Jangan beli emas 1 gram yang dalam kad macam ini! Terutamanya beli direct dekat website Public Gold.
Tapi kenapa? Okay, jom saya kongsikan.
Sebab harganya mahal, RM420 segram.
Kita boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah sebenarnya.
Dekat Public Gold, ada cara simpanan emas kecik kecik yang lebih jimat. Caranya, kita menabung dalam akaun Gold Accumulation Program (GAP).
Boleh mulakan serendah RM100. Atau nak terus mula simpan sebanyak 1 gram = RM368 (harga 30/3/24).
Beli Dalam Akaun GAP, Lebih Jimat!
Dalam akaun emas GAP ni kita masih boleh keluarkan emas fizikal, dari serendah 1 gram.
Jadi waktu kita nak keluarkan emas fizikal 1 gram, kita perlu bayar kos upah emas (caj premium) & kos postage.
Emas yang bawah 20 gram, Public Gold akan terus poskan ke rumah, dengan full insurance postage. Atas 20 gram, baru kita collect di cawangan berdekatan.
Total belian emas 1 gram di akaun GAP & withdraw fizikal:
RM368 + RM15 (kos upah) + RM10 postage emas = RM393.
RM 393 vs RM420 untuk emas 1 gram. Nampak kan yang simpanan dalam akaun GAP lebih untung?
Tiga Perkara Yang Anda Perlu Faham
Bagi penyimpan-penyimpan emas bawah bimbingan saya, memang saya tak galakkan mereka beli emas 1 gram ni.
Ada tiga perkara anda perlu faham di sini iaitu:
- Untung emas pada beratnya, semakin berat emas semakin jelas kenaikan harga emas.
- Emas 1 gram lebih kepada tujuan koleksi, bukan saving. Ini kerana 1 gram ada banyak jenis design. Ramai orang tersilap langkah dengan beli 1 gram dengan jumlah banyak.
- Kos nak keluarkan 1 gram ni lebih tinggi berbanding kita keluarkan item standard 1 dinar ke atas atau 10 gram ke atas. Kita kena bayar caj upah lebih.
So, that’s why saya tak galakkan anda kumpul emas 1 gram ni. Tapi kalau saja nak tambah collection, memang ada duit lebih, no problem.
After all, it is your money kan. Saya tak berhak nak menghalang.
Harap perkongsian saya ni dapat beri manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk join channel Telegram saya, bersama lebih 700 orang subscribers yang lain.
Untuk pendaftaran akaun Public Gold secara percuma, klik icon WhatsApp di bawah.
Irfan Sa’id,
Share ilmu emas.