Nilai atau harga emas naik dan turun, jadi apa perlu kita buat? Ini adalah ilmu yang dikongsikan oleh guru emas saya, Encik Syukor Hashim.
Beliau telah mula berkecimpung dalam dunia emas pada tahun 2008. Ketika itu, harga emas RM96 ++ segram. Pada saat ini, tahun 2024 harga emas mencecah RM385 segram.
Kenaikan Emas 270%
Bila dibuat kira-kira, harga emas telah memberikan pulangan sebanyak 270% dalam tempoh 16 tahun. Percaya atau tak, walaupun harga emas masih lagi RM96 segram, mereka pada ketika itu tetap rasa yang harga emas mahal.
Bahkan menurut Encik Syukor Hashim, sekarang pun RM385 segram pun masih terasa mahal. Jadi macam mana cara kita untuk konsisten beli emas? Ini tips yang dikongsikan oleh beliau.
Tak Beli Pada Paras Tertinggi
Pertamanya, kalau beli emas fizikal, contohnya 1 dinar atau 10 gram keatas, tipsnya adalah kita tak beli emas ketika harga mencatatkan paras tertinggi.
Sebolehnya, tunggu dia turun sikit, sebab dari segi psikologi, terus pesan pada diri “Harga tertinggi adalah sekian sekian RM.. tapi aku beli waktu harga dia murah RM3 segram”
Ilmu analisis teknikal harga emas membantu especially Fibonacci retracement.
Set Auto Debit Setiap Bulan
Kedua, Encik Syukor Hashim pesan supaya kita buat auto debit beli emas setiap bulan.
Yang ni, kalau di Public Gold, Encik Syukor akan tolak RM200 setiap bulan dari akaun bank dan masuk akaun simpanan emas GAP beliau.
Yang ni, kalau kita buat, kita dah tak perlu tengok harga sebab automatik dan konsisten.
Bab ini, Encik Syukor tak kisah sangat dengan harga emas. Janji tiap-tiap bulan auto tolak bank akaun dan gram emas masuk akaun.
Dengan kata lain, sama ada tunggu harga turun atau tak tengok harga, kedua-dua strategi boleh digunakan.
Nilai 1kg Emas!
By the way, saya nak berkongsi dengan anda, salah seorang rakan Dealer saya dalam Team PG1M iaitu Sadiqin Sulong berjaya membantu seorang customer membeli 1kg emas Public Gold.
Customer ada banyak duit dalam akaun bank. Namun beliau berminat mengalihkan sebahagian daripada wangnya dalam bentuk emas fizikal. Jadi beliau beli terus 1kg sebab Public Gold bagi percuma 5g gold bar.
Berapa harga 1kg? Pada tarikh hari ini (4/6/24), harga 1 kilo RM380,570.
Katanya customer happy dan nak lock lagi 1kg bulan depan. Well, ini rezeki masing-masing gais.
Kalau poket kita tak berapa dalam, tak mengapa. Kita ikhtiarkan 10 gram emas fizikal.
Kalau poket tak berapa dalam lagi, buat je autodebit RM200 setiap bulan.
Sebab Public Gold offer lucky draw auto debit menang 10g setiap bulan! Yang penting. Beli emas dapat emas. Tak perlu dijanjikan gandaan bulan bintang.
Itu akan bermasalah nanti. Tak perlu gais. Untuk mulakan simpanan emas, terus klik Icon WhatsApp dan terus hubungi saya.
Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.