Harga Silver Malaysia Pecah Rekod Lepas Bertahun-Tahun!

Harga Silver Malaysia: Silver Public Gold

Harga Silver Malaysia – Pasaran komoditi dunia baru-baru ini digemparkan dengan satu fenomena yang jarang berlaku. Sebab Silver (Perak) secara rasminya telah memecahkan rekod harga tertinggi sepanjang masa (All-Time High)!

Di Malaysia, ramai pelabur mula menyedari bahawa Harga Silver Malaysia kini bukan lagi sekadar pelaburan sampingan, tetapi aset yang mampu memberi pulangan luar biasa.

Bagi penyimpan emas dan perak tegar, berita ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Namun bagi pelabur baru, ramai yang tertanya-tanya, “mengapa sekarang”?

Mengapa logam yang sering dianggap sebagai “adik” kepada emas ini tiba-tiba menunjukkan prestasi luar biasa mengatasi jangkaan penganalisis?

Dalam artikel ini, kita akan membongkar punca utama di sebalik kenaikan mendadak ini, kesan geopolitik dunia terhadap bekalan perak, dan mengapa stok fizikal di Malaysia semakin kritikal.

1. Faktor China: Sekatan Eksport yang Menggoncang Dunia

Punca utama yang menjadi pemangkin kepada lonjakan Harga Silver bermula dari Timur. Sejak 1 Januari 2026, kerajaan China telah menguatkuasakan undang-undang baru yang sangat ketat, iaitu pengharaman eksport perak secara besar-besaran.

Sebelum ini, trader atau pedagang komoditi biasa boleh mengeksport perak dari China dengan relatif mudah. Namun, peraturan baru ini mengubah segalanya:

  • Hanya Pengilang & Refinery Tertentu: Hanya entiti yang mempunyai lesen khas dan kilang pemprosesan sahaja dibenarkan mengeksport.

  • Tapisan Tujuan Pembelian: Setiap gram perak yang keluar dari China perlu dikenal pasti tujuannya.

  • Sekatan Kontrak Pelaburan (CME): Jika perak tersebut dibeli untuk memenuhi kontrak pelaburan seperti CME (Chicago Mercantile Exchange), ia tidak dibenarkan sama sekali.

China merupakan antara pengeluar dan pengguna perak terbesar di dunia.

Apabila bekalan dari China mula ditutup, pasaran global mengalami kejutan bekalan (supply shock) yang memaksa harga melonjak naik kerana permintaan yang masih tinggi tidak dapat dipenuhi.

2. Amerika Syarikat: Perak Sebagai Aset Strategik (Strategic Commodity Reserve)

Sambil China menutup pintu eksport, Amerika Syarikat pula mengambil langkah agresif di sebelah Barat.

Kerajaan AS kini mula melayan perak bukan sekadar komoditi industri, tetapi sebagai Strategic Commodity Reserve (Simpanan Komoditi Strategik).

Apa maksudnya kepada kita?

Apabila sesebuah negara besar mula menyimpan perak sebagai rizab strategik, bermakna mereka sedang mengumpul stok untuk kegunaan masa depan yang kritikal, terutama dalam sektor teknologi hijau, panel solar, dan kenderaan elektrik (EV).

Impaknya kepada harga silver di Malaysia:

  1. Supply Global Makin Ketat: Stok yang sepatutnya ada di pasaran terbuka kini disimpan dalam bilik kebal kerajaan.

  2. Keyakinan Institusi: Apabila kerajaan mula memborong, pelabur institusi akan mengikut jejak langkah yang sama, sekaligus menolak harga ke tahap yang lebih tinggi.

3. Krisis Bekalan di Malaysia

Fenomena global ini memberi kesan langsung kepada kita di Malaysia. Sebagai pengedar emas dan perak terbesar di tanah air, Public Gold juga tidak terlepas daripada tekanan bekalan ini.

Tahukah anda bahawa stok perak fizikal di Public Gold kini sangat terhad? Dengan harga yang sedang memuncak, permintaan pula semakin menggila.

Bayangkan, jika seorang pelabur besar (vulture investor) masuk, stok yang ada boleh licin dalam masa beberapa hari sahaja.

Apabila stok ini habis, peminat perak terpaksa menunggu giliran pengeluaran baru yang mungkin memakan masa berbulan-bulan, dan pada waktu itu, harga silver mungkin sudah jauh lebih mahal.

Pilihan Produk Silver di Public Gold:

Bagi anda yang ingin bertindak sekarang, Public Gold menawarkan pelbagai saiz mengikut bajet anda:

  • Silver Bar: 5KG, 1KG, 500G, 250G, dan 100G.

  • Dirham: Koin Dirham 5 & 10 (Sangat popular untuk hantaran atau simpanan kecil-kecilan).

Jika anda nak beli silver di Public Gold, daftar akaun dulu di sini.

Harga Silver Malaysia: Silver Public Gold
Pilih mana satu yang sesuai dengan bajet anda

4. Realiti Pelabur Perak di Malaysia

Kenaikan harga silver ini bukan sekadar nombor di skrin komputer; ia adalah realiti yang sedang direbut oleh mereka yang celik ilmu kewangan.

Baru-baru ini, seorang Datin dari Melaka telah membuat tempahan sebanyak 15kg silver sekaligus. Begitu juga dengan seorang Uncle di Ampang yang terus lock 5kg silver sebaik sahaja berita kenaikan harga ini tersebar.

Adakah anda perlu kaya untuk bermula? Sama sekali tidak. Keunikan simpanan perak adalah ia sangat mampu milik.

Walaupun harga sedang All-Time High, anda masih boleh bermula dengan serendah RM100 melalui akaun simpanan perak (SAP). Ini adalah peluang keemasan untuk rakyat Malaysia melindungi nilai mata wang mereka daripada inflasi.

5. Mengapa Silver Masih “Underpriced”?

Secara sejarahnya, nisbah harga emas kepada perak (Gold-to-Silver Ratio) sering digunakan untuk menentukan mana satu yang lebih berbaloi untuk dibeli.

Walaupun harga silver di Malaysia sedang naik, secara teknikalnya perak masih dianggap murah berbanding emas jika dilihat pada potensi industrinya.

Dengan penggunaan perak yang meluas dalam industri masa depan (Green Energy, AI, dan Chipset), permintaan industri dijangka akan mengatasi pengeluaran perlombongan bagi tahun-tahun mendatang.

Ini bermakna, rekod harga tertinggi yang kita lihat hari ini mungkin hanyalah permulaan kepada satu kenaikan (bull run) yang lebih panjang.

Bertindak Sebelum Terlambat

Harga silver sudah pecah rekod, bekalan di China disekat, AS mula menyimpan rizab, dan stok di Malaysia semakin kritikal. Semua petanda menunjukkan bahawa masa terbaik untuk memiliki perak adalah sekarang.

Jangan tunggu sehingga harga mencecah paras yang tidak mampu dimiliki lagi. Sama ada anda seorang usahawan, kakitangan awam, atau pelajar, mulakan simpanan anda hari ini.

Ingin tahu cara beli Silver atau mulakan simpanan dengan RM100 sahaja? Jangan segan-segan untuk hubungi saya. Saya akan bantu bimbing anda langkah demi langkah untuk memiliki aset fizikal pertama anda.

Irfan Said,
Penulis info emas & perak di Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *