GIT Public Gold, Hantar Emas Terus Sampai Rumah

GIT Public Gold, Hantar Emas Terus Sampai Rumah

GIT Public Gold, Cara Paling Mudah Simpan Emas Sampai ke Depan Pintu! Bayangkan situasi ini, anda beli emas, bayar dalam apps, dan beberapa hari kemudian… ding-dong! Emas sampai depan pintu rumah.

Tak payah ambil cuti, tak perlu redah jem ke cawangan. Inilah kelebihan GIT atau Gold In Transit dari Public Gold, servis eksklusif yang semakin digemari oleh penyimpan emas tegar di Malaysia.

Servis GIT Public Gold
Servis GIT Public Gold

Apa Itu GIT (Gold In Transit)?

GIT atau Gold In Transit ialah servis penghantaran emas berinsurans yang disediakan oleh Public Gold. Dalam bahasa mudahnya, GIT ni macam “Grab” untuk emas. Anda beli emas, dan emas itu akan dihantar terus ke rumah anda dalam keadaan selamat dan berinsurans penuh.

Yang bestnya, GIT bukan setakat memudahkan, tapi juga menjimatkan masa dan tenaga. Tak perlu keluar rumah, tak perlu cari parking, dan tak perlu tunggu nombor giliran dekat cawangan.

Berat Maksimum & Cara Guna GIT

Satu perkara penting yang anda perlu tahu, berat maksimum untuk satu parcel GIT ialah 21.25 gram.

Maksudnya, kalau anda beli emas yang beratnya 21.25g atau kurang, anda layak untuk guna servis GIT terus dalam apps atau website Public Gold.

Tapi kalau pembelian anda melebihi berat tu, contohnya anda beli 50g, maka sistem akan automatik arahkan anda untuk buat temujanji dan collect di cawangan berhampiran. Ini untuk tujuan keselamatan dan compliance juga.

Kisah Sebenar: “Omeh Den Dah Sampai!”

Nak saya kongsi pengalaman saya sendiri? Baru-baru ni saya beli 1 dinar emas (4.25g) x 5 keping dalam apps Public Gold, lepas tu terus checkout dan bayar postage. Tak sampai 3 minit dah selesai.

GIT Public Gold: Belian emas saya, 1 dinar x 5 keping selamat sampai
Belian emas saya, 1 dinar x 5 keping selamat sampai

Saya beli Isnin, 16 Jun 2025, dan emas selamat sampai Khamis, 19 Jun 2025.

Tak payah pening kepala, tak payah ambil cuti. Saya hanya rileks je dekat rumah. Sambil buat kerja, tiba-tiba abang posmen sampai dengan parcel berbalut rapi. Buka parcel, emas ada dekat dalam dengan dokumen lengkap.

Senang, selamat, dan pantas. Omeh den dah sampai, kata orang nogohi hehe.

Kenapa GIT Jadi Pilihan?

Mari kita tengok kenapa GIT makin jadi pilihan ramai penyimpan emas:

  • Mudah & Pantas
    Segalanya di hujung jari. Beli dalam apps, bayar, tunggu emas sampai. Tak perlu susah payah keluar rumah.
  • Lengkap Dengan Insurans
    Ini antara sebab paling penting. GIT dilindungi oleh insurans penuh semasa proses penghantaran. Kalau berlaku kehilangan atau kerosakan, Public Gold akan cover sepenuhnya. Jadi, tidur pun lena.
  • Jimat Masa & Minyak
    Dengan harga petrol sekarang, setiap penjimatan wang ringgit itu bermakna. Tambah pula kalau anda kerja office hour, kadang-kadang nak pergi ke cawangan pun tak sempat.
  • Selamat Untuk Semua
    GIT sesuai untuk ibu bapa, warga emas, pelajar universiti, dan sesiapa saja yang nak simpan emas tanpa perlu bergerak ke cawangan. Untuk yang tinggal di luar bandar pun, ini sangat membantu.

Macam Mana Nak Guna GIT?

GIT Public Gold: Kos Terbaru GIT Public Gold
Kos Terbaru GIT Public Gold

Senang je. Kalau anda dah ada akaun Public Gold, ikut langkah ni:

  • Buka apps atau website Public Gold.
  • Pilih item emas yang anda nak beli.
  • Bila checkout, pastikan berat tak lebih 21.25g. Boleh gabung beberapa order dan proceed dengan satu postage (Combine GIT).
  • Pilih penghantaran melalui Gold In Transit (GIT).
  • Bayar jumlah keseluruhan termasuk postage.
  • Tunggu parcel emas sampai di rumah dalam masa 2–5 hari bekerja.

Kalau belum ada akaun? Jangan risau. Anda boleh terus DM saya, nanti saya guide dari A sampai Z. Pendaftaran percuma je, tak perlu bayar apa-apa untuk buka akaun.

Untuk Gold Savers Team Emas Irfan Sa’id, saya dah sediakan tutorial cara nak proceed dengan GIT dan Combine GIT.

Soalan Lazim Tentang GIT

  1. Berapa kos GIT ni?
    Kos GIT berubah ikut berat dan kawasan. Tapi biasanya sekitar RM10–RM25 untuk 1 parcel. Murah je, kalau nak bandingkan dengan kos minyak, tol, parking dan masa.
  2. Boleh ke guna GIT kalau saya beli emas dalam GAP (Gold Accumulation Program)?
    Untuk GAP, anda kena buat withdrawal dulu. Lepas tu barulah anda boleh pilih delivery melalui GIT, selagi berat yang anda pilih tu tak lebih 21.25g.
  3. Apa jadi kalau parcel hilang atau rosak?
    Jangan risau, setiap penghantaran GIT dilindungi insurans penuh. Kalau ada apa-apa berlaku, Public Gold akan selesaikan.

Tips Tambahan Buat Penyimpan Emas Baru

Kalau anda baru nak mula simpan emas, ini beberapa tips yang boleh bantu:

  • Mula dengan RM100 atau 1 dinar. Jangan tunggu kaya baru nak simpan.
  • Konsisten setiap bulan. Sama macam simpan duit, emas pun perlu disiplin.
  • Pilih dealer yang aktif. Supaya senang nak tanya soalan, dapat bimbingan, dan info promosi.
  • Utamakan emas fizikal. Beli yang boleh dipegang dan disimpan sendiri atau guna GIT.

Kesimpulan: Emas Sampai, Hati Tenang

GIT bukan sekadar servis penghantaran emas. Ia adalah solusi untuk gaya hidup moden yang serba sibuk. Dengan GIT, anda tak perlu lagi risau soal logistik. Beli, bayar, duduk rileks, dan emas pun sampai.

Kalau anda dah lama terfikir nak mula simpan emas tapi rasa leceh nak pergi ambil sendiri, inilah jawapannya. Cuba sekali GIT, anda pasti akan repeat!

Dan kalau anda belum ada akaun Public Gold lagi, jangan malu-malu. DM saya je. Saya akan bantu daftar, guide cara beli, dan tunjuk step-by-step supaya anda pun boleh rasa nikmat simpan emas dengan selamat dan mudah. Klik Link Ini Sekarang.

Irfan Sa’id
Anak Muda Simpan Emas
Beli emas, rileks je. Nanti sampai depan pintu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *