Rumah vs Emas: Pelaburan Mana Lebih Bijak?

Rumah vs Emas

Siapa sangka, jutawan pun boleh pening kepala nak pilih pelaburan. Anda dah ada rumah yang selesa, simpanan pun cukup. Tiba-tiba nampak iklan dua peluang menarik di Facebook.

Beli rumah pelaburan bernilai RM500,000 atau jongkong emas seberat 1 kilogram dengan harga RM469,000. Macam menarik dua-duanya, kan?

Jom kita bedah pilihan ini satu persatu supaya anda boleh buat keputusan bijak tanpa pening kepala!

Rumah vs Emas, Mana satu pelaburan yang lebih menguntungkan?
Rumah vs Emas, mana satu pelaburan yang lebih menguntungkan?

Pelaburan Rumah: Pulangan Tinggi, Tapi Leceh?

Rumah memang popular untuk pelaburan kerana ia boleh jana pendapatan pasif melalui sewaan. Contohnya, homestay atau villa percutian yang selalu penuh tempahan pada musim cuti.

Nilai hartanah memang meningkat saban tahun, tapi kena bersabar kerana ia mengambil masa. Kalau nak jual pun tak semudah ABC. Perlukan peguam, pembeli dan prosesnya panjang, boleh berlarutan sehingga beberapa bulan.

Emas vs Rumah, Proses Jual rumah di Malaysia
Proses jual rumah di Malaysia

Belum lagi dikira kos tambahan seperti yuran guaman (sekitar RM2,000–RM5,000), cukai keuntungan hartanah (RPGT) yang boleh mencecah RM30,000, dan kos repair serta penyelenggaraan tahunan yang boleh menelan belanja RM10,000.

Kalau guna ejen hartanah, kena bayar komisen sekitar RM15,900 pula untuk rumah berharga RM500,000! Banyak juga kerja dan kos tersembunyi yang anda kena bersedia.

Jongkong Emas 1kg: Simple, Cepat, dan Mudah Cair

Sekarang jom tengok emas pula. Jongkong emas seberat 1 kilogram bernilai sekitar RM469,000. Keistimewaan emas ialah nilainya yang sentiasa ikut harga pasaran dunia, menjadikannya aset yang stabil untuk simpanan jangka panjang.

Kelebihan lain, emas sangat mudah untuk dicairkan, tak perlu tunggu lama-lama. Syarikat seperti Public Gold siap tawarkan jaminan belian balik, jadi tak perlu pening cari pembeli individu.

Rumah vs emas. Lock emas 1 kilo dan dapat percuma 5g! Boleh beli guna app sahaja
Lock emas 1 kilo dan dapat percuma 5g! Boleh beli guna app sahaja

Kosnya pun sangat minimum, hanya sekitar RM250 untuk upah emas. Kalau anda risau keselamatan, boleh guna safe deposit box dengan caj tahunan RM350 sahaja. Public Safe kan ada!

Tiada lagi kos repair, tiada kos cukai tambahan, dan yang penting, tak pening kepala nak urus! Sesuai sangat kalau anda nak aset yang ringkas tapi bernilai tinggi.

Risiko yang Anda Perlu Pertimbangkan

Walaupun emas kelihatan menarik, ada juga beberapa risiko yang anda perlu fahami. Harga emas boleh turun naik dalam jangka pendek, jadi jika anda perlukan wang segera pada waktu harga emas rendah, anda mungkin mengalami kerugian kecil.

Namun, jika anda pegang emas untuk tempoh panjang, biasanya pulangannya positif.

Sebaliknya, risiko hartanah pula termasuklah kecairan yang rendah. Jika anda perlu duit segera, hartanah mungkin bukan pilihan yang terbaik kerana proses jualan mengambil masa yang lama.

Selain itu, kos tambahan yang tersembunyi seperti cukai, kos guaman dan kos penyelenggaraan juga boleh mengurangkan keuntungan anda dalam jangka panjang.

Promosi Kilobar Public Gold
Promosi Kilobar Public Gold, Dapat 5g percuma bila anda beli 1 Kilo

Rumah vs Emas: Mana Lebih Sesuai Untuk Anda?

Kalau anda dah banyak rumah dan inginkan aset yang senang urus, emas jelas menjadi pilihan terbaik. Tak perlu pening kepala dengan kos tambahan, proses jual beli pun sangat mudah.

Tapi, kalau matlamat anda memang nak bina portfolio hartanah yang kukuh dan jana pendapatan pasif berterusan, rumah tetap pilihan yang kukuh.

Apa pun, setiap pelaburan perlu berdasarkan tujuan kewangan anda, bukan ikut trend atau cakap-cakap orang semata-mata. Jadi, tepuk dada tanya selera, mana satu pilihan hati? Kalau ada emas 1kg dan rumah pelaburan lagilah terbaik!

Kenapa harus pilih salah satu sedangkan anda mampu memiliki kedua-duanya sekali.

P/s: Saya hanya kongsi pandangan peribadi. Nak tahu lebih lanjut atau berminat beli emas 1 kilo, bolehlah PM tepi! Sekarang, Public Gold tengah buat promosi beli 1kg, dapat percuma 5g emas. Ada pilihan bayaran untuk 10 bulan juga.

Jangan lepaskan peluang ini. Sah sehingga 31 Mei 2025 sahaja!

Irfan Sa’id,
Anak muda simpan emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *