SST Malaysia 2025: Update Terbaru Mulai 1 Julai

Mulai 1 Julai 2025, sistem cukai di Malaysia akan mengalami perubahan besar melalui pelaksanaan struktur baharu dalam Sales and Service Tax (SST). Perubahan ini menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya dalam kalangan pelabur dan penyimpan emas.

Adakah emas akan dikenakan cukai? Kalau ya, emas jenis mana? Dan apakah strategi terbaik untuk terus menyimpan emas tanpa terbeban dengan cukai yang tinggi?

Dalam artikel ini, kita akan bincang dengan bahasa yang mudah untuk bantu anda yang baru nak mula simpan emas, ataupun yang dah lama menyimpan tapi masih keliru dengan cukai terbaru ini.

Mari kita faham satu per satu.

Apa Itu SST Malaysia dan Apa Yang Berubah Mulai Julai 2025?

SST atau nama penuhnya Sales and Service Tax adalah sistem cukai tidak langsung yang menggantikan GST pada tahun 2018. Ia terdiri daripada dua bahagian: Sales Tax (cukai jualan) dan Service Tax (cukai perkhidmatan).

Cukai ini dikenakan pada peringkat tertentu, bukan terus kepada pengguna akhir seperti GST sebelum ini.

Mulai 1 Julai 2025, kerajaan Malaysia akan menaikkan kadar Sales Tax daripada 10% kepada 12%. Walaupun Service Tax masih kekal pada kadar 6%, skopnya diperluaskan.

Ini bermakna lebih banyak perkhidmatan akan dikenakan cukai, termasuk yang sebelum ini tidak terlibat. Perubahan ini dilakukan bagi meningkatkan hasil cukai negara dan menampung perbelanjaan kerajaan dalam usaha pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Salah satu kategori yang terkesan secara langsung ialah barangan mewah dan logam berharga, termasuklah emas. Dan inilah yang menjadi perhatian ramai sekarang.

SST Malaysia dan Cukai Emas: Kini Semua Jenis Emas Dikecualikan!

Sebelum ini, ramai yang keliru sama ada emas akan dikenakan cukai jualan atau tidak. Malah, ada juga yang risau untuk membeli emas perhiasan selepas pengumuman perubahan SST Malaysia 2025.

Tapi kini, kerajaan telah memberikan penjelasan yang jelas dan melegakan ramai penyimpan emas.

Kerajaan telah mengesahkan bahawa semua pembelian emas, termasuk jongkong emas dan barang kemas tidak akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dalam sesi siaran langsung Kementerian Kewangan di TikTok bertajuk “SST Naik, Semua Harga Pun Naik?”.

Barang kemas Public Gold dikecualikan dari cukai SST
Barang kemas keluaran anak syarikat Public Gold iaitu PG Jewel

Menurut beliau, keputusan ini dibuat kerana kerajaan menyedari peranan penting emas dalam budaya masyarakat Malaysia dan sebagai alat pelaburan serta simpanan.

Malah, emas sering dijadikan hadiah simbolik dalam peristiwa penting seperti kelahiran, perkahwinan dan juga sebagai cagaran untuk perniagaan.

Jadi, apa maknanya untuk anda sebagai pelabur atau penyimpan emas?

Secara ringkas, semua bentuk emas kini dikecualikan daripada SST, tidak kira sama ada anda beli emas pelaburan seperti jongkong, atau beli rantai emas sebagai hadiah.

Apa Maksudnya Untuk Pelabur Emas?

Ini berita sangat baik untuk pelabur dan penyimpan emas. Tanpa SST, kos pemilikan emas akan kekal lebih rendah, dan ini membuka ruang lebih luas untuk lebih ramai rakyat Malaysia mula menyimpan emas tanpa beban tambahan.

Akaun Emas GAP Public Gold
Mula menyimpan dengan RM100 di Akaun GAP Public Gold

Sebelum ini, ramai yang cenderung memilih emas pelaburan kerana ia dikecualikan cukai, manakala emas perhiasan dianggap kurang sesuai untuk pelaburan disebabkan kos upah dan cukai yang tinggi.

Tapi kini, bila barang kemas juga bebas SST, ia memberi kelebihan tambahan untuk pelabur yang nak simpan emas dengan nilai estetika.

Malah, syarikat seperti Public Gold kini mempunyai lebih fleksibiliti untuk membantu pelanggan membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak, tanpa perlu fikirkan soal cukai tambahan.

Walapun Emas Tiada SST, Namun…

SST Malaysia: Safe deposit box Public Safe
Jika anda simpan emas di safe deposit box, contohnya di Public Safe

Walaupun emas pelaburan tidak dikenakan Sales Tax di bawah sistem SST Malaysia, itu tidak bermakna tiada kos tambahan langsung. Pelabur masih perlu mengambil kira beberapa kos berkaitan seperti yuran perkhidmatan, caj penyimpanan, dan insurans.

Sebagai contoh, jika anda menyimpan emas fizikal dalam safe deposit box, yuran simpanan tersebut mungkin tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

Jadi, walaupun anda membeli emas pelaburan yang dikecualikan cukai, anda tetap perlu ambil kira kos servis yang mungkin terlibat dalam jangka panjang.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekarang?

Bagi anda yang dah lama tunggu masa sesuai untuk beli emas, ini mungkin waktu terbaik. Harga emas ketika ini masih stabil dan tiada cukai dikenakan untuk semua bentuk pembelian. Anda boleh:

  • Simpan emas secara akaun GAP – sesuai untuk simpanan bulanan.
  • Beli emas jongkong fizikal – untuk pegangan jangka panjang.
  • Dapatkan emas perhiasan di PG Jewel – sama ada untuk pelaburan atau hadiah, kini lebih berbaloi tanpa SST.
Emas Pelaburan Berkualiti Tinggi dari Public Gold
Emas Pelaburan Berkualiti Tinggi dari Public Gold

Tak kira apa tujuan anda menyimpan emas, sama ada sebagai pelaburan, simpanan, mahupun warisan untuk anak-anak, anda kini boleh melakukannya dengan lebih yakin, tanpa bimbang dikenakan cukai.

Malaysia dan Negara Lain, Di Mana Kita Berdiri?

Jika dibandingkan dengan negara jiran, pendekatan Malaysia dalam pengecualian cukai ke atas emas sebenarnya seiring dengan amalan antarabangsa.

Singapura, misalnya, turut mengecualikan GST ke atas emas pelaburan, menjadikannya pusat perdagangan emas yang sangat kompetitif.

Emas pelaburan dikecualikan dari GST di Singapore
Emas pelaburan dikecualikan dari GST di Singapore

Thailand pula mengenakan VAT 7% ke atas emas perhiasan tetapi bukan jongkong. Indonesia mengenakan cukai lebih tinggi ke atas semua bentuk emas.

Langkah Malaysia untuk memberi pengecualian kepada emas dianggap satu langkah positif, terutama dalam menarik minat pelabur dari dalam dan luar negara.

Kesimpulan

Keputusan kerajaan untuk mengecualikan semua bentuk emas daripada SST Malaysia 2025 adalah langkah tepat untuk mengurangkan beban rakyat, menyokong budaya tempatan, dan menggalakkan simpanan alternatif yang lebih selamat.

Dengan maklumat terbaru ini, anda tak perlu lagi risau sama ada emas pelaburan dikenakan cukai atau tidak. Jawapannya jelas, emas tidak dikenakan cukai langsung.

Kalau anda masih tertanya-tanya jenis emas mana paling sesuai, atau nak mula simpan emas dengan bajet kecil setiap bulan, saya sedia bantu. Boleh terus hubungi saya untuk sesi konsultasi percuma. Sama-sama kita rancang simpanan masa depan dengan lebih tenang.

Ditulis oleh Irfan Sa’id,
Penulis Kewangan & Info Emas Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *