Adakah Public Gold Selamat Dari Scam?

A close-up of a gold bar with the Public Gold logo, highlighting security and authenticity for safe gold investment in Malaysia.

Public Gold Scam? – Ramai orang di Malaysia pernah melalui pengalaman pahit ditipu skim pelaburan. Ada yang hilang ratusan ringgit, ada yang terpaksa telan rugi puluhan ribu.

Saya sendiri sering menerima mesej dari prospek yang trauma dengan pelaburan. Salah satunya datang daripada seorang individu minggu lalu.

Katanya, “Saya pernah rugi RM30,000 sebab kena scam pelaburan saham. Tuan, betul ke pelaburan emas Public Gold ni selamat?”

Soalan ini sangat penting. Dan saya percaya ramai yang sedang membaca artikel ini juga ada keraguan sama. Dengan begitu banyak scam yang menggunakan nama “pelaburan” di Malaysia, bagaimana nak pastikan kita tidak terjerat lagi?

Artikel ini akan menjawab persoalan tersebut dengan fokus kepada isu Public Gold scam, adakah ia realiti atau sekadar salah faham.

Trauma Disebabkan Scam Pelaburan

Bila dengar perkataan scam, ramai yang terus rasa takut. Tidak pelik kerana setiap tahun, ada saja berita mangsa skim cepat kaya atau “investment scheme” palsu.

Modus operandi mereka selalunya nampak canggih, Ada website profesional, ada janji pulangan lumayan, siap tunjuk testimoni berjaya. Tetapi akhirnya, duit pelabur lesap tanpa jejak.

Statistik mangsa scammers di Malaysia
Statistik mangsa scammers di Malaysia

Mangsa biasanya terdiri daripada golongan muda yang baru mula bekerja atau mereka yang ingin gandakan simpanan dengan cepat. Akibatnya, bila sudah terkena sekali, mereka jadi skeptikal dengan semua jenis pelaburan termasuklah emas.

Sebenarnya, emas bukan pelaburan berisiko tinggi atau skim. Ia adalah aset fizikal yang nilainya diiktiraf di seluruh dunia sejak 5,000 tahun lalu.

Perbezaan Public Gold Dengan Skim Scam

Public Gold bertapak di Malaysia sejak tahun 2008
Public Gold bertapak di Malaysia sejak tahun 2008

Di sinilah pentingnya kita faham beza antara Public Gold dengan “skim pelaburan emas” yang sering digunakan scammer.

Public Gold bukan skim cepat kaya. Ia adalah syarikat jual beli emas fizikal yang ditubuhkan sejak tahun 2008. Selama lebih 17 tahun beroperasi, Public Gold tidak pernah gagal menyerahkan emas kepada pelanggan.

Inilah bukti kukuh, pelanggan beli emas, mereka akan dapat emas fizikal sama ada jongkong, dinar, atau barang kemas. Tak ada janji pulangan bulanan, tak ada skim pelaburan pelik, dan tak ada kontrak yang meragukan.

Public Gold hanya memudahkan orang ramai untuk memiliki emas dengan cara tunai penuh, ansuran mudah (Easy Payment Purchase), atau akaun simpanan emas (Gold Accumulation Program, GAP).

Dengan cara ini, pelanggan boleh memiliki emas fizikal walaupun bermula dengan RM100 sahaja. Ketahui tentang 3 cara simpanan emas Public Gold di sini.

Bukti Kukuh Public Gold Bukan Scam

Bagi menjawab isu Public Gold scam, mari kita lihat beberapa bukti yang jelas menunjukkan Public Gold beroperasi secara sah dan telus:

  1. Ditubuhkan sejak 2008 – lebih 17 tahun konsisten beroperasi di Malaysia dan beberapa negara lain. Jika benar ia scam, mustahil boleh bertahan lama.

  2. Patuh Syariah – disahkan oleh penasihat syariah antarabangsa, Amanie Advisors yang diketuai oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar. Ini penting untuk pelabur Muslim.

  3. Ada HQ rasmi – Menara Public di Kuala Lumpur menjadi bukti kewujudan fizikal syarikat. Pelanggan boleh walk-in bila-bila masa.

  4. Jaminan beli balik 100% – emas yang calar, kemek, atau patah sekalipun tetap dibeli balik oleh Public Gold.

  5. Rekod penghantaran emas terjamin – walaupun pelanggan membeli secara online, emas sentiasa dihantar dengan selamat atau boleh diambil sendiri di cawangan.

Kesemua bukti ini cukup kuat untuk membuktikan Public Gold bukanlah skim scam. Ia adalah syarikat emas sebenar yang fokus pada pemilikan emas fizikal.

Kenapa Ramai Keliru Antara Emas Dengan Scam?

Salah faham ini berlaku kerana ramai orang terpengaruh dengan skim emas palsu yang menjanjikan keuntungan bulanan. Mereka kata, “Labur RM10,000, dapat pulangan tetap 10% sebulan.”

Sedangkan logiknya, tak ada siapa boleh kawal harga emas dan bagi jaminan keuntungan tetap. Bila syarikat itu runtuh, orang ramai mula salah faham dengan semua pelaburan emas, termasuk Public Gold.

Hakikatnya, simpanan emas adalah cara untuk melindungi nilai wang, bukan skim untuk cepat kaya. Nilai emas naik dan turun mengikut pasaran dunia.

Tetapi dalam jangka panjang, emas sentiasa mengatasi inflasi. Inilah yang ramai orang terlepas pandang.

Kisah Pelanggan Yang Pernah Kena Scam

Salah seorang prospek yang menghubungi saya melalui WhatsApp
Salah seorang prospek yang menghubungi saya melalui WhatsApp

Mari saya kongsi kisah seorang pelanggan saya. Beliau seorang bekas pekerja swasta yang pernah rugi lebih RM30,000 dalam pelaburan saham yang palsu.

Trauma itu membuatkan beliau tidak berani langsung menyentuh apa-apa bentuk pelaburan. Tetapi selepas beberapa kali berdiskusi, beliau akhirnya berani mula simpan emas dengan Public Gold melalui akaun GAP.

Kisah ini membuktikan bahawa bila kita simpan emas dengan cara yang betul, risiko scam boleh dielakkan.

Bagaimana Public Gold Melindungi Pelanggan?

Rombongan pelanggan saya dari Singapore collect emas di cawangan Public Gold Johor Baru
Rombongan pelanggan saya dari Singapore collect emas di cawangan Public Gold Johor Baru

Public Gold tidak menawarkan sebarang skim pelaburan. Mereka hanya menjual emas fizikal. Apa yang pelanggan beli, itulah yang mereka dapat. Ini sangat berbeza dengan skim scam yang hanya keluarkan resit atau janji palsu tanpa emas sebenar.

Selain itu, Public Gold melatih dealer-dealer berdaftar untuk memberi panduan yang betul kepada penyimpan emas. Education menjadi teras utama. Dengan ilmu yang betul, penyimpan emas tidak akan mudah terjebak dengan janji manis pelaburan palsu.

Gold saver saya lock 200 gram emas cara belian EPP 10 bulan
Gold saver saya lock 200 gram emas cara belian EPP 10 bulan

Kesimpulan

Isu Public Gold scam sebenarnya lahir daripada salah faham orang ramai yang pernah terjebak dengan skim pelaburan emas palsu.

Public Gold adalah syarikat emas sah yang telah bertapak sejak 2008, patuh syariah, mempunyai pejabat rasmi, serta jaminan beli balik yang jelas. Semua ini membuktikan Public Gold bukan scam, sebaliknya platform terbaik untuk menyimpan emas fizikal.

Jika anda pernah trauma dengan scam sebelum ini, jangan biarkan pengalaman pahit itu menghalang anda membina simpanan masa depan. Dengan emas fizikal dari Public Gold, anda boleh mula semula dengan cara yang lebih selamat dan berlandaskan realiti.

Jadi, soalan “Adakah Public Gold selamat dari scam?” sudah terjawab. Ya, Public Gold selamat kerana ia bukan skim pelaburan, tetapi tempat simpan emas fizikal sebenar.

Nak mula simpan emas? Klik butang WhatsApp untuk hubungi saya.

Irfan Sa’id,
Anak muda simpan emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *