Cara Jadi Dealer Public Gold Ogos 2025

Jadi Dealer Public Gold Ogos 2025

Dealer Public Gold Ogos 2025: Peluang Jana Pendapatan Pasif Bersama PG1M. Setiap bulan, semakin ramai rakyat Malaysia mula menyedari kepentingan menyimpan emas.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, inflasi yang terus meningkat dan nilai wang kertas yang semakin merosot, simpanan emas menjadi satu langkah perlindungan kewangan yang bijak.

Tetapi lebih daripada sekadar menyimpan, peluang sebenar ada apabila kita menjadi dealer emas. Dan pada bulan Ogos 2025 ini, Public Gold kembali dengan kempen istimewa Dealer Recruitment Drive (DRD) yang menawarkan peluang naik taraf dealer dengan jumlah pembelian yang sangat berbaloi.

Artikel ini akan terangkan syarat promosi ini dan 9 sebab kenapa anda patut rebut peluang menjadi dealer Public Gold bersama komuniti PG1M.

Tawaran Dealer Recruitment Drive Ogos 2025

Public Gold menawarkan dua pakej untuk menjadi dealer pada bulan Ogos ini:

  • Normal Dealer: Beli 35 gram emas wafer dalam satu resit
  • Priority Dealer: Beli 60 gram emas wafer dalam satu resit

Nota penting: Promosi ini hanya sah untuk pembelian Gold Wafer Series sahaja dan mesti disertakan dengan Wealth Card. Tawaran ini hanya sah sepanjang bulan Ogos 2025 dan tertakluk pada terma dan syarat.

Jika anda sedang merancang untuk menyimpan emas, ini masa terbaik untuk bermula dengan kuasa berganda: simpan emas sambil bina bisnes.

Anda boleh beli dengan cara Full Payment atau EPP 10 bulan bagi kedua-dua pakej Dealer. Boleh hubungi saya untuk info lanjut.

Siapa PG1M dan Kenapa Join Bawah PG1M?

Komuniti emas paling supportive dalam Public Gold
Komuniti emas paling supportive dalam Public Gold

PG1M (Public Gold 1 Malaysia) ialah komuniti dealer Public Gold yang diasaskan oleh mentor emas terkenal, Tuan Syukor Hashim dan isterinya Puan Jonaina Nordin.

Ia bukan sekadar kumpulan dealer biasa, tetapi sebuah ekosistem pembelajaran dan sokongan berterusan untuk mereka yang mahu jana pendapatan melalui simpanan emas.

Dengan bimbingan intensif, strategi pemasaran digital, latihan berterusan dan semangat kekeluargaan dalam komuniti, PG1M membantu ramai dealer baru menjadi aktif dan berjaya.

9 Sebab Kenapa Anda Patut Jadi Dealer Public Gold Bersama PG1M

1. Jana Untung Jualan Emas

Sebagai dealer, setiap kali anda perkenalkan pelanggan baru yang beli emas, anda terima komisen terus. Lagi banyak mereka simpan, lagi banyak pendapatan anda. Anda tidak perlu beli stok atau keluarkan modal besar.

2. Bina Pendapatan Pasif

Apabila pelanggan anda terus menyimpan atau menjual semula emas melalui akaun mereka, anda akan terus menerima komisen tanpa perlu buat kerja tambahan. Pendapatan ini berjalan secara automatik. Bisnes anda tetap bergerak walaupun anda sedang bercuti.

3. Produk Emas yang Terbukti Kukuh

Public Gold merupakan syarikat emas yang telah beroperasi sejak 2008. Dengan lebih 1 juta pelanggan, jenama ini sangat dipercayai di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Keyakinan pelanggan memudahkan anda untuk berkongsi dan menjual.

Antara training yang memberi impak besar kepada rangkaian Dealer PG1M
Antara training yang memberi impak besar kepada rangkaian Dealer PG1M

4. Mudah Simpan Emas Sendiri

Bukan sahaja anda boleh menjana pendapatan, anda juga lebih mudah menyimpan emas sendiri dengan cara konsisten setiap bulan. Ini membantu anda kukuhkan kedudukan kewangan peribadi dalam jangka masa panjang.

5. Latihan dan Sokongan Lengkap

Komuniti PG1M menawarkan latihan berterusan dari peringkat asas hingga tahap pakar. Anda akan dibimbing secara langsung oleh mentor berpengalaman, termasuk sesi Zoom mingguan, video rakaman, ebook, dan kumpulan Telegram sokongan aktif.

6. Bebas Masa dan Lokasi

Bisnes dealer emas ini sangat fleksibel. Anda boleh jalankan dari rumah, pejabat, semasa melancong atau semasa bekerja sepenuh masa. Ia sesuai untuk mereka yang mahu pendapatan sampingan tanpa mengganggu rutin harian.

Siap ada poster khas kalau kita berjaya capai satu-satu tahap jualan peribadi emas
Siap ada poster khas kalau kita berjaya capai satu-satu tahap jualan peribadi emas

7. Sertai Komuniti Aktif dan Inspirasi

PG1M bukan sekadar komuniti bisnes, tetapi tempat yang penuh motivasi. Anda akan belajar secara langsung dari tokoh kewangan terkenal seperti Azizi Ali (Mentor Wang) dan Dr Azizul Azli Ahmad (Pakar Kewangan & Hartanah). Mereka hanya aktif di PG1M dan sering berkongsi ilmu secara eksklusif kepada dealer PG1M sahaja.

8. Pelaburan Jangka Panjang

Selain keuntungan dari komisen, anda juga dapat mengumpul emas yang semakin meningkat nilainya setiap tahun. Ini menjadikan bisnes dealer emas bukan sekadar menjual, tetapi juga membina kekayaan sebenar untuk masa depan anda dan keluarga.

9. Peluang Jana Pendapatan Global

Dengan sistem pembelian online, anda boleh tarik pelanggan dari luar negara seperti Indonesia, Singapura, dan Brunei. Kini, Public Gold sudah membuka 6 cawangan rasmi di Indonesia. Ini membuka peluang pasaran lebih besar untuk dealer yang aktif.

Follow Facebook PG1M

Tuan Azizi Ali sendiri pun ada bersama-sama dengan kita!
Tuan Azizi Ali sendiri pun ada bersama-sama dengan kita!

Langkah Mudah Jadi Dealer Public Gold Ogos Ini

  1. Pilih jumlah gram yang sesuai: 35g untuk Normal Dealer, atau 60g untuk Priority Dealer.
  2. Pilih emas dalam bentuk wafer series sahaja.
  3. Buat pembelian dalam satu resit dan sertakan Wealth Card.
  4. Hubungi dealer PG1M yang aktif untuk bantu anda daftarkan akaun dan bimbing proses naik taraf.

Jika anda masih belum ada dealer, saya sendiri boleh bantu anda dari mula hingga jadi dealer aktif dan berjaya. Anda akan diserap masuk ke dalam komuniti PG1M dan akses kepada semua latihan eksklusif secara percuma.

Ada yang bertanya, “Apa beza Normal Dealer dengan Priority Dealer?” Jawapannya, perbezaan utama adalah dari segi insentif yang diterima.

Normal Dealer 1% dari setiap belian sendiri atau customer. Misalnya jika beli RM100,000, dapat komisyen RM1,000.

Priority Dealer 1.5% dari setiap belian sendiri atau customer. Misalnya jika beli RM100,000, dapat komisyen RM1,500.

Master Dealer 2% dari setiap belian sendiri atau customer. Misalnya jika beli RM100,000, dapat komisyen RM2,000.

Lebih ramai customer, komisyen anda semestinya lebih besar. Best passive income macam ini. Dan bila anda dah ada 500 orang customer dan capai target RM500,000 personal sales, anda akan menjad Founder Master Dealer Public Gold.

Kenapa Ogos 2025 Masa Terbaik Untuk Bermula?

Promosi DRD ini hanya berlangsung selama sebulan. Dan harga emas sekarang masih berada dalam julat yang stabil, sebelum sebarang potensi kenaikan akhir tahun. Ramai pelanggan juga mula menyimpan untuk perayaan hujung tahun, jadi ini masa terbaik untuk bina pelanggan awal anda.

Selain itu, bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan. Jadi banyak kempen kesedaran kewangan yang berlangsung sepanjang bulan. Anda boleh tumpang momentum ini untuk berkongsi ilmu simpanan emas dan kembangkan bisnes dealer anda.

Kesimpulan

Jika anda sedang mencari cara untuk menambah pendapatan, membina aset dan menyertai komuniti yang menyokong perkembangan kewangan anda, maka jadi dealer Public Gold bersama PG1M adalah pilihan yang bijak.

Tak perlu tunggu nanti nanti baru nak mula. Rebut peluang ini sekarang, sebelum promosi DRD tamat pada 31 Ogos 2025.

Berminat nak tahu lebih lanjut atau nak saya bantu anda daftar sebagai dealer PG1M?

Hantar mesej terus, klik icon WhatsApp di website ini segera!

Irfan Sa’id,
Membimbing lebih 800 orang penyimpan emas seluruh Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *