Buat Apa Dengan Emas? Ini 5 Matlamat Utama Yang Anda Perlu Tahu – Ramai orang tahu emas itu berharga, tetapi ramai yang masih keliru dan bertanya, “Sebenarnya, buat apa dengan emas yang kita simpan?”.
Adakah sekadar hiasan atau ada manfaat yang lebih besar?
Hakikatnya, emas bukan sekadar logam kuning yang cantik. Ia adalah “safe haven” dan instrumen simpanan paling ampuh untuk melindungi kekayaan anda daripada inflasi. Jika anda memegang selembar nota RM100 hari ini, nilainya mungkin tidak sama 10 tahun akan datang. Namun, 1 Dinar emas tetap akan mempunyai kuasa beli yang stabil.
Bagi penyimpan tegar di Public Gold, kita sering menggunakan kiraan 1 Dinar (4.25 gram) sebagai unit ukuran matlamat. Berikut adalah antara jawapan kepada persoalan buat apa dengan emas yang anda kumpul:
1. Tabung Haji & Umrah
Kos menunaikan haji dan umrah sentiasa meningkat. Dengan mensasarkan simpanan sekitar 15 keping Dinar, anda sebenarnya sedang membina benteng daripada kenaikan kos pakej travel. Emas memastikan nilai wang anda tidak “lebur” sebelum sempat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
2. Dana Pendidikan Anak-Anak
Ramai ibu bapa pening memikirkan kos universiti yang semakin mahal. Dengan simpanan 30 keping Dinar, anda sudah mempunyai dana pendidikan yang kukuh. Apabila tiba masanya nanti, anda hanya perlu cairkan (jual) emas tersebut mengikut harga semasa yang pastinya lebih tinggi.
3. Simpanan Kecemasan & Perubatan
Kita tidak tahu bila musibah akan melanda. Sasaran 30 keping Dinar untuk kecemasan dan perubatan memberi anda ketenangan minda. Emas bersifat cair (liquid); ia mudah dijual atau dipajak di Ar-Rahnu untuk mendapatkan tunai segera tanpa perlu meminjam daripada pihak lain.
4. Dana Persaraan (Retirement Fund)
Ini adalah matlamat paling besar. Untuk persaraan yang selesa, sasaran 150 keping Dinar adalah sangat ideal. Berbeza dengan wang tunai yang mudah dibelanjakan, sifat emas yang “sayang nak jual” membantu anda mendisiplinkan diri untuk menyimpan dalam jangka masa panjang.
Cara Mula Simpan Emas Di Public Gold
Mungkin anda rasa 30 keping Dinar itu banyak. Jangan risau, di Public Gold, perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Anda boleh memilih 3 cara ini:
-
Full Payment: Beli sekeping Dinar, bayar penuh dan simpan sendiri.
-
EPP (Easy Payment Purchase): Kaedah syariah yang membolehkan anda membayar secara ansuran selama 6 atau 10 bulan.
-
Akaun GAP (Gold Accumulation Program): Cara paling popular! Anda boleh mula kumpul emas serendah RM100 sahaja. Bila gram sudah cukup (contohnya 4.25g), anda boleh keluarkan dalam bentuk fizikal Dinar.
Jom Anak Muda, Mulakan Sekarang!
Jadi, jika ditanya lagi buat apa dengan emas, jawapannya adalah untuk membina masa depan yang lebih cerah dan terjamin. Semakin awal anda menyimpan, semakin kurang komitmen kewangan anda di masa hadapan kerana kuasa beli emas yang sentiasa meningkat.
Jangan tunggu harga emas turun, kerana waktu terbaik untuk menyimpan emas adalah “semalam”. Waktu kedua terbaik adalah hari ini.
Duit selamat, aset emas pun dapat!
Ikhlas,
Irfan Sa’id
Anak Muda Simpan Emas


