Zaman universiti adalah masa terbaik untuk belajar banyak benda, termasuklah cara urus kewangan dengan bijak. Saya faham yang zaman belajar ni pun sibuk. Saya pernah lalui.
Sibuk dengan kuliah, assignment, dan aktiviti kampus, namun ini juga peluang untuk kita kumpul harta!
Sebenarnya inilah waktu terbaik untuk mula pupuk tabiat menyimpan. Bayangkan, hanya dengan RM100 sebulan, kalian dah boleh kumpul aset berharga – EMAS!
Apa yang best? Tak perlu tunggu gaji besar atau kerja tetap. Dengan mindset yang betul, pelajar muda berumur 18 tahun pun boleh mula simpan emas dan bina harta dari sekarang.
Jom kita tengok kenapa dan bagaimana simpan emas boleh jadi game changer untuk anda.
Kenapa Simpan Emas Waktu Muda Itu Berbaloi?
1. Nilai Sentiasa Stabil
Emas ialah antara aset yang paling stabil dari segi nilai. Walaupun ekonomi dunia turun naik, emas jarang turun nilainya secara drastik. Kalau anda simpan RM100 sebulan, setahun dah ada lebih kurang 3 gram emas. Bersamaan RM1,200 dengan nilai sekarang. Cukup buat hati lega, kan?
2. Belajar Disiplin Kewangan Lebih Awal
Simpan emas bukan sekadar tambah harta, tapi juga latihan untuk jadi lebih disiplin. Bila setiap bulan kita asingkan RM100, lama-lama jadi rutin. Bila dah bekerja nanti, mindset suka menyimpan ni automatik melekat.
3. Sediakan Payung Sebelum Hujan
Tak kisahlah zaman student atau selepas grad, kecemasan boleh datang bila-bila. Emas yang disimpan ni boleh dijual atau digadai bila perlu. Serba guna, kan?
Bagaimana Nak Mula? Mudah Je!
1. Tetapkan Bajet Bulanan
Tak perlu sasarkan jumlah besar. RM100 sebulan pun dah cukup bagus dan simpan dalam Akaun Emas GAP. Kalau ada lebihan duit PTPTN atau elaun, boleh jadikan sebagai permulaan. Kalau ada pendapatan sampingan, itu lebih baik!
2. Pilih Platform Yang Betul
Korang boleh mula simpan emas melalui platform seperti Public Gold. Sebab syarikat Public Gold ada rekod yang baik dan senang nak beli atau jual balik emas.
3. Konsisten Adalah Kunci
Tak kisah berapa jumlah simpanan, yang penting konsisten. Lama-lama, korang sendiri akan terkejut tengok gram emas yang terkumpul.
Kisah Inspirasi: Dari RM100 Sebulan Ke Harta Bernilai
Hari ini (17/11/2024), saya bantu dua orang pelajar universiti berumur 19 dan 22 tahun mula simpan RM100 dalam Akaun Emas GAP.
Saya ambil satu contoh pelajar umur 19 tahun ni. Kalau dia konsisten simpan emas RM100 sebulan, dalam masa setahun, dia dah ada 3 gram emas.
Umur 22 tahun, sebelum konvo, simpanan emas dah capai lebih kurang 9 gram. Dengan nilai RM3,600 (harga semasa), ini adalah pencapaian luar biasa untuk seorang pelajar!
Kawan-kawan lain mungkin guna duit PTPTN untuk shopping atau bercuti. Tapi, dia yang pilih untuk simpan emas waktu zaman belajar ni, dah selangkah ke depan dalam perancangan kewangan.
Bila mula bekerja nanti, dia dah ada head start untuk tambah lagi simpanan atau guna emas ni untuk target jangka panjang, contohnya untuk kahwin, nak beli rumah atau pergi haji/umrah.
Simpanan Emas, Masa Depan Cerah Menanti
Kita tahu zaman universiti memang mencabar. Duit sentiasa cukup-cukup, kadang-kadang kena berjimat makan nasi bujang je. Tapi percayalah, usaha kecil macam simpan RM100 sebulan ni akan jadi pelaburan paling bijak pernah anda buat.
Dengan emas, kalian bukan saja simpan duit, tapi simpan nilai. Inilah harta yang tak dimakan inflasi. Zaman student kalian dah mula bina tabiat simpanan yang betul, insya-Allah waktu kerja nanti lagilah pandai anda nak menguruskan duit.
Jadi, jom kita mulakan dari sekarang! Tanam azam untuk jadi student yang bijak urus harta, bukan hanya guna duit parents untuk berjoli semata. Kita mampu cipta kehidupan yang lebih baik bermula dari sekarang.
Pelajar Universiti Simpan Emas!
Mungkin sekarang anda rasa, “Ala, RM100 je pun, kecil sangat.” Tapi percayalah, dari nilai sekecil inilah yang akan menjamin masa hadapan anda nanti. Simpanan emas waktu muda bukan sekadar untuk nilai, tapi juga untuk tanamkan sifat disiplin dan bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri.
Bila dah biasa dengan mindset menyimpan, apa saja cabaran kewangan akan lebih mudah diatasi. Tambahan pula, anda dah ada aset bernilai yang boleh diwarisi atau dijadikan modal selepas tamat belajar nanti.
Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan perjalanan simpan emas hari ini, dan saksikan perubahan besar dalam kewangan kalian nanti.
Irfan Sa’id,
Saya mula simpan emas waktu usia 20 tahun.