Harga emas pecah rekod tertinggi dalam sejarah! Masya-Allah, apa yang berlaku sebenarnya? Macam mana ianya boleh naik tinggi macam ini?
Jawapannya ada di sini. Jom saya kongsikan dengan anda.
Berapa Nilai Emas Semasa?
Di saat saya menulis artikel ini, harga emas telah mencecah RM403 segram, menjadikan ia harga tertinggi dalam sejarah. Anda boleh rujuk sendiri di sini.
Pada tarikh 17/7/2024, emas sudah mencecah $2,483 per auns, mengatasi rekod sebelum ini $2,450 per auns pada bulan April 2024.
Faktor Yang Mempengaruhi Harga Emas
1) Dorongan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan menurunkan kadar pada awal bulan September.
Jika kadar ini terlalu rendah, kemungkinan akan meningkatkan kadar inflasi dan mengurangkan kuasa rakyat sebagai seorang pembeli. Fahamkan di sini.
2) Ketegangan geopolitik
Selain itu, risiko geopolitik juga menjadi punca ramai pelabur mengalihkan aset mereka kepada emas dan perak. Kebanyakan Bank Pusat dunia pun turut menambahkan rizab simpanan emas mereka.
Graf Harga Emas Terkini
Public Gold GAP
RM 100 = 0.2488 gram
RM 402 = 1.0000 gram
Harga GAP 🔄 Tidak Berubah
Terendah: RM 329 (4 Jan 2024)
Tertinggi: RM 403 (17 Jul 2024)
Dikemaskini: 19 Jul 2024
Apa Yang Kita Perlu Buat?
Strategi yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih alih terus kepada emas. Kita tidak perlu terlalu risau tentang isu naik atau turun.
Kita akan terus beli emas secara konsisten dan target utama kita adalah “semakin banyak gram, semakin tinggi nilai emas”.
Seperti yang dikongsikan oleh Tuan Mohd Zulkifli Shafie, contoh kalau kita dah tetapkan bajet menabung emas dengan RM100/BULAN, kita teruskan sahaja. Walaupun emas dah cecah paras RM500/gram.
Cara menabung emas serendah RM100 sebulan, baca di sini.
Sudah semestinya jika kita nak capai target simpanan emas dengan lebih cepat, kita harus tingkatkan lagi nilai simpanan. Betul tak?
Namun, tiada paksaan. Jangan simpan emas sampai lemas, itu yang saya sangat tekankan kepada penyimpan-penyimpan emas di bawah bimbingan saya.
Irfan Sa’id,
Pembimbing Emas anda.
Nak lebih banyak tips simpanan emas, jom join Komuniti Emas Irfan Sa’id di Telegram.