Simpanan emas untuk jangka panjang, paling kurang 3 tahun. Dulu saya ingat nak simpan emas ini kena tunggu harga murah, baru boleh beli. Rupanya tak!
Mujurlah kesilapan tu saya sedar dari awal. Asbab itu jugalah saya mampu capai simpanan emas 130 gram ketika usia 24 tahun.
Kenangan Beli Emas Waktu Covid-19
Saya mula simpan emas pada tahun 2020, ketika usia 20 tahun. Masih lagi seorang mahasiswa namun saya mendapat kesedaran awal tentang emas.
Pembelian pertama saya pada tarikh 15/7/2020 bermula dengan RM100 dalam Akaun Emas GAP. Waktu itu, harga emas RM267 segram. Tak lama lepastu, saya pun beli 1 dinar (4.25g) berharga RM1,146 Full Payment.
Ketahui 3 Cara Simpanan Emas Public Gold
Kenangan Beli Emas Harga Tertinggi
Pembelian emas saya tak terhenti setakat itu. Saya teruskan lagi niat mengumpul emas dan pada ketika harga emas tengah mahal, saya buat satu keputusan besar.
Saya decide untuk alihkan sebahagian besar dari simpanan saya kepada emas dan membeli 30 gram emas pada tahun 2020. Ketika itu, harga emas cecah RM294 segram.
Beberapa hari selepas itu, emas mencatatkan harga tertinggi iaitu RM305 segram. Persoalannya, kenapa saya beli emas walaupun waktu tu tengah mahal?
Sebab Saya Tahu Tujuan Saya Simpan Emas
Betul, tepat sekali. Tujuan dan matlamat asal saya untuk simpan emas tak membuatkan saya ragu-ragu langsung. Yang paling penting adalah saya berjaya capai target gram emas yang dikehendaki.
Ini pengalaman saya sendiri. Tahun 2020 antara tahun yang harga emas cepat sangat naik dan turun. Bayangkan dalam masa beberapa minggu, dari RM267 segram naik jadi RM305 segram.
Sama macam situasi sekarang. Yes, it is exactly the same!
Tapi sekarang harga bukan lagi RM305 la. Sekarang dah naik RM409 segram. Harga emas catatkan paras tertinggi. 1 kilo emas Public Gold pun berharga RM400,00!
Kalau ikutkan untung, saya dah untung pun. Total kenaikan gold bar 20 gram saya cecah 28% secara keseluruhan dengan annualised return 6.03% setahun!
Tapi saya belum lagi nak jual. Sebabnya?
Tak Ada Keperluan Nak Jual
Tak, saya takde keperluan pun buat masa ini. Emas ni jika kita takde keperluan nak jual, tak perlu jual. Jual ketika dah capai matlamat simpanan sahaja.
Contoh nak buat haji, jadi boleh jual dan gunakan untuk tujuan nak buat ibadah tersebut.
Sebagai penyimpan emas selama 4 tahun, saya dah banyak kali melihat harga emas mencapai harga tertinggi.
Jadi, saya nak kongsikan sikit tips.
Tips Penting Buat Anda
Bagi yang sudah ada akaun emas dengan Public Gold, fokus untuk menambah gram emas tanpa terlalu memikirkan harga sama ada tinggi atau rendah.
Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang, jadi anda pasti akan menemui harga emas yang paling tinggi dan juga ketika ia jatuh banyak. Namun, ini semua adalah di luar kawalan kita.
Keputusan yang dalam tangan kita ialah bila nak beli untuk tambah gram emas atau bila nak jual untuk ambil keuntungan.
Kalau dah untung dan ingin jual, jual dengan senyuman.
Kalau nak tambah gram, tambah dengan senyuman.
Selagi kita terlalu fokus pada harga, semakin sukar untuk menambah gram emas kerana kita dikawal oleh angka-angka RM. Ingat, kunci untuk menjadi penyimpan emas yang berjaya adalah konsisten!