Audit Kewangan Kita!

Perkara-perkara yang kita rasakan terlalu besar masalahnya, jika diteliti sebenarnya banyak jalan keluar.

Jika kita menghadapi masalah, kita cuba mencari di mana pangkal masalah tersebut. Kita perlu menilai dari sekecil-kecil perkara.

Contohnya jika kita mengalami masalah kewangan. Caranya:

1. Semak perbelanjaan harian / bulanan / tahunan kita. Kumpulkan segala rekod yang ada dan catit di atas kertas. Senaraikan satu per satu. Barulah nampak.

2. Bila dah catit dan visualkan, baru kita akan nampak yang mana satu kehendak, yang mana satu kewajipan. Kita dapat lihat dan kita buang mana yang tak perlu.

3. Kemudian, perlahan-lahan kita kurangkan bajet untuk barang-barang kehendak kita. Fokus kepada kewajipan dan keperluan sahaja. Belajar hidup bawah kemampuan, barulah otak jadi lebih siuman.

4. Kerja keras untuk ubah kehidupan sendiri dan keluarga. Kalau boleh, cari pendapatan kedua dan ketiga. Di sini, kita akan belajar menghargai duit yang diperoleh atas penat lelah.

5. Disiplinkan diri menyimpan 10%-30% pendapatan yang ada untuk jaminan keselamatan dan kesejahteraan hidup. Amalkan konsep ‘Simpan dahulu, Belanja kemudian.’ Nak jadi jutawan, perkara ini kena settle dulu.

6. Manfaatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk struktur semula hutang dan kewangan kita. Khidmat mereka percuma saja. Hubungi saja, jangan takut-takut. Baca di sini https://ms.wikipedia.org/wiki/Agensi_Kaunseling_dan_Pengurusan_Kredit

7. Melabur untuk diri sendiri dengan menambah ilmu tentang pengurusan kewangan. Beli buku, hadiri seminar dan terus praktikkan apa yang telah dipelajari. Ilmu tanpa amal tak berguna kan. Takkan ada hasil selagi kita tak aplikasikan apa yang dipelajari.

8. Ambil perlindungan untuk diri dan juga keluarga. Tujuan utama untuk memudahkan urusan waris menjalani kehidupan jika apa-apa berlaku kepada kita. Sediakan Hibah jika mampu untuk isteri.

9. Mula bertindak dari sekarang dan tetapkan target untuk mencapai status kewangan yang dikehendaki. Sayangi diri dan juga keluarga. Barulah hidup pun tenang sentiasa.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Kongsi ilmu untuk manfaat semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published.