Fuh, bangga betul jadi rakyat Malaysia hari ini! Dunia emas antarabangsa baru saja dikejutkan dengan satu berita besar di Dubai.
Public Gold, syarikat gergasi negara kita, baru saja melakar sejarah dengan melancarkan ATM Emas Fintech di pentas global menerusi kerjasama dengan Emirates Gold.
Teknologi canggih yang membolehkan kita keluarkan emas macam keluar duit ni sebenarnya dah wujud di Malaysia! Malah, ia dah dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records lagi.
Kiranya, Public Gold bukan baru nak cuba-cuba nasib. Mereka bawa teknologi yang dah proven (terbukti) di tanah air ke peringkat antarabangsa.
Dalam artikel ni, jom kita mengopi sekejap. Kita sembang pasal pencapaian gempak di Dubai ni, apa benda sebenarnya ATM Emas Fintech ni, dan kat mana anda boleh jumpa mesin ni di Malaysia sekarang.
Main di Pentas Dunia: Dubai Precious Metals Conference (DPMC) 2025

Kita cerita pasal level antarabangsa dulu. Majlis pelancaran kerjasama strategik ini dibuat di Dubai Precious Metals Conference (DPMC) 2025.
Untuk anda yang tak biasa dengar, DPMC ni macam ‘Piala Dunia’ untuk orang bisnes emas. Ia diadakan di Atlantis The Palm, Dubai, tempat yang sangat mewah. Di sinilah semua taikun emas dan pembuat dasar dari seluruh dunia berkumpul.
Tiba-tiba, Public Gold masuk gelanggang dan perkenalkan ATM Emas Fintech hasil kolaborasi dengan Emirates Gold. Emirates Gold ni kira macam abang besar di UAE, jenama penapisan emas paling dipercayai di sana.
Siapa VVIP yang rasmikan? Bukan calang-calang:
-
Mr. Ahmed Bin Sulayem (Pengerusi Eksekutif & CEO DMCC) – Orang paling kuat di zon perdagangan Dubai.
-
Mr. Abhijit Shah (CEO Emirates Gold).
-
Mr. Jerry Ng (Ketua Pegawai Pemasaran Public Gold).
-
Mr. Firat Sekerci (Pengurus Besar Public Gold DMCC).
Bila orang besar macam Mr. Ahmed Bin Sulayem sendiri yang turun padang, itu tandanya projek ATM Emas Fintech ni memang diiktiraf di peringkat global.
Apa Yang Spesial Sangat ATM Emas Fintech Ni?
ATM Emas Fintech Public Gold ni level lain. Ia mesin pintar yang hubungkan dunia fizikal dengan dunia digital. Ni antara benda best pasal mesin ni:
-
Tarik Emas Dari Akaun GAP (Ini Paling Win!): Ini ciri yang buat ramai penyimpan emas teruja. Kalau anda ada simpanan dalam akaun emas digital (Akaun GAP Public Gold), anda boleh pergi kat mesin ni, login, dan terus keluarkan emas fizikal anda dari situ! Tak payah tunggu pos, tak payah pergi cawangan. Macam cucuk duit kat bank, tapi ni cucuk keluar emas 1 gram atau 5 gram.
-
Tak Payah Bawa Guni Duit: Mesin ni support pembayaran digital. Nak beli emas direct, boleh guna e-wallet atau kad.
-
Buka 24 Jam: Kedai emas tutup pukul 6 petang. Tapi mesin ni tak tidur. Tengah malam buta rasa nak pegang emas? Boleh terus ke mesin ni (di lokasi terpilih yang beroperasi 24 jam).
-
Macam-macam Ada: Dari jongkong emas 1 gram sampailah dinar, semua boleh keluar ikut stok dalam mesin. Siap boleh withdraw barang kemas 999 tau!
Fakta: Dah Ada Dalam Malaysia Book of Records!
Haa, ni bahagian paling penting. Jangan ingat mesin ni cuma ada kat Dubai je.
Sebenarnya, Public Gold dah melancarkan mesin ATM Emas Fintech (atau dikenali sebagai Public Gold Gold Dispensing Machine) di Malaysia lebih awal lagi.
Malah, inovasi ini telah diiktiraf dan dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records sebagai “First Gold Bullion Dispensing Machine” (Mesin Pengeluar Jongkong Emas Pertama) di negara kita.
Ini membuktikan Public Gold selangkah ke hadapan. Masa orang lain baru terfikir nak buat, Public Gold dah siap pasang, dah siap dapat anugerah, dan sekarang siap eksport teknologi ni ke Dubai!
Deat mana nak cari mesin ni di Malaysia? Mesin-mesin ini sudah pun beroperasi di beberapa lokasi strategik, antaranya:
-
Menara Public Gold, TRX (Tun Razak Exchange)
-
Ibu Pejabat Public Gold di Bayan Lepas, Penang
-
Dan beberapa lagi di lokasi terpilih di seluruh negara. Anda boleh semak di sini: Lokasi Gold ATM PG
Jadi, kalau anda orang Malaysia, anda sebenarnya lebih advance sebab dah boleh guna teknologi ni sekarang!
Untuk tahu sejarah penuh macam mana Public Gold mula dari bawah sampai dapat Malaysia Book of Records, jemput baca artikel saya pasal Sejarah dan Kredibiliti Public Gold.
Gabungan Mantap: Public Gold x Emirates Gold
Berbalik kepada cerita Dubai tadi, kenapa kerjasama dengan Emirates Gold ni penting?
Sebab Emirates Gold ni pakar refine (tapis) emas di UAE. Kerjasama ni ibarat:
-
Public Gold bawa teknologi (mesin ATM canggih yang dah terbukti di Malaysia).
-
Emirates Gold bawa produk (emas kualiti tinggi kepercayaan orang Arab).
Hasilnya, teknologi anak watan Malaysia kini digunapakai oleh orang Arab dan pelancong antarabangsa di Dubai. Proud kan?

Kenapa Inovasi Ni Penting Untuk Kita?
-
Emas Untuk Semua: Ia mendemokrasikan emas. Tak perlu masuk kedai emas mewah. Budak universiti pun boleh beli emas 1 gram sambil jalan-jalan.
-
Tarik Minat Orang Muda: Gen Z suka benda laju dan digital. ATM Emas Fintech ni cakap bahasa diorang.
-
Duit Kecemasan Sebenar: Dengan adanya mesin ni, emas fizikal mudah dicairkan atau diambil bila-bila masa. Emas sentiasa dalam tangan.
Tapi, kalau anda rasa belum sempat nak pergi ke mesin ni, atau bajet masih ciput, jangan risau. Anda boleh mula simpan dalam akaun GAP dulu secara online (serendah RM100).
Bila dah kumpul banyak, baru pergi “cucuk” kat mesin ni. Boleh baca panduan saya tentang Beli Emas Modal Rendah.
“Selamat Ke? Halal Ke?”
Jangan risau. Mesin ni ada sistem sekuriti tinggi. Lagipun, lokasi mesin ni biasanya di tempat yang selamat dan ada kawalan (macam dalam TRX atau mall-mall).
Dari segi Syariah, Public Gold sangat teliti. Urus niaga kat mesin ni disahkan patuh syariah sebab dia ikut konsep serah duit/tolak dari akaun bank dan dapat barang on-the-spot.
Kesimpulan: Malaysia Boleh, Public Gold Boleh!
Kejayaan pelancaran di Dubai ni adalah bukti bahawa syarikat tempatan mampu jadi pelopor inovasi. Kita bukan sekadar pengikut.
Teknologi kita dah sampai ke tahap diiktiraf Malaysia Book of Records dan kini diguna pakai di hub emas dunia. Bagi kita penyimpan Public Gold, ini bagi confidence tinggi. Kita simpan dengan syarikat yang berani dan inovatif.
Soalan saya: Siapa kat sini yang dah pernah cuba keluarkan emas guna mesin ATM Emas Fintech ni kat Menara Public Gold atau HQ? Cer komen pengalaman anda sikit! Rasa macam James Bond tak?
Irfan Said,
Membimbing lebih 800 orang penyimpan emas di Malaysia.


