran saham.
Kini, Bitcoin gagal menunjukkan momentum kukuh walaupun pasaran saham melonjak, ini satu amaran awal bahawa risk-on rally bakal berakhir.
Dalam keadaan ini, beliau menegaskan bahawa penurunan emas dari paras puncak $4,300 ke sekitar $3,600 adalah peluang besar untuk beli.
Strategi Melabur Emas Konsisten di Tengah Pullback

Disiplin untuk membeli semasa pasaran rehat adalah kunci keuntungan sebenar. Ketika orang lain mengejar hype, pelabur emas mengukuhkan asas kekayaan mereka.
Kesimpulan: Disiplin Melabur Emas Adalah Kunci Utama
Ringkasnya, Emas Hadapi Bubble AI bukan sekadar isu pasaran saham, ia adalah pertembungan dua dunia pelaburan.
Yang satu dipacu oleh emosi dan spekulasi, dan satu lagi disokong oleh nilai sebenar dan sejarah ketahanan.
Kegagalan untuk memahami amaran seperti yang dikemukakan oleh Gareth Soloway boleh membawa padah besar.
Ketika geopolitik (AS–China) masih tegang dan hutang global memuncak, emas kekal sebagai benteng terakhir kekayaan.
Jangan biarkan euforia AI dan turun naik harian harga mengganggu strategi anda. Teruskan melabur emas secara konsisten dengan disiplin DCA.
Kerana dalam jangka panjang, bukan mereka yang paling pantas menang, tetapi mereka yang paling sabar dan konsisten akan menikmati hasilnya.
Irfan Said,
Anak Muda Simpan Emas.


