Simpan Emas Konsisten: Kisah Encik Ahmad & Strategi Kekayaan

Hasil simpanan selepas 15 tahun, simpan emas dengan konsisten

Simpan emas konsisten — itulah rahsia mudah tapi berkuasa yang membezakan pelabur biasa dengan yang berjaya. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kisah nyata Encik Ahmad yang mula beli emas tahun 2011, meneruskan strategi simpan emas konsisten sepanjang turun naik pasaran.

Dan kini beliau menikmati hasil yang luar biasa. Jika anda tertanya-tanya sama ada “rugi ke beli emas dulu?”, baca sampai habis kerana anda mungkin akan terinspirasi untuk mula simpan emas dengan konsisten hari ini.

Kisah Inspirasi: Encik Ahmad & Simpanan Emas

1. Permulaan 2011: Berani Bermula

  • Pada tahun 2011, Encik Ahmad ketika itu berumur 28 tahun memilih untuk membeli 20 gram emas pertama dengan modal RM3,000 (harga ~RM150/gram).

  • Ramai rakan-rakan disekitarnya sibuk beli kereta, tukar telefon, termasuk skim pelaburan cepat kaya, tetapi Encik Ahmad memilih jalan yang lain.

  • Beliau pilih untuk menyimpan emas secara konsisten.

2. 2013–2015: Waktu Harga Emas Diuji

  • Dalam jangka masa ini, harga emas dunia turun, dari RM165 ke ~RM145/gram.

  • Ramai orang takut dan berhenti membeli emas, tetapi Encik Ahmad tidak berganjak. Dia terus membeli ~20g setiap tahun, menganggap waktu itu sebagai diskaun besar-besaran.

  • Ini menggambarkan prinsip “cost averaging”, iaitu beli secara konsisten walaupun pasaran turun.

3. 2019–2020: Tekanan Pandemik & Lonjakan Harga

  • Apabila COVID-19 melanda dunia, ramai panik dan jual pelaburan lain sebab pasaran jatuh teruk. Masa tu, emas jadi tempat selamat, harga pun naik sampai sekitar RM250 – RM300 segram.

  • Pada masa itu, beliau telah memiliki ~200 gram emas, bernilai lebih kurang RM50,000

4. 2024–2025: Hasil Setelah 15 Tahun

  • Setelah 15 tahun, jumlah modal keseluruhan yang dilabur adalah kira-kira RM70,960

  • Emas yang dikumpul: ~300 gram

  • Nilai pasaran semasa: ~RM177,000

  • Untung bersih ≈ RM106,040

  • Purata kos ≈ RM236/gram

  • Harga semasa ≈ RM590/gram

Fakta menarik: bila dia perlukan tunai, dia boleh gadai sebahagian emas ke Ar-Rahnu dan tebus balik. Walaupun begitu, keuntungan tetap terjamin.

Hasil simpanan selepas 15 tahun, simpan emas dengan konsisten
Hasil simpanan selepas 15 tahun

Kenapa Simpan Emas Secara Konsisten Itu Berkesan?

Berikut beberapa prinsip & faktor kenapa strategi ini padu:

1. Hedging terhadap inflasi

Wang fiat kita semakin susut nilai setiap tahun. Jika RM3,000 boleh beli 20g tahun 2011, hari ini RM3,000 mungkin hanya mampu beli ~5g. Menyimpan emas konsisten membantu melindungi nilai kekayaan.

2. Kurangkan tekanan emosi

Bila anda fokus pada strategi jangka panjang, turun-naik seketika tidak menggugat disiplin anda. Anda tidak tergoda untuk lari dari emas bila harganya jatuh.

Sekarang tahun 2025, RM3k dapat beli 5 gram emas je
Sekarang tahun 2025, RM3k dapat beli 5 gram emas je

3. Manfaat cost averaging

Dengan membeli pada harga turun dan harga naik, purata kos anda jadi lebih stabil. Teknik ini mengurangkan risiko memilih waktu yang salah.

4. Likuiditi & fleksibiliti

Emas boleh digadai (contoh: Ar-Rahnu) apabila perlukan tunai, tanpa perlu jual semuanya. Ini memberi fleksibiliti apabila ada kecemasan yang perlukan tunai segera.

5. Kekayaan bukan dari beli banyak sekaligus

Ramai orang fikir kekayaan datang dari melabur banyak duit pada satu masa. Tapi kisah ini menunjukkan yang penting adalah konsistensi, bukan besarnya modal permulaan.

Soalan Lazim (FAQ)

– Adakah rugi beli emas tahun 2011 dulu?

Secara relatifnya, tidak, seperti kisah Encik Ahmad! Harga naik, nilai inflasi wang mengurangkan nilai RM itu sendiri, jadi emas menjadi tempat pelaburan yang selamat.

– Kalau harga emas jatuh, patutkah saya berhenti?

Tidak, strategi penyimpan emas adalah anda terus membeli walau harga turun. Justeru itu, harga turun boleh dianggap diskaun.

– Bagaimana nak mula kalau saya tidak ada modal besar?

Mulakan dari kecil. Misalnya RM100 dalam Akaun GAP Public Gold. Lebih penting adalah disiplin dan berterusan.

– Bolehkah saya gabungkan dengan pelaburan lain (saham, hartanah)?

Ya, semestinya. Pelbagaikan portfolio pelaburan dan elakkan hanya bergantung pada satu sumber sahaja.

Penutup: Nilai Masa, Nilai Emas, Nilai Kesabaran

Dalam dunia sekarang, semua orang nak cepat kaya tapi ramai lupa, kekayaan sebenar datang perlahan-lahan, daripada tindakan kecil yang dibuat dengan disiplin.

Setiap gram emas yang Encik Ahmad simpan ada makna. Dia tahu nilai duit makin susut, jadi dia pilih lindung nilai dengan emas. Bila harga turun, dia tenang. Bila harga naik, dia tak overreact. Dia cuma teruskan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sekarang, bila kawan-kawan mula tanya “macam mana nak mula?”, Encik Ahmad senyum saja. Sebab dia tahu, yang paling susah bukan cari masa terbaik nak beli emas, tapi kekal konsisten walaupun hasilnya belum nampak.

Saya Irfan Said,
Inilah falsafah saya, simpan emas dengan ilmu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *