Ramai yang mula sedar tentang kelebihan memiliki emas fizikal, tetapi tak semua tahu bahawa ada dua kategori utama dalam dunia simpanan emas. Ini penting kerana strategi, matlamat dan tindakan yang diambil oleh setiap kategori sangat berbeza.
Dua posisi utama dalam dunia emas fizikal adalah sebagai penyimpan emas dan pelabur emas. Kedua-duanya nampak serupa pada luarannya, namun jika kita teliti lebih mendalam, ada beza yang ketara dari segi matlamat dan pendekatan.
Siapa Itu Penyimpan Emas?

Penyimpan emas ialah mereka yang faham betapa pentingnya emas sebagai alat untuk simpanan jangka panjang. Matlamat utama mereka bukan untuk buat untung segera tetapi untuk menukar bentuk kekayaan daripada wang kertas kepada emas fizikal.
Emas dijadikan sebagai pelindung nilai, bukan alat spekulasi. Dalam erti kata lain, mereka simpan emas bukan sebab nak kaya cepat tetapi nak kekalkan nilai wang yang susut akibat inflasi.
Contohnya, jika berlaku kecemasan kewangan, penyimpan emas boleh menggunakan simpanan emas mereka dengan mudah. Emas boleh dibawa ke Ar-Rahnu dan digadai untuk mendapatkan pinjaman tunai segera.
Biasanya, kita boleh dapat sekitar 70 peratus daripada nilai emas semasa. Prosesnya ringkas dan tak perlu tunggu kelulusan yang rumit.
Antara ciri-ciri utama penyimpan emas:
- Mereka menyimpan untuk masa depan, bukan untuk dijual dalam masa terdekat.
- Menjadikan emas sebagai tabung kecemasan atau simpanan jangka panjang.
- Mengelakkan simpanan bocor akibat sifat boros dan perbelanjaan tak dirancang.
- Tak terlalu kisah sama ada harga emas naik atau turun kerana matlamatnya adalah jumlah gram, bukan nilai semasa.
- Konsisten menyimpan setiap bulan ikut bajet sendiri, tak kira harga tinggi atau rendah.

Perkara Menarik tentang Penyimpan Emas
Satu perkara menarik tentang penyimpan emas adalah, mereka lebih tenang bila tengok harga emas turun. Kenapa? Sebab itu peluang untuk tambah lebih banyak gram dengan harga lebih rendah.
Antara sebab kenapa penyimpan emas tak takut harga turun adalah kerana mereka sedar harga emas dalam jangka masa panjang akan meningkat juga. Dan setiap kali harga naik, nilai keseluruhan simpanan mereka juga meningkat.
Ada penyimpan emas yang menyimpan untuk dana perkahwinan, dana haji atau umrah, dana pendidikan anak, dan juga sebagai deposit rumah pertama. Bila dah capai target gram tertentu, mereka tukarkan semula kepada wang tunai jika perlu.
Penyimpan emas juga seronok dengan kepuasan emosi. Pegang sendiri emas fizikal seperti goldbar atau dinar memberikan satu rasa puas dan yakin. Tak sama macam tengok nombor dalam akaun bank.

Siapa Itu Pelabur Emas?

Pelabur emas pula mempunyai matlamat berbeza. Mereka membeli emas untuk tujuan keuntungan jangka sederhana atau panjang. Biasanya pelabur emas membeli dalam kuantiti besar, minimum 100 gram dan ke atas.
Pelabur emas fokus kepada turun naik harga emas. Mereka akan beli semasa harga rendah dan jual semasa harga tinggi. Untung diperoleh daripada perbezaan harga beli dan jual.
Ini berbeza dengan penyimpan emas yang tidak kisah sangat harga semasa. Pelabur emas pula sangat sensitif dengan harga.

Ciri-ciri utama pelabur emas:
- Membeli emas dalam kuantiti besar (100g ke atas) apabila harga jatuh.
- Menjual semula emas apabila harga naik untuk dapat keuntungan.
- Mempunyai ilmu pasaran emas global, termasuk faktor geopolitik, kadar faedah, dan inflasi.
- Menggunakan analisa teknikal dan fundamental untuk ramal pergerakan harga.
- Bersedia ambil risiko untuk mendapatkan pulangan.
Pelabur Emas Perlu Ada Ilmu Ini
Pelabur emas biasanya lebih aktif. Mereka akan perhatikan carta harga emas setiap hari, menganalisis trend dan membuat keputusan berdasarkan maklumat pasaran.
Namun begitu, ada cabaran besar bagi pelabur emas, iaitu perasaan sayang nak lepaskan emas yang sudah dibeli. Ramai juga pelabur jadi penyimpan tanpa sedar apabila tak sanggup jual emas walaupun harga dah naik. Ini berlaku bila tiada disiplin pelaburan.
Jika anda minat menjadi pelabur emas, anda perlu bersedia dari segi ilmu dan juga modal. Anda boleh belajar dari pakar seperti Tuan Noor Shufaad, yang sering mengadakan kelas analisis teknikal harga emas.
Ilmu ini sangat penting untuk anda buat keputusan berdasarkan data, bukan emosi.

Mana Satu Sesuai Dengan Anda?
Sekarang anda dah kenal perbezaan antara penyimpan emas dan pelabur emas. Jadi, anda boleh nilai sendiri anda berada di posisi yang mana satu.
Jika anda baru mula, sangat disarankan untuk bermula sebagai penyimpan emas terlebih dahulu. Anda boleh mulakan dengan RM100 atau 1 gram melalui Akaun Emas GAP Public Gold.
Ini adalah cara paling mudah dan fleksibel untuk bina simpanan emas secara konsisten.
Selepas simpanan anda makin kukuh dan anda faham pergerakan harga emas, barulah anda boleh mula belajar menjadi pelabur emas secara berperingkat.
Tiada yang salah dalam kedua-dua kategori ini. Yang penting, anda tahu matlamat anda dan bertindak mengikut strategi yang sesuai.
Seperti kata guru emas saya, masa terbaik untuk beli emas adalah 10 tahun lepas. Masa kedua terbaik ialah hari ini.
Jom Mula Simpan Emas Hari Ini
Saya sendiri sudah bantu ratusan orang mula menyimpan emas melalui platform Public Gold. Anda juga boleh jadi sebahagian daripada komuniti penyimpan emas yang semakin membesar.
Jika anda masih keliru, saya sedia bantu. Anda boleh terus hubungi saya atau sertai Telegram channel saya untuk tips, panduan dan promosi terkini berkaitan emas.
Mula dengan langkah pertama hari ini. Tak perlu tunggu kaya untuk simpan emas, tapi simpan emas untuk jadi lebih tenang dan bebas kewangan suatu hari nanti.
Irfan Sa’id,
PG00246861.
Klik link ini untuk join Channel Telegram saya.