Sejarah Emas Di Dunia

Sejarah tentang emas yang perlu kita tahu. Iyalah, mana nak jatuh cinta kalau tak kenal kan. Terutamanya tentang macam mana emas diputuskan hubungan dengan dollar dan bermulanya era mengeksploitasi duit fiat.

Jadi, jom kita tengok apa yang seronok sangat tentang emas ini.

Kelahiran Emas sebagai Simbol Kekayaan

Sejarah emas bukan waktu zaman Mesir Kuno sahaja sebagai lambang kekayaan. Tamadun-tamadun besar lain seperti Empayar Rom dan Yunani juga menjadikan emas sebagai lambang kekuasaan mereka.

Di Rom, emas digunakan sebagai mata wang yang sangat bernilai.

Penggunaan emas dalam perdagangan membantu Rom berkembang menjadi sebuah empayar yang kuat. Selain itu, emas juga sering kali dikaitkan dengan dewa-dewi dalam mitologi Yunani.

Emas telah digunakan sejak berabad tahun lamanya
Emas telah digunakan sejak berabad tahun lamanya

Maksudnya, ia menunjukkan betapa pentingnya emas dalam budaya dan kepercayaan mereka. Emas bukan sahaja berfungsi sebagai mata wang tetapi juga sebagai lambang status dan kehormatan dalam tamadun-tamadun ini.

Melalui sejarah emas, kita dapat melihat bagaimana logam berharga ini memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun-tamadun besar dunia.

Peranan Emas dalam Penjajahan dan Eksplorasi

Sejarah emas turut membawa kita kepada zaman penjajahan dan eksplorasi. Pada abad ke-15 dan ke-16, emas menjadi salah satu punca utama kepada perlumbaan penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah.

Dalam usaha mencari emas, penjajah Eropah meneroka wilayah-wilayah baru, merampas kekayaan tempatan dan mencetuskan perubahan besar dalam peta dunia, lebih spesifik di negara tercinta ini.

Sejarah emas di Tanah Melayu
Emas di Tanah Melayu pada satu ketika dahulu

Kita boleh lihat bagaimana sejarah emas telah mencorak perjalanan sejarah Tanah Melayu, dan perubahan dalam kuasa geopolitik. Seperti apa yang berlaku di Vietnam juga.

Sejarah emas di Vietnam
Kim Thanh Refinery Gold Leaf

Kepingan emas yang diberi nama ‘Kim Thanh’, dibawa lari oleh rakyat mereka ketika berlaku peperangan di sana. Emas ini boleh disorokkan hatta hingga ke dalam lipatan & jahitan baju tau!

Matawang Terputus Hubungan dengan Emas

Ini subtopik yang perlu diberi penekanan. Sebabnya ramai yang tak tahu tentang sejarah ini dan bagaimana pencetakan duit kertas yang berleluasa menyebabkan masalah inflasi.

Jom kita kaji.

Hubungan antara emas dan dolar Amerika Syarikat (USD) mengalami perubahan besar pada awal 1970-an, satu era yang dikenali sebagai pengakhiran “Gold Standard”.

Pada tahun 1944, selepas Perang Dunia Kedua, dunia menerima pakai sistem Bretton Woods, di mana USD menjadi mata wang rizab antarabangsa yang disokong oleh emas.

Dengan setiap USD ditukar dengan nilai emas tertentu, sistem ini memberikan kestabilan dalam perdagangan antarabangsa.

Dollar Amerika yang masih lagi didukung oleh emas
Dollar Amerika yang masih lagi didukung oleh emas

Namun, pada akhir 1960-an dan awal 1970-an, ekonomi Amerika Syarikat menghadapi cabaran besar, termasuk inflasi yang tinggi dan defisit perdagangan yang semakin meningkat.

Negara-negara lain mula ragu-ragu terhadap kekuatan USD, dan permintaan untuk menukar dolar dengan emas semakin meningkat.

Untuk mengatasi masalah ini, Presiden Richard Nixon pada 15 Ogos 1971, mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan menghentikan penukaran dolar dengan emas, tindakan yang dikenali sebagai “Nixon Shock”.

Langkah ini secara efektif menamatkan Gold Standard, dan USD mula terapung bebas di pasaran antarabangsa, nilai mata wang tersebut kini ditentukan oleh bekalan dan permintaan di pasaran.

Nixon Shock – Emas terputus dengan Dollar

Emas tidak lagi menjadi asas kepada nilai mata wang, dan harga emas mula bergerak bebas berdasarkan faktor ekonomi dan geopolitik.

Keputusan ini menandakan permulaan era sistem kewangan moden yang kita kenali hari ini, di mana emas lebih dilihat sebagai aset pelaburan berbanding sebagai penjamin nilai mata wang.

Perubahan ini pada tahun 1970-an adalah detik penting dalam sejarah ekonomi global, dan ia mengubah cara dunia melihat emas dan mata wang.

Sejak itu, emas telah menjadi pelaburan utama, dan nilainya telah meningkat dengan ketara, mencerminkan ketidakpastian ekonomi global dan kepercayaan berterusan manusia terhadap nilai emas sebagai aset yang selamat.

Emas Masih Relevan Hingga Ke Hari Ini

Itulah serba sedikit pengetahuan saya tentang kisah silam emas. Banyak lagi kisah lama berkenaan dengan emas untuk dibungkah dan dipertontonkan kepada umum.

Kini, dalam dunia yang penuh dengan ketidakpastian ekonomi, emas kekal sebagai pilihan yang dipercayai ramai orang untuk melindungi kekayaan mereka.

Jadi, walaupun hubungan antara emas dan mata wang telah berubah, daya tarikannya tetap utuh.

Jika ada masalah duit simpanan yang selalu bocor, dan nak pastikan duit simpanan bertahan lama, simpanlah tunai cukup sekadar 3 – 6 bulan pendapatan.

Selebihnya lebih baik disimpan dalam bentuk emas. Modal untuk mula menyimpan emas pun dah murah sangat sekarang. Serendah RM100 pun dah boleh mula dalam Akaun GAP Public Gold.

Simpan emas Public Gold dengan Irfan Sa'id

Membimbing lebih 400 orang penyimpan emas seluruh Malaysia. Jom saya bantu anda simpan emas serendah RM100. Jemput ke Channel Telegram saya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *