Beli rumah adalah impian semua orang. Iyalah, mana tidaknya? Kalau kita ada sebuah rumah, kita dah ada tempat perlindungan untuk diri dan juga keluarga.
Apatahlagi jika kita berjaya beli rumah hasil daripada simpanan kita sendiri? Yang kita susah-payah kumpul, dari bulan ke bulan, bekerja sehingga lewat malam.
Masya-Allah hebat sungguh! Namun, ada satu masalah.
Tak Ramai Orang Mampu Beli Rumah
Dalam kajian PropertyGuru, kebanyakan rakyat Malaysia tak mampu untuk beli hartanah di atas RM350,000. Menurutnya lagi, separuh responden yang ditemuinya hanya mempunyai bajet kurang RM350,000 untuk membeli hartanah.
Pelbagai respon dapat dilihat dari isu ini. Contohnya, lebih banyak yang sanggup menunggu skim bantuan kerajaan untuk memiliki rumah pertama.
Cabaran ini juga masih berterusan walaupun pihak kerajaan telah memperkenalkan skim gaji minimum, rakyat masih lagi terbelenggu dengan isu inflasi. Kenaikan inflasi turut meningkatkan perbelanjaan seisi rumah.
Kemampuan Nak Beli Rumah
Cuma tak dinafikan yang sebenarnya masih lagi ada peluang untuk kita mempunyai rumah sendiri. Kemampuan nak beli rumah ini kita boleh rujuk dengan agen-agen hartanah.
Mereka akan tolong kirakan Debt Service Ratio (DSR) kita dan Net Disposable Income (NDI). Kalau kita jaga status kewangan kita betul-betul, insya-Allah tak jadi masalah.
Ini cadangan yang pernah saya dapat bila saya borak dengan seorang kenalan agen hartanah. Jika gaji RM2,500, paling terbaik adalah untuk beli rumah kos rendah.
Rumah kos rendah ini hanya boleh beli sekali sahaja. Jika pernah ada rumah, dah tak layak untuk beli rumas jenis ini.
Contoh nak beli rumah harga RM160,000, secara kasar bayaran bulanan adalah RM800. Jika kita nak beli rumah dalam tempoh 6 bulan, cuba buat simpanan RM800 secara konsisten kepada akaun simpanan yang lain.
Contoh terbaik, boleh alihkan ke dalam Tabung Haji. Ini boleh dijadikan dokumen sokongan dan pihak bank akan nampak yang kita mampu bayar dengan jumlah tersebut.
Kos Terlibat untuk Beli Rumah
Antara kos yang terlibat untuk beli rumah adalah seperti berikut:
- Booking Fee (3.24% dari harga rumah, baki 6.76% untuk bayaran sewaktu sign SnP)
- Legal Fees untuk SnP (3%-4% dari harga rumah)
- Bayaran valuer (RM1,000 ke atas bergantung dengan harga rumah)
Masalahnya, macam mana cara untuk kita kumpul 15% deposit rumah pertama ini? Nak nak zaman sekarang, barang makin mahal, caj servis dan perkhidmatan pun bertambah?
Teruskan pembacaan anda.
Emas Jalan Penyelesaian
Yang pertama sekali, semestinya kita kena perbaiki status kewangan peribadi terlebih dahulu. Tips terbaik nak beli rumah, Pastikan ansuran bulanan tak lebih 1/3 daripada gaji kasar.
Jika kita sekarang usia 24 tahun dan kita ingin memiliki rumah sendiri pada usia 28 tahun, kita boleh mulakan dengan simpanan emas.
Tempoh 4 tahun tersebut cukup untuk kita kumpul sekurang-kurangnya 100 gram emas sebagai simpanan. 100 gram emas hari ini bernilai RM37,800.
Cara Simpan Emas Dengan Modal RM100
Seperti yang kita maklum, harga emas akan meningkat dalam jangka panjang. Pasti pada tahun 2028 nanti, makin sikit gram emas yang diperlukan untuk membeli sebuah rumah
Sebab nilai emas pun dah menaik. Sama seperti jika kita menyimpan emas untuk tunaikan haji, seperti contoh yang selalu saya berikan:
Disebabkan emas itu sendiri yang sifatnya melindungi nilai dari inflasi, maka ia adalah jawapan yang tepat kepada permasalahan kita.
Kalau dulu emas lebih banyak dikaitkan dengan golongan wanita dan selalu dijadikan barang perhiasan, kini tidak lagi. Seiring dengan peredaran masa dan pertambahan ilmu, fungsi emas jauh lebih besar daripada itu.
Emas akan menguntungkan kalau kita ada ilmu dan faham konsep sebenar emas untuk pelaburan jangka masa panjang.
Kisah Orang Berjaya Beli Hartanah Dengan Emas
Ada orang silap faham kata emas ini rugi kerana tersalah beli semasa harga emas tengah mahal dan hendak jual balik harganya pula lebih murah.
Malah, sesetengahnya tak tahu yang barang kemas tak sesuai dijadikan pelaburan kerana kos upahnya yang tinggi.
Jadi di situlah kesilapan ramai orang apabila tidak ada ilmu dan tak tahu merancang dalam membeli emas.
Begitulah.
Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.