Harga Emas PG Mahal Berbanding Bank? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Simpan Emas Public Gold dengan Irfan Said

Apabila bercakap tentang pelaburan emas, soalan pertama yang sering muncul di fikiran ialah, “Kenapa harga emas PG mahal kalau nak bandingkan dengan harga di bank?”

Persoalan ini sangat wajar kerana sebagai pelabur, kita mahu memaksimumkan keuntungan. Namun, melihat pada harga per gram semata-mata adalah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur baru.

Mari kita bedah adakah benar Public Gold (PG) itu mahal, atau sebenarnya ia menawarkan nilai yang lebih berbaloi untuk jangka masa panjang.

1. Harga Jual vs Harga Buyback (Spread)

Dalam mana-mana perniagaan emas sama ada bank, PG, atau kedai emas, wujud istilah spread atau selisih nilai. Perbezaan harga antara harga kita beli dan harga kita jual semula inilah yang menentukan keuntungan.

Memang benar ada bank yang menawarkan harga jualan yang sangat rendah. Namun, anda perlu semak juga harga buyback (beli balik) mereka.

Ada tempat yang harganya murah masa beli, tapi bila nak jual balik, mereka tidak menerima semula emas tersebut jika seal sudah dibuka. Jika emas calar walau sedikit, mereka memang takkan terima.

Di PG, struktur harganya telus. Malah, kelebihan ketara ada pada produk barangan kemas melalui PG Jewel. Spread untuk barang kemas 999 hanyalah 9%, manakala untuk 916 pula sekadar 13%.

Jika anda bandingkan dengan kedai emas luar, susut nilai barangan kemas biasanya mencecah sekurang-kurangnya 25% daripada harga semasa. Di sini, PG sebenarnya jauh lebih menjimatkan.

2. Servis dan Jaminan Buyback 100%

Satu perkara yang sering diabaikan apabila membandingkan harga ialah kualiti servis. Apabila anda membeli emas di bank, adakah mereka menjamin akan membeli semula emas tersebut dalam apa jua keadaan?

Public Gold mempunyai rekod 100% jaminan buyback. Walaupun emas tersebut calar, kemek, atau anda membawa jenama luar (bukan jenama PG), PG tetap akan membelinya dengan harga tinggi mengikut harga semasa. Selain itu:

  • Cawangan (Branch): PG mempunyai puluhan cawangan di seluruh Malaysia yang boleh anda kunjungi secara walk-in bila-bila masa.

  • Stok Sentiasa Ada: Tidak seperti sesetengah institusi yang sering kehabisan stok fizikal, PG memastikan bekalan emas sentiasa tersedia untuk pelanggan.

Pengalaman penyimpan emas PG
Pengalaman penyimpan emas PG

3. Isu Komisen: Satu Salah Faham

Ada segelintir pihak yang skeptikal dan mendakwa harga emas PG mahal disebabkan oleh komisen ejen. Hakikatnya, setiap perniagaan emas mempunyai struktur kos masing-masing.

Bank mempunyai kos operasi dan kakitangan, kedai emas mempunyai kos sewa dan tukang emas, manakala PG mempunyai struktur pengedar.

Apa yang penting bagi anda sebagai pelanggan bukanlah ke mana perginya sebahagian keuntungan syarikat, tetapi adakah anda mendapat emas fizikal yang tulen, patuh syariah, dan mudah untuk dijual semula nanti?

4. Matlamat Pelanggan Adalah Kunci

Semua tempat yang menjual emas, bank, PG, mahupun kedai emas. sebenarnya menjual produk fizikal yang hampir sama (kecuali akaun emas yang tidak patuh syariah). Bezanya cuma pada produk, struktur, dan matlamat pelanggan.

  • Jika anda mahu emas yang mudah dipajak di Ar-Rahnu tanpa banyak birokrasi, PG adalah pilihannya.

  • Jika anda mahu mengumpul emas dalam jumlah kecil secara konsisten, akaun GAP (Gold Accumulation Program) sangat membantu.

  • Jika anda ingin lock harga beli atau jual semula emas, PG ada kemudahan tersebut.

5. Waspada Skim Cepat Kaya

Satu perkara yang saya sentiasa tekankan: tidak kira di mana anda beli emas, elakkan skim cepat kaya dan pelaburan emas yang tidak patuh syariah.

Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana ke panjang. Mana-mana syarikat yang menjanjikan pulangan bulanan tetap (hibah/dividen) daripada simpanan emas fizikal, anda perlu berhati-hati.

Di PG, fokusnya adalah pemilikan emas fizikal sepenuhnya. Tiada unsur gandaan wang yang meragukan.

Kesimpulan

Adakah harga emas PG mahal? Jika dilihat pada angka per gram di skrin, mungkin nampak tinggi sedikit berbanding bank tertentu.

Namun, apabila mengambil kira spread yang rendah (terutama barang kemas), kemudahan menjual semula, dan kredibiliti syarikat, PG sebenarnya menawarkan pakej yang sangat kompetitif.

Fahami apa yang anda beli, fahami risikonya, dan pastikan ia patuh syariah. Itulah jalan paling selamat untuk membina kekayaan melalui emas.

Irfan Said,
Penulis info emas & kewangan Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *