Ada yang bertanya kepada saya, “Irfan, harga emas ni memang mahal ke?”
Sebenarnya, harga emas ini memang mahal! Meskipun semalam harganya mencecah paras terendah untuk tahun 2021. Kenapa saya mengatakan begini?
Ia kerana emas ini berdiri dengan nilainya sendiri. Emas tidak memerlukan jaminan sesiapa untuk menjadikan aset ini bernilai. Emas bukannya logam biasa yang boleh dijumpai di merata tempat. Ianya terhad!
Emas juga tidak seperti wang fiat yang memerlukan jaminan sesebuah negara. Wang kertas yang kita simpan hari ini hanyalah sehelai kertas yang tidak berharga andai ia tidak lagi diperakukan oleh kerajaan.
Lihat sahaja duit kertas RM 2, RM 500 dan RM 1,000. Adakah sekarang ia masih boleh digunakan untuk membeli barang keperluan kita dia supermarket?
Tetapi, cuba kita bawa sekeping dinar emas untuk membeli seekor kambing pada masa kini. Siapa sahaja yang menolaknya? Jongkong emas, dinar emas hatta barang kemas sekalipun, apabila dikaitkan dengan emas sahaja, kesemua aset ini tersangatlah mahal.
Asalkan ianya emas tulen dan telah disahkan ketulenannya, contoh seperti goldbar dan dinar emas Public Gold yang disahkan ketulenan oleh Assayer bertauliah Tuan Abdul Shukor Anuar, ianya mempunyai nilai yang tinggi.
Lebih-lebih lagi kalau goldbar dan dinar emas ini dijadikan sebagai mas kahwin untuk melangsungkan perkahwinan. Sentimental value yang hadir itu lebih bermakna dari seisi dunia tau!
Biarlah emas sekecil 0.5 gram atau 0.38 gram yang boleh dibeli dengan RM 100 melalui akaun GAP, ia tetap mempunyai nilai yang sangat berharga.
Haa follow rapat-rapat!
Irfan Sa’id,
Emas insurans kewangan.