Skandal Emas di China dan Bezanya Dengan Public Gold

Skandal emas di China

Pernah dengar tak pasal kes 83 tan emas palsu kat China? Atau kes platform emas di sana yang tiba-tiba shut down dan tak boleh bayar balik duit pelabur?

Baru-baru ini, berita pasal Skandal Emas di China kembali panas. Kes yang berlaku di hub emas Shenzhen dan Wuhan ni bukan main-main.

Ia melibatkan kerugian berbilion ringgit dan menyebabkan ramai pelabur emas dunia mula rasa tak sedap hati. Di Malaysia pun sama. Ada juga yang komen,

“Irfan, kau tak risau ke simpan emas sampai 1kg dalam akaun GAP? Nilai dah dekat RM660k kut! Buatnya Public Gold ‘lipat’ macam kat China tu, menangis tak berlagu kau nanti.”

Betul, risau itu bagus. Dalam melabur, kita kena ada rasa curious.

Jadi hari ini, saya nak kupas secara mendalam, tapi dalam bahasa mudah, apa sebenarnya yang berlaku kat China dan kenapa sistem Public Gold di Malaysia ni jauh berbeza.

Apa Sebenarnya Berlaku Dalam Skandal Emas di China?

Kalau kita baca laporan berita antarabangsa macam South China Morning Post, krisis di China ni ada dua punca utama yang kita kena faham:

1. Kes Emas Palsu (Kingold Jewelry)

Ini kes yang paling legend. Syarikat Kingold yang wujud di Wuhan ini pinjam duit bank berbilion-bilion. Sebagai cagaran (collateral), mereka bagi 83 tan emas.

Sekali bank check, rupa-rupanya emas tu adalah tembaga yang disalut emas. Bayangkan, 83 tan tu bukan sikit!

Kenapa bank boleh kena tipu? Sebab mereka hanya percaya pada sijil emas atas kertas tanpa buat audit fizikal yang betul-betul ketat.

2. Isu Leverage Bank (Kes Shenzhen)

Ini lagi bahaya. Platform perdagangan emas kat Shenzhen ambil emas pelanggan, kemudian mereka jadikan emas tu sebagai modal untuk berhutang dengan bank (leverage).

Mereka guna duit hutang tu untuk melabur dalam hartanah atau projek lain. Bila sektor hartanah di China tengah tenat sekarang, pelaburan mereka rugi. Bank pun sita emas yang dicagarkan tadi.

Akhirnya, penyimpan emas yang asal melopong sebab emas mereka dah jadi milik bank. Anda boleh baca detail pasal kegagalan platform di Shenzhen ni kat sini.

Scandal emas di China melibatkan leverage emas
Scandal emas di China melibatkan leverage emas

Kenapa Leverage Bahaya Untuk Kita?

Bahasa mudahnya, leverage ni macam kita guna harta orang lain untuk buat hutang baru. Dalam Skandal Emas di China, syarikat-syarikat ni menggunakan emas pelanggan.

Kalau untung, mereka kaya. Kalau rugi, emas pelanggan yang hangus. Menurut Discovery Alert, masalah utama di sana ialah kurangnya pengawasan (oversight) yang menyebabkan syarikat boleh buat apa saja dengan emas yang pelanggan simpan.

Kenapa Simpanan Emas Public Gold Jauh Lebih Selamat?

Sebagai dealer, saya takkan berani tunjuk bukti rekod simpanan sampai berkilo kalau sistemnya scammy. Ini 4 sebab kenapa Public Gold (PG) takkan jadi macam kes kat China tu:

1. PG Bukan Syarikat Leverage

Public Gold adalah syarikat jual beli emas fizikal. Perniagaan PG mudah. Anda beli 1 gram, PG sediakan 1 gram fizikal. PG tak guna emas pelanggan untuk pergi buat hutang di bank atau melabur di tempat lain. Emas dalam akaun GAP anda adalah hak milik anda 100%, bukan modal pusingan syarikat.

2. Audit Syariah yang Strict

Ini yang paling mahal. Public Gold dipantau oleh panel syariah, Amanie Advisors. Salah satu syarat emas patuh Syariah ialah emas mesti wujud fizikalnya. Audit syariah ni bukan main-main.

Mereka akan check sistem vs fizikal. Kalau sistem kata ada 10 tan emas penyimpan, dalam simpanan Public Gold kena ada sekurang-kurangnya 10 tan. Kalau tak cukup, automatik sijil patuh Syariah tu ditarik balik. Inilah pelindung yang tak ada dalam kes kat China tadi.

3. Anda Boleh Pegang Emas Bila-Bila Masa

Penyakit platform emas kat China ialah mereka tak bagi orang keluar emas fizikal sesuka hati. Tapi di Public Gold, kita ada pilihan:

  • Nak simpan dalam akaun GAP (percuma & selamat) boleh.

  • Nak keluarkan jadi Gold Bar, Dinar atau barang kemas pun boleh.

Bila-bila masa rasa tak sedap hati, pergi je cawangan PG terdekat (ada 20+ cawangan tau) dan keluarkan emas anda.

Kalau betul PG tak ada emas, dah lama orang mengamuk kat kaunter. Setakat ni, dah 15 tahun PG beroperasi, belum ada kes orang nak keluar emas tapi PG kata “emas tak ada”.

4. Pengiktirafan Peringkat Dunia

Public Gold ni bukan syarikat cap ayam. Kita dah sampai tahap antarabangsa:

  • Ahli SBMA & SGE: Kita duduk sekali dalam persatuan emas Singapura (SBMA) dan bursa emas Shanghai (SGE). Standard kita dah ikut dunia.

  • Kerjasama dengan Kazakhstan: Pada Mei 2024, PG buat MoU dengan dana kekayaan negara Kazakhstan yang disaksikan sendiri oleh PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau syarikat ni scam, takkanlah Perdana Menteri nak pergi saksi majlis tu, kan?

  • Emas LBMA: Emas PG bertaraf LBMA. Maksudnya, kualitinya diiktiraf satu dunia. Bawa pergi London atau Dubai pun laku keras, mereka kenal kualiti emas Public Gold.

Bukti orang simpan emas beratus gram di Public Gold
Bukti orang simpan emas beratus gram di Public Gold

Macam Mana Nak Melabur Tanpa Rasa Cuak?

Walaupun saya yakin dengan Public Gold, saya tetap nasihatkan klien saya buat 3 benda ni:

  1. Simpan Sikit-Sikit Dalam GAP. Ini paling senang sebab tak payah fikir pasal pasang peti besi di rumah. Sesuai untuk kumpul gram secara konsisten.

  2. Keluarkan Fizikal Untuk Kepuasan. Sekali-sekala, keluarkan 1 dinar atau 10 gram. Simpan sendiri kat rumah. Rasa “feel” pegang emas tu penting supaya kita tahu aset tu wujud.

  3. Upgrade Ilmu. Jangan hanya dengar cakap orang. Baca blog macam ni, fahamkan beza emas fizikal dengan “emas digital” yang menjanjikan pulangan bulan-bulan (yang selalunya scam).

Kesimpulan

Skandal Emas di China memang menakutkan, tapi ia adalah pengajaran supaya kita pilih platform yang ada audit fizikal dan bukan syarikat yang main leverage bank.

Setakat hari ini dalam tahun 2026, Public Gold masih kekal sebagai pilihan paling tenang (peace of mind) untuk kita simpan aset jangka masa panjang.

Dengan sejarah 15 tahun tanpa gagal, audit syariah yang ketat, dan cawangan yang banyak, ini adalah safe haven untuk duit gaji kita. Jadi, kalau ada yang tanya, “Simpan RM660k dalam akaun tak takut ke?”

Jawapan saya mudah. “Sebab saya tahu emas tu ada, boleh dikeluarkan bila-bila masa, dan sistemnya diaudit secara telus.”

Dah 2026 ni kawan-kawan, jangan sampai orang lain dah ada aset berkilo-kilo, kita masih lagi pening fikir “laku ke tak emas ni?”. Ilmu itu pelindung, emas itu penyelamat.

Nak saya bantu anda mulakan simpanan emas pertama secara selamat?

Klik Icon WhatsApp di website saya. Kita Sembang Sampai Faham

Penafian: Artikel ini adalah perkongsian ilmu semata-mata. Segala keputusan pelaburan adalah di atas tanggungjawab sendiri. Pastikan buat kajian sebelum bermula.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *