Pelaburan Emas Selepas 2011, Untung Atau Rugi?

Pelaburan Emas Selepas 2011

Pelaburan Emas Selepas 2011, Siapa Yang Benar-Benar Rugi? – Tahukah anda apa yang sebenarnya berlaku selepas pelaburan emas pada tahun 2011?

Ini soalan yang ramai orang tanya, terutama mereka yang masih trauma dengan kejatuhan harga emas masa tu. Ramai orang selalu kata dengan penuh yakin:

“Siapa beli emas masa 2011–2012, confirm rugi.”

Tapi betul ke statement ni? Mari kita lihat fakta sebenar tentang pelaburan emas dan apa yang berlaku kepada dua jenis pelabur yang berbeza.

Siapa Yang Sebenarnya Rugi?

Sebenarnya, yang rugi bukan sebab harga berada di puncak masa 2011–2012 tu.

Yang rugi ialah mereka yang:

  • Beli sekali dengan modal besar
  • Habis semua duit dalam satu masa
  • Berhenti menambah simpanan bila harga jatuh
  • Panik bila harga jatuh dan terus give up

Inilah punca sebenar kerugian mereka. Bukan harga tinggi, tapi strategi yang salah!

Mereka Yang Menang: Pelabur Konsisten

Manakala mereka yang konsisten membeli sedikit demi sedikit akhirnya menikmati hasil pada hari ini.

Kenapa? Sebab mereka faham konsep Dollar Cost Averaging (DCA). Beli secara konsisten tanpa kisah harga naik atau turun.

Jom saya share timeline sikit supaya anda nampak gambaran penuh.

Timeline Pelaburan Emas Dari 2012 Hingga Sekarang

Tahun 2012 Hingga 2015 – Tempoh Ujian

Harga emas jatuh selepas mencapai puncak 2011. Ini adalah fasa paling mencabar. Lagi-lagi yang termasuk skim cepat kaya emas.

Ramai pembeli baru panik dan berhenti membeli. Ada yang rasa tersontot kerana modal habis terlabur pada harga tinggi, dan langsung tidak menambah simpanan mereka.

Tapi pelabur bijak? Mereka terus beli. Malah lebih happy sebab dapat emas pada harga murah!

Tahun 2016 Hingga 2018 – Fasa Statik

Harga bergerak sideways, tak naik mendadak, tak jatuh teruk. Macam datar je pergerakannya.

Ramai mula bosan dan lupa emas sebagai aset simpanan. Media pun dah tak heboh pasal emas. Orang beralih ke saham, cryptocurrency, dan pelaburan yang lain.

Ini masanya pelabur sabar kumpul emas dengan tenang.

Tahun 2019 Hingga 2020 – Harga Emas Naik

Harga mula naik kembali, bahkan melepasi puncak lama 2011!

Mereka yang konsisten tersenyum lebar, portfolio dah untung besar. Namun yang panik dan berhenti dulu? Baru tersedar kesilapan dan gigit jari.

Dekat sini kita nampak dengan jelas bukan emas yang rugi, tapi strategi membeli yang salah.

Pengajaran Penting Dari Sejarah Pelaburan Emas

1. Konsistensi Mengalahkan Market Timing

Konsistensi dan disiplin jauh lebih penting daripada cuba meneka naik turun harga. Tak perlu jadi pakar ekonomi atau crystal ball untuk berjaya dalam pelaburan emas. Yang perlu adalah:

  • Beli secara konsisten (ikut kemampuan kita, serendah RM100 pun boleh)
  • Jangan all-in sekali gus
  • Pandang emas sebagai simpanan 5-10 tahun
  • Tak payah check harga setiap hari

2. Peranan Ejen Dan Seller Yang Bertanggungjawab

Ada juga yang komen pasal ejen dan seller yang promosikan emas. Mari kita fikir secara rasional.

Ejen dan seller yang jujur akan nasihat pelanggan ikut kemampuan. Mereka tak akan paksa anda masukkan semua duit sekali gus.

Kalau ada ejen kata, “Emas confirm naik, masukkan semua duit sekarang!” – ingat, itu bukan masalah emas, tapi masalah manusia yang urus jualan. Ejen macam ni tak professional dan patut dielakkan.

Cari ejen yang beri nasihat jujur berdasarkan situasi kewangan anda.

3. Emas Bukan Duit Belanja, Tapi Simpanan

Dari awal lagi, pembeli mesti faham bahawa emas bukan duit belanja harian, tetapi simpanan jangka panjang.

Cash tetap penting dan kena ada dalam tangan untuk keperluan kecemasan segera. Jangan sampai bila kita dalam situasi yang perlukan duit urgent, tapi semua duit dah jadi emas.

Formula mudah:

  • 20-30% pendapatan untuk simpanan kecemasan (cash)
  • 10-20% pendapatan untuk pelaburan emas
  • Baki untuk belanja dan komitmen bulanan

Emas Masih Relevan Sebagai Aset Kecemasan

Misal kata ada emas pun, boleh saja ke Ar-Rahnu untuk dapatkan tunai. 30 minit je dah settle dengan duit cash di tangan. Ini kelebihan emas berbanding pelaburan lain:

  • Unit trust kena tunggu 3-7 hari
  • Saham kena jual dulu, T+2 baru dapat duit
  • FD kena break, rugi faedah
  • Emas dalam 30 minit dah boleh dapat cash!

Siapa kata emas ni rugi atau tak liquid?

Kesimpulan – Emas Untuk Siapa?

Jadi, emas bukan skim cepat kaya atau alat spekulasi. Jangan harap beli bulan ni, bulan depan untung 50%.

Ia adalah:

  • Alat pelindung nilai terhadap inflasi
  • Disiplin simpanan yang paksa anda konsisten
  • Warisan jangka panjang untuk generasi akan datang

Semua orang sesuai beli emas, tetapi mereka yang faham caranya akan lebih tenang dan tak stress bila harga naik turun.

Pengajaran dari pelaburan emas 2011?

  • Jangan all-in sekali gus
  • Beli secara konsisten
  • Jangan panik bila harga jatuh
  • Simpan untuk jangka panjang (5-10 tahun)

Mulakan Pelaburan Emas Anda Hari Ini

Nak simpan emas dengan cara yang betul? Saya boleh guide anda dari A sampai Z.

Dapatkan khidmat nasihat percuma tentang cara simpan emas ikut kemampuan, strategi DCA untuk pelaburan konsisten, dan produk emas yang sesuai dengan bajet anda.

Klik sini untuk daftar akaun dan dapatkan panduan lengkap. Saya sedia membantu!

Jangan tunggu “masa yang sesuai” sebab masa yang sesuai adalah bila anda dah mula ambil tindakan. Mulakan hari ini dengan Public Gold!

Irfan Said,
Simpan Emas Dengan Ilmu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *