Alkisahnya, tahun lepas saya mulakan perjalanan ini dengan satu niat yang sangat jelas. Nak bantu lebih ramai orang celik kewangan dan mula simpan emas.
Niat itu saya pegang erat, walaupun saya bukan siapa-siapa. Saya bukan orang bisnes, bukan influencer besar. Tapi saya tahu satu benda, saya pernah rasa susah, dan saya taknak orang lain rasa benda yang sama.
Bermula dari satu langkah kecil, akhirnya dalam tempoh setahun, Allah izin saya capai 4 anugerah penting sebagai Dealer Public Gold. Saya sendiri tak sangka.
Dan hari ini saya tulis semua ini bukan nak menunjuk, tapi nak beri inspirasi. Kalau saya boleh, insya-Allah anda pun boleh.
Club 100

Anugerah pertama yang saya terima ialah Club 100. Ini dianugerahkan kepada Dealer yang berjaya membimbing sekurang-kurangnya 100 orang mula menyimpan emas dalam masa setahun. Bila saya kenang semula, saya tersenyum.
Setiap gold savers saya tu ada cerita tersendiri. Ada yang beli 1 gram lepas gaji, ada yang buat simpanan bulanan ikut bajet sendiri, ada yang terus beli 200 gram sebab dah lama survey.
Sebenarnya, bagi saya yang paling penting bukan berapa gram mereka beli. Tapi keberanian mereka untuk mula. Dan bila mereka mula, saya tahu saya kena terus bimbing. Saya kena follow up, kena ajar strategi simpanan, dan kena terus beri semangat.
Club 100 bukan sekadar angka. Ia lambang kepercayaan. Mereka percaya pada saya untuk jadi pembimbing kewangan mereka. Itu satu tanggungjawab besar dan satu nikmat yang saya sangat syukuri.
New Founder Master Dealer

Anugerah kedua yang saya terima ialah Founder Master Dealer. Ia diberikan kepada Dealer yang berjaya capai jualan terkumpul sebanyak RM500,000, membimbing 500 orang penyimpan emas dan mempunyai 300 penyimpan emas aktif.
Saya percaya, bila kita ajar orang simpan emas dengan betul, mereka akan buat pembelian berulang. Mereka akan nampak hasilnya, dan mereka akan teruskan. Dari situ, jualan saya berkembang secara semula jadi. Tak perlu paksa, tak perlu janji bulan dan bintang.
Setiap bulan, saya akan kongsikan content, webinar dan sediakan sesi one-to-one untuk bantu mereka faham fungsi emas. Saya ajar cara disiplinkan simpanan, strategi beli masa harga rendah, dan cara capai target simpanan.
Dan yang paling saya seronok bila ada yang mesej saya, “Terima kasih bro, simpan emas buat saya rasa tenang sekarang.” Itu lebih mahal dari komisen yang diterima.
Award Superstar Producer

Yang ketiga ini lebih mengejutkan saya. Saya dianugerahkan Superstar Producer apabila nilai keseluruhan emas yang disimpan oleh semua customer saya melebihi RM600,000.
Subhanallah. Bayangkan, lebih RM600k kini tersimpan dalam bentuk emas, selamat daripada inflasi dan ketidaktentuan ekonomi.
Anugerah ini bukan datang dari jual sekali dan tinggal. Ia datang dari hubungan jangka panjang. Saya selalu percaya, kalau kita nak rezeki berterusan, kita kena jaga pelanggan dengan ikhlas. Jangan fikir short term.
Saya wujudkan sistem follow up bulanan, group support, sharing video, bahkan ada yang saya bimbing secara personal. Ada customer yang saya bantu dari 1 gram, kini dah capai lebih 100 gram.
Ada yang dah mula buka akaun untuk anak-anak. Inilah hasilnya bila kita buat dengan kasih sayang dan bukan sekadar target.
Anugerah Dealer Public Gold Trip SEA ke Jogjakarta

Anugerah keempat paling istimewa iaitu South East Asia (SEA) Trip ke Jogjakarta. Percutian eksklusif yang ditaja sepenuhnya oleh Public Gold sebagai penghargaan kepada dealer yang capai target tertentu.
Bagi saya, ini bukan sekadar reward. Ini satu pengalaman pembakar semangat.
Kami akan berangkat ke Jogjakarta pada bulan 8 ini insya-Allah. Doakan perjalanan kami selamat ya!
Berkat Sokongan Penuh dari Keluarga Tercinta
Di sebalik semua anugerah ini, ada tulang belakang yang sangat kuat. Pertama sekali, Ummi dan Abah. Doa mereka tak pernah putus. Mereka tak pernah tanya kenapa saya sibuk dengan emas, tapi mereka sentiasa sokong apa saja yang saya buat.
Hazim, adik saya selalu bantu ambil gambar, tolong edit video, dan jadi peneman setia masa saya buat content. Kadang-kadang dia pun join kelas saya.
Team Dealer Emas Irfan Sa’id pula adalah extended family saya. Mereka bukan saja bantu dalam operasi, tapi juga jadi support system mental dan emosi. Kita sama-sama belajar, sama-sama berkembang, dan sama-sama rasa jatuh bangun.
Tanpa mereka semua, saya takkan sampai ke tahap ini.
Kelebihan Jadi Dealer Public Gold: Jana Pendapatan Konsisten
Ramai yang tanya saya, apa sebenarnya kelebihan jadi Dealer Public Gold?
Pertama sekali, kita jana pendapatan daripada setiap pembelian customer. Ini termasuk pembelian pertama dan pembelian berulang. Bila kita ajar mereka simpan dengan betul, mereka akan terus menyimpan dan dari situ, komisen kita berterusan.
Kedua, kita tak perlu simpan stok. Semua urusan jual beli dan penghantaran diurus oleh Public Gold. Kita cuma fokus pada bimbingan dan content.
Ketiga, kita bina komuniti sendiri. Kita ada peluang bantu orang lain capai simpanan yang stabil, bebas hutang, dan ada masa depan yang lebih terjamin.
Dan yang paling penting, kita bina pendapatan jangka panjang sambil bantu ubah hidup orang lain. Win-win.
Misi Tahun Ini Tambah 400 Customer & Dealer Baru
Tahun ini, saya letakkan satu misi besar: nak bantu 400 orang baru mula simpan emas. Bukan semua orang mampu beli banyak, tapi yang penting ialah mula.
Saya nak lebih ramai anak muda celik tentang kewangan, tahu beza simpan dan pelaburan, dan ada simpanan yang betul. Saya nak mak ayah ada plan untuk anak-anak, dan saya nak pekerja yang penat kerja 9-5 ada backup plan untuk masa depan.
Dengan ilmu yang betul dan support yang konsisten, kita semua boleh bebas kewangan, satu gram demi satu gram.
Kesimpulan: Anugerah Ini Bukan Sekadar Milik Saya
Saya tulis semua ini bukan sebab nak tunjuk hebat. Tapi sebab saya nak anda tahu, saya pun bermula dari kosong. Tiada pengalaman bisnes, tiada network besar. Yang saya ada cuma niat dan usaha yang konsisten.
Kalau anda sedang baca ni dan rasa nak ubah hidup, mulakan dengan satu langkah kecil. Sama ada mula simpan 1 gram, atau jadi Dealer dan bantu orang lain, saya sedia bantu anda.
Anugerah ini bukan milik saya seorang. Ia milik semua yang percaya dan melangkah bersama.
📌 Join Telegram saya:
Saya banyak share tips, ilmu emas dan info harga terkini secara santai.
➡️ Klik untuk join Telegram Team Emas Irfan
📝 Daftar Akaun Public Gold PERCUMA di sini
Simpan emas bukan soal mampu atau tidak. Tapi soal mahu atau tidak.
Dan saya doakan anda buat keputusan terbaik untuk masa depan hari ini juga.
Irfan Sa’id,
Ke arah 1,000 orang penyimpan emas!