Public Gold vs Bank: Dua dunia berbeza – Ramai orang baru nak mula simpan emas selalu tanya “Apa beza Public Gold dengan emas bank? Bukan sama-sama jual emas ke?”
Soalan ni memang biasa, tapi jawapan dia penting. Kalau kita faham beza antara Public Gold vs Bank, baru kita boleh pilih dengan bijak. Sama ada nak simpan emas digital semata, atau emas fizikal yang boleh dipegang sendiri?
Harga emas di Public Gold
Saya dah pesan awal-awal, Public Gold ni serupa je macam syarikat emas biasa. Kalau ada orang perli harga emas PG mahal sebab nak bayar komisyen dealer, agaknya dia memang jarang pergi kedai emas.
Contohnya siang tadi dan ini jadual harga untuk rujukan:


PG pula hari ni jual emasnya pada harga RM627/gram dan harga beli balik pun tinggi. Yang menariknya, semua urusan boleh dibuat dalam app Public Gold 24 jam. Nak beli boleh, nak jual balik emas lama pun boleh. Semua tersusun dan telus.
Public Gold vs Bank: Emas fizikal vs emas digital
Selain itu, ramai orang suka bandingkan Public Gold dengan institusi kewangan atau bank. Tapi sebenarnya, dua dunia ni berbeza.
Bank lebih fokus kepada emas digital, iaitu akaun simpanan berasaskan nilai, bukan emas fizikal. Sesetengahnya tak boleh keluarkan emas, hanya boleh jual semula dalam sistem mereka.
Public Gold pula, sejak tahun 2008 lagi dah jadi perintis sistem beli emas fizikal secara online. Pelanggan boleh beli, boleh juga simpan dalam akaun GAP, dan bila cukup berat yang diinginkan, boleh keluarkan emas fizikal tersebut.
Itu perbezaan yang paling besar. Public Gold ajar orang real ownership, bukan sekadar number dalam akaun. Itu sebab ramai pelanggan Public Gold tetap setia. Sebab mereka tahu, emas sebenar hanya bermakna bila boleh dipegang.
Sistem dan kemudahan: Public Gold ada ekosistem lengkap

Public Gold bukan sekadar jual emas. Tertubuhnya Public Gold melalui pembinaan satu ekosistem penuh untuk pemilik emas fizikal.
✅ Boleh lock harga 24 jam ikut pergerakan harga pasaran antarabangsa
✅ Ada akaun GAP (Gold Accumulation Program) untuk simpanan kecil
✅ Boleh pilih simpan sendiri atau dalam vault PG
✅ Buyback telus, harga dipaparkan terbuka setiap hari
✅ Aplikasi mudah alih & website untuk semak harga dan urus akaun
Dan paling penting, Public Gold kekal kukuh lebih 15 tahun dalam industri. Tak pernah sekalipun terpalit dengan isu pelanggan tak dapat emas yang dibeli ataupun duit jualan emas tak diserahkan pada pelanggan.
Baca di sini: Apa Itu Akaun Emas GAP dan Cara Bermula
Peranan dealer emas bukan sekadar ambil komisyen
Ramai juga salah faham ingat dealer ni sekadar ‘ambil untung’. Padahal dealer ni sebenarnya fungsi macam remisier saham juga.
Dealer lah yang bantu pelanggan:
-
Pantau harga semasa
-
Lock harga masa market volatile
-
Semak order dan urus dengan HQ
-
Bantu kalau ada isu claim, delivery, atau jual balik emas di Public Gold
-
Educate pelanggan cara simpan emas dengan betul
Dealer bukan duduk dalam pejabat bank, dia turun padang, bantu masyarakat bina simpanan sebenar. Dan itulah yang menjadikan ekosistem Public Gold manusiawi dan dekat dengan pelanggan.
Isu Dengki dalam dunia emas
Saya nak berterus terang. Dalam dunia emas ni, bukan semua orang jujur nak kongsi ilmu. Ada yang suka bahan dealer, konon dealer nak tunjuk pandai, tapi sebenarnya tak faham sistem.
Setiap kali ada dealer kongsi pasal emas, mesti ada suara sinis:
“Ala, jual mahal sebab nak komisyen.”
“Baik beli dekat bank, tak payah melalui orang tengah.”
Sedangkan ramai tak tahu dealer ni pun sama-sama cari rezeki halal. Dia bantu orang lain faham dan mula menyimpan.
Cuba fikir kalau orang jual kereta boleh dapat komisyen, orang jual rumah pun boleh, kenapa bila dealer emas dapat sikit, terus jadi bahan? Padahal komisyennya 1% – 2% sahaja asasnya.
Kalau kita sama-sama cari rezeki, kenapa nak dengki? Sama-sama kita dalam industri emas ini, patutnya angkat imej emas Malaysia, bukan jatuhkan sesama sendiri.
Bila makin ramai celik simpan emas, bukan dealer je yang untung tapi seluruh masyarakat. Sebab makin ramai rakyat faham nilai emas sebenar, makin kuat ekonomi negara kita.
Public Gold dan kelebihan jangka panjang

Kalau kita tengok dari sudut jangka panjang, Public Gold bukan sekadar tempat beli emas. Ia adalah komuniti kewangan alternatif yang mendidik masyarakat tentang nilai wang dan inflasi.
Public Gold ajar orang:
-
Faham kenapa duit makin susut nilai
-
Macam mana emas boleh jadi simpanan kukuh tanpa risiko hutang
-
Cara beli emas sikit-sikit tanpa tekanan
Sebab tu ramai pelanggan yang mula dengan 1 dinar atau 1 gram hatta serendah RM100, akhirnya jadi penyimpan konsisten dan berjaya.
Pilihan bijak antara Public Gold vs Bank
Kalau nak banding Public Gold vs Bank, bandinglah dari sudut matlamat pelaburan. Bank tawarkan simpanan emas digital, sesuai untuk yang suka trading jangka pendek dan tak suka fizikal.
Public Gold tawarkan pemilikan emas fizikal sebenar, sesuai untuk simpanan jangka panjang dan kestabilan nilai.
Dua-dua ada tempat masing-masing. Cuma kalau matlamat kita nak bebas kewangan dan pegang aset sebenar, Public Gold terbukti bagi peluang lebih luas dengan sistem yang dah teruji sejak 2008.
Kesimpulan akhir
Dalam dunia kewangan yang penuh ketidaktentuan, emas fizikal tetap simbol kestabilan dan kebebasan. Dan bila ada platform seperti Public Gold, rakyat biasa pun boleh mula jadi penyimpan emas tanpa perlu bergantung pada institusi besar.
Akhirnya, bukan soal siapa lebih murah atau siapa lebih popular. Yang penting, siapa yang bantu kita miliki emas sebenar dan faham nilainya.
Jadi, sebelum bahan dealer atau banding harga semata, tanya diri kita, kita nak simpan emas digital, atau jadi pemilik emas sebenar?
Irfan Said,
Simpan Emas dengan Ilmu.