Harga Buyback Emas 916 Public Gold Hari Ini

Harga buyback emas PG 916

Pernah tak anda alami situasi di mana anda ada barang kemas 916 yang dah patah, atau mungkin koleksi lama yang anda rasa nak let go untuk tukar kepada modal bisnes atau simpanan emas pelaburan (999.9)?

Isu yang selalu timbul adalah bila kita bawa ke kedai emas biasa, harganya dipotong sampai tak masuk akal.

Ramai yang duk bising dekat luar sana, cakap harga Public Gold (PG) ni mahal. Tapi, mereka ni selalunya cuma tengok harga jualan (selling price) tanpa melihat gambaran besar iaitu Harga Buyback (Harga Beli Balik).

Dalam pelaburan emas, bukan harga beli saja yang tentukan untung kita, tapi berapa banyak duit yang kita dapat balik masa kita nak jual nanti.

Kenapa Harga Buyback Emas 916 Public Gold Menarik?

Harga buyback emas 916 Public Gold
Harga buyback emas 916 Public Gold

Ramai yang tak tahu bahawa Public Gold bukan sahaja menjual emas pelaburan (Gold Bar & Dinar), tapi juga mempunyai sistem beli balik yang sangat sistematik untuk emas 916 dan 999.

Berdasarkan kemas kini pasaran hari ini (7 Februari 2026), ini adalah harga buyback di Public Gold:

Jenis Emas Harga Buyback (Estimate RM/g)
Emas 916 (PG Jewel) RM 564 /g
Emas 916 (Bukan Jenama PG) RM 560 /g

Kenapa saya kata begitu? Sebab PG mempunyai sistem harga yang telus. Anda tak perlu masuk kedai dan tawar-menawar macam dekat pasar malam. Semuanya terpapar di website dan apps.

Kalau anda ada emas 916 jenama lain (bukan beli dari PG), anda tetap boleh jual kepada PG!

Biasanya, harga untuk Non-PG Buyback cuma kurang dalam RM10 sahaja (emas 999) dan RM4 sahaja (emas 916) berbanding harga buyback item PG sendiri.

Ini satu kelebihan besar sebab sesetengah kedai emas luar akan potong harga sehingga 20% hingga 25% kalau emas itu bukan dari kedai mereka.

Di PG, nilai emas anda dihargai mengikut ketulenan dan berat tanpa diskriminasi jenama yang melampau.

Fahami Konsep Spread

Satu rahsia kenapa penyimpan emas tegar tetap pilih PG walaupun ada orang kata “mahal” adalah disebabkan kadar Spread (Selisih Nilai) yang rendah.

Untuk emas fizikal PG, kadar spread adalah sekitar 6% hingga 9% sahaja. Kadar ini konsisten, tak kira anda bermula dengan 1 gram, 10 gram, hinggalah ke 1 kilogram. Malah, untuk peminat perak (silver), harganya pun sudah siap nyata sekali dalam sistem.

Bayangkan kalau anda beli emas dengan spread 15% ke 20% kat tempat lain. Harga emas kena naik tinggi barulah anda boleh merasa untung (break-even).

Tapi dengan spread serendah 6% di PG, kenaikan harga yang sedikit pun sudah cukup untuk anda buat untung kalau nak jual balik.

Inilah seni yang ramai orang tak nampak bila mereka sibuk bandingkan harga per gram semata-mata.

Kredibiliti Sejak 2008, Bukan Calang-Calang

Public Gold bukan syarikat setahun jagung. Syarikat ini dah proven sejak tahun 2008. Kenapa faktor tahun ini penting? Sebab dalam dunia emas, kecairan (liquidity) adalah raja.

Apa gunanya beli emas harga murah tapi bila nak jual balik, kedai tu dah tutup? Atau kedai tu bagi macam-macam alasan untuk tak nak beli balik?

Di PG, sistem buyback disediakan 24/7 secara online. Anda nak jual, klik saja kat apps, lock harga, dan hantar emas ke cawangan terdekat. Duit masuk terus ke akaun bank anda. Kemudahan ini yang orang panggil “peace of mind.”

Kaki Trader vs Kaki Spin

Bila saya buat posting macam ni, saya dah masak sangat dengan komen-komen negatif. Ada yang kata kita ni hamak komisyen lah, ejen syarikat lah. Kita gelakkan jelah!

Biasanya yang bising ni ada dua jenis:

  1. Kaki Trader: Mereka ni memang kejar profit harian atau mingguan. Jadi mereka sangat sensitif dengan pergerakan harga sen-sen.

  2. Kaki Spin: Jenis yang sengaja nak nampakkan jenama lain lagi hebat sebab ada agenda tersendiri, tapi tak ambil kira faktor kemudahan jual balik dan ketelusan harga.

Bagi kita penyimpan emas yang bijak, kita nak platform yang selamat, mudah dijual, dan syarikat yang kukuh. PG dah bagi semua tu lebih sedekad lamanya.

Peluang Menambah Pendapatan Sebagai Dealer

Jana income dengan jadi dealer Public Gold
Jana income dengan jadi dealer Public Gold

Saya tak pernah sorok pasal komisyen. Memang ada! Kalau anda pun nak rasa komisyen bermula dari 0.3%, 1%, 1.5% hingga 2%, cakap je dengan saya. Saya tak halang pun, malah saya ajak anda jadi Dealer.

Bila dah jadi Dealer, anda bukan setakat dapat beli emas pada harga lebih murah (sebab ada rebat), tapi anda juga boleh bantu orang lain simpan emas dengan cara yang betul.

Lepas saya dah tunjuk jalan, haa usaha la sendiri untuk kembangkan empayar anda. No hal punya! Baca kelebihan jadi Dealer Public Gold di sini.

Kesimpulan

Jangan mudah terpedaya dengan harga jualan yang nampak rendah tapi rupa-rupanya susut nilainya tinggi menjulang. Fokus pada harga buyback dan kemudahan yang anda dapat sebagai pelabur.

Emas 916 anda ada nilainya, pastikan anda jual di tempat yang memberikan pulangan terbaik.

P/s: Kalau anda belum ada Introducer untuk bimbing perjalanan emas anda, boleh cari saya. Tapi kalau sudah ada Introducer masing-masing, sila rujuk mereka. Kita jaga etika sebagai penyimpan emas yang berilmu.

Irfan Said,
Penulis info emas & kewangan Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *