Public Gold tambah kilang emas lagi! Alhamdulillah ini adalah satu lagi batu loncatan bagi Public Gold. Pada tarikh 7 Mei 2024, majlis pecah tanah telah diadakan di Pulau Pinang.
“Syarikat logam berharga utama di Malaysia, Public Gold melabur sebanyak RM30 juta bagi pembinaan sebuah pusat penapisan emas kendiri bertaraf dunia yang pertama di negara ini di Zon Perindustrian Fasa 1 Batu Kawan di sini.” Petikan akhbar Sinar Harian
Membuka Pusat Penulenan Emas
Pernahkah anda terfikir apa fungsi sebenar kilang penulenan emas (Gold Refinery Centre)? Untuk pengetahuan anda, ia berfunsi untuk menukarkan emas berkualiti rendah kepada emas tulen berkualiti tinggi secara besar-besaran.
Bayangkan menukar emas terpakai kepada emas 999.5 atau 999.9 yang berkilau!
Mengapa Ia Penting?
Kilang penulenan emas memainkan peranan penting dalam menukarkan emas berkepekatan rendah kepada bullion berkualiti tinggi. Emas terpakai dari perhiasan lama atau lombong emas, sering dicampur dengan logam lain, akan ditambah baik di sini.
Situasi Semasa
Pada masa ini, Public Gold menghantar jumlah besar emas terpakai (ratusan kilogram) ke luar negara untuk dipulihkan. Ini melibatkan kos penulenan dan import ke Malaysia semula.
Keputusan Penting
Keputusan Public Gold untuk membina kilang penulenan emas sendiri merupakan satu keputusan penting. Ia bukan sahaja menjimatkan masa dan menjimatkan perbelanjaan, tetapi juga meningkatkan jualan emas fizikal.
Kesan Terhadap Public Gold
Dengan jumlah jualan tahunan melebihi RM1.3 bilion (B2C) dan pembelian bulanan emas terpakai yang mencapai puluhan juta, memiliki kilangnya tersendiri adalah satu langkah yang bijak untuk Public Gold.
Manfaat kepada Industri Tempatan
Selain memberi manfaat kepada Public Gold, kilang tempatan membuka pintu kepada industri emas tempatan. Ia menjimatkan masa dan wang berbanding menggunakan kilang luar negara.
Prospek Masa Depan
Dengan kapasiti penulenan sebanyak 10 tan setahun, boleh diperluaskan kepada 20 tan, kilang Public Gold menawarkan peluang yang menarik untuk Malaysia. Ia juga boleh menjadi kilang yang diiktiraf oleh LBMA pada masa hadapan.
Potensi Malaysia
Dalam masa kira-kira 18 bulan, Malaysia mungkin akan mempunyai kilang yang diiktiraf oleh LBMA, seumpama Singapura. Langkah ini membawa peluang besar kepada Public Gold, industri emas tempatan, dan Malaysia secara keseluruhannya.
Pembukaan Kilang Emas Public Gold
Tahniah kepada Public Gold atas langkah berani ini, membawa berita baik kepada industri emas Malaysia!
Irfan Sa’id,
Master Dealer Public Gold