Harga Emas Tahun 2024: Jika anda perasan, sepanjang 2024 harga emas benar-benar melambung tinggi hingga ramai yang cemas sebab tidak membeli awal.
Harga spot emas dunia naik dari sekitar USD1,950/oz ke paras melebihi USD2,500/oz, mendorong harga fizikal seperti Public Gold terus naik dari sekitar RM300/g ke RM400/g menjelang akhir tahun.
Ini bukan sekadar trend. Ini adalah kenaikan berpunca daripada peristiwa-peristiwa khusus yang akan saya huraikan secara terperinci dalam artikel ini.
Isyarat Awal Dari PCE & Fed: Pasaran Dah Mula Rasa Potong Kadar Faedah

Pada minggu terakhir Februari 2024, pasaran emas pada awalnya agak tenang. Harga spot emas hanya berlegar sekitar USD2020 ke USD2040/oz, menunjukkan pasaran menanti sesuatu yang besar.
Kemuncaknya berlaku pada 29 Februari 2024, apabila data PCE (Personal Consumption Expenditures) – ukuran inflasi pilihan utama Federal Reserve – dikeluarkan.
Walaupun angka inflasi Januari 2024 sejajar dengan jangkaan, pasaran dikejutkan dengan revisi ke bawah data Disember 2023, di mana inflasi sebenar hanya +0.1% untuk kedua-dua teras dan keseluruhan PCE.
Berita ini menyebabkan pelabur mula menaikkan kemungkinan Fed akan potong kadar faedah lebih awal, mungkin sebelum bulan Jun 2024. Reaksi pasaran sangat pantas, hasil bon kerajaan AS jatuh, nilai dolar AS merosot, dan harga emas melonjak melepasi USD2046/oz.
Yang mengejutkan, tiada aktiviti pengambilan untung besar pada hari Khamis itu walaupun ia hari terakhir bulan. Harga kekal tinggi dan stabil hingga ke hari Jumaat.
Data Industri AS Lemah Mendorong Lagi Lonjakan Emas
Pada hari berikutnya, 1 Mac 2024, data ISM Manufacturing Index, indikator kekuatan industri pembuatan di AS telah diterbitkan dan data tersebut agak mengecewakan.
Pasaran menjangka pemulihan sederhana, tetapi yang keluar ialah tanda-tanda pengecutan aktiviti ekonomi lebih serius. Ini mencetus naratif baru dan membawa maksud yang tidak baik.
Fed kini mempunyai alasan ekonomi sebenar untuk longgarkan kadar faedah, bukan sekadar kerana inflasi perlahan, tapi juga kerana ekonomi makin lemah.
Hasilnya, emas sekali lagi meledak. Spot gold naik ke USD2060/oz pada awal dagangan dan terus melonjak ke USD2085/oz menjelang tengah hari New York. Ini adalah lonjakan dua hari yang paling kuat dalam suku pertama tahun 2024, disebabkan dua faktor utama iaitu data inflasi yang menyokong pelonggaran dasar, dan data industri yang lemah menyokong pandangan sama.
Kenapa Ini Penting untuk Penyimpan Emas di Malaysia?
Bagi penyimpan emas seperti kita, berita-berita ini bukan sekadar “berita pasaran global”. Ia beri kesan terus kepada harga emas fizikal seperti goldbar, dinar dan akaun GAP yang dijual oleh Public Gold.
Bila spot gold naik secara mendadak, harga PG SELL dan PG BUY pun naik. Kalau anda beli GAP pada RM300/gram pada Januari, nilainya mencecah RM400/gram menjelang akhir tahun. Kenaikan itu bukan nasib semata-mata, ia datang daripada data ekonomi dan keputusan dasar bank pusat Amerika.
Strategi Bijak Bila Harga Sedang Naik
Ramai yang tanya, “kalau harga dah naik macam ni, masih sesuai ke beli emas?”
Jawapannya: Ya. Kerana harga emas naik bukan kerana spekulasi, tapi kerana dunia sedang dalam fasa penyesuaian polisi kewangan. Fed mungkin akan potong kadar, dolar AS mungkin akan terus lemah, dan inflasi mungkin kekal tinggi.
Dalam semua situasi ini, emas masih relevan sebagai pelindung nilai. Strategi terbaik ialah beli secara konsisten (cost averaging), bukan tunggu harga turun. Anda tidak akan tahu bila harga “paling rendah”, tapi dengan simpan secara berkala, anda kawal risiko dan bina tabungan stabil.
Kesimpulan: Harga Emas Tahun 2024 Jadi Tanda Amaran Awal
Tahun 2024 memperlihatkan bagaimana emas melonjak tinggi bukan kerana spekulasi semata-mata, tetapi kerana tindak balas logik pasaran terhadap kelemahan ekonomi global, data inflasi yang tidak terkawal dan jangkaan pelonggaran kadar faedah oleh Federal Reserve.
Kini, pada bulan Julai 2025, harga emas Public Gold sudah pun melepasi paras RM500 segram, jauh meninggalkan paras RM400/g yang dianggap “mahal” pada hujung tahun lalu. Kenaikan ini bukan lagi andaian, tetapi ia adalah realiti yang sedang kita hadapi hari ini.
Dan bagi yang masih belum bermula menyimpan emas, ini adalah peringatan jelas bahawa masa terbaik mungkin sudah berlalu, tapi masa sesuai masih belum tamat. Yang penting ialah mula sekarang, walau sedikit. Jangan tunggu harga naik RM600/g baru nak terkejar-kejar.
Nak mula simpan emas ikut bajet sendiri?
Jangan tunggu harga makin naik baru nak mula. Saya sedia bantu anda dari langkah pertama. Buka akaun, faham strategi dan mula simpan sikit demi sikit.
🟡 Klik sini untuk daftar akaun emas percuma: Daftar Akaun Public Gold
📲 Sertai channel Telegram saya untuk update harga & tip emas setiap hari: Tips Kewangan Viral
Irfan Sa’id,
Penulis info emas & kewangan Malaysia.