Ada yang bertanya kepada saya, “Irfan, simpanan emas tulen ni memang mahal ke?”
Sebenarnya, harga emas memang mahal! Meskipun harganya pernah mencecah paras terendah untuk tahun 2021, nilainya tetap tidak tergugat. Kenapa saya mengatakan begini? Ini kerana emas berdiri dengan nilainya sendiri dan tidak memerlukan jaminan sesiapa untuk menjadikan aset ini bernilai.
Kelebihan Simpanan Emas Tulen Berbanding Wang Kertas
Emas bukannya logam biasa yang boleh dijumpai di merata tempat. Ianya terhad! Emas juga tidak seperti wang fiat yang memerlukan jaminan sesebuah negara. Wang kertas yang kita simpan hari ini hanyalah sehelai kertas yang tidak berharga andai ia tidak lagi diperakukan oleh kerajaan.
Lihat sahaja sejarah duit kertas RM 2, RM 500 dan RM 1,000 di Malaysia. Adakah sekarang ia masih boleh digunakan untuk membeli barang keperluan kita di pasar raya?
Pastinya tidak. Namun, jika anda mempunyai simpanan emas dalam bentuk dinar, anda masih boleh menggunakannya untuk membeli seekor kambing pada bila-bila masa. Siapa sahaja yang akan menolaknya?

Ketulenan Adalah Kunci Kekayaan
Jongkong emas, dinar emas, hatta barang kemas sekalipun, apabila dikaitkan dengan emas sahaja, kesemua aset ini tersangatlah mahal. Asalkan ianya emas tulen dan telah disahkan, nilainya akan sentiasa tinggi.
Contohnya, produk seperti goldbar dan dinar dari Public Gold (Outbound Link) yang disahkan oleh Assayer bertauliah, Tuan Abdul Shukor Anuar. Ketulenan yang terjamin memastikan pelaburan anda selamat.
Anda boleh menyemak Panduan Akaun GAP saya untuk langkah permulaan yang betul.
Nilai Sentimental dan Masa Depan
Lebih-lebih lagi kalau goldbar dan dinar emas ini dijadikan sebagai mas kahwin untuk melangsungkan perkahwinan. Sentimental value yang hadir itu lebih bermakna dari seisi dunia! Ia bukan sekadar hantaran, tetapi merupakan satu bentuk insurans kewangan untuk keluarga kecil yang baru dibina.
Jangan risau jika anda belum mempunyai modal yang besar. Biarlah emas sekecil 0.5 gram atau 0.38 gram sekalipun, ia tetap mempunyai nilai yang sangat berharga.
Melalui akaun GAP, anda boleh memiliki simpanan emas tulen bermula dengan modal serendah RM 100 sahaja. Ini adalah cara paling efisien untuk melindungi kekayaan anda daripada inflasi yang semakin meningkat setiap tahun.
Haa follow rapat-rapat untuk lebih banyak tips kewangan!
Irfan Sa’id
Emas: Insurans Kewangan Anda.


