Strategi Beli Emas Retrace – Panduan Pelabur Bijak Ketika Harga Tengah Cooling Down: Dalam dunia pelaburan komoditi, harga emas tidak pernah naik terus tanpa henti.
Setiap kali harga melonjak tinggi, akan tiba satu fasa yang dipanggil retracement atau dalam bahasa mudah, penurunan sementara sebelum sambung naik semula.
Inilah masa yang ramai pelabur baru panik, tapi pelabur berpengalaman pula tenang. Sebab mereka tahu, inilah masa terbaik untuk guna strategi beli emas waktu retrace.
Apa Maksud Retracement Dalam Pasaran Emas?
Retracement ialah penurunan kecil dalam trend menaik. Ia bukan tanda trend dah tamat, tapi sebahagian dari proses pasaran untuk ambil nafas.
Biasanya retracement berlaku 3% hingga 8% dari paras tertinggi. Contohnya minggu ini, harga emas dunia jatuh lebih 5% selepas mencatat paras tertinggi sekitar USD 4,381/oz.
Kalau dilihat dari sudut teknikal, ia cuma pelarasan sihat selepas 9 minggu kenaikan berturut-turut. Dalam analisis teknikal, ini dipanggil healthy correction, bukan trend reversal.
Kenapa Retracement Penting Dalam Strategi Beli Emas Retrace?

Bagi pelabur yang faham struktur pasaran, retracement ialah peluang, bukannya masalah. Ketika pasaran “cooling down”, harga emas biasanya menyentuh zon Fibonacci Retracement 38.2%–50%.
Ini adalah kawasan di mana momentum harga mengumpul tenaga sebelum meneruskan kenaikan. Pelabur yang sabar dan berdisiplin akan ambil kesempatan ni untuk:
-
Tambah gram pada harga lebih rendah.
-
Kurangkan average cost keseluruhan.
-
Dapat lebih banyak keuntungan bila harga sambung naik.
Inilah sebab ramai trader profesional kata:
The principle is clear. Smart money moves when everyone else is scared, echoing what Warren Buffett and Ray Dalio have been saying for decades.
Rujukan: https://www.goldpriceforecast.com/explanations/fibonacci-retracement-gold-silver/
Strategi Beli Emas Retrace Untuk Penyimpan Emas Fizikal
Bagi penyimpan emas Public Gold atau pelabur emas fizikal lain, retracement boleh dimanfaatkan melalui beberapa kaedah:
1. Guna Kaedah DCA (Dollar Cost Averaging)
Beli sedikit demi sedikit secara konsisten, contohnya RM500 sebulan melalui akaun GAP. Dengan cara ni, kau tak perlu risau masa bila harga naik atau turun, sebab purata harga beli akan jadi lebih stabil.
2. Manfaatkan EPP 10 Bulan
Kaedah bayaran ansuran 10 bulan ni sesuai kalau nak beli emas dalam jumlah besar tanpa menjejaskan cashflow. Masa harga tengah retrace, lock harga dulu sebelum sambung naik.
3. Diversify Simpanan Emas
Gabungkan emas bar dan dinar, atau 1g–10g untuk fleksibiliti tunai. Semakin kecil denominasi, semakin mudah nak cairkan bila perlu.
Contoh Sebenar Retracement Sebagai Peluang

Kalau tengok pada carta di atas, inilah contoh sebenar bagaimana strategi beli emas retrace berfungsi dalam dunia sebenar.
Sepanjang Oktober 2025, harga emas dunia mencatat penurunan sekitar 6–7% selepas mencapai paras tertinggi berhampiran USD 4,380/oz.
Dari sudut teknikal, kejatuhan ini hanyalah satu retracement sihat (healthy correction) dalam trend menaik yang lebih besar, bukan petanda harga mula jatuh panjang.
Paras Fibonacci 38.2% hingga 50% seperti yang ditunjukkan dalam graf di atas sering menjadi zon di mana pelabur institusi mula menambah posisi.
Inilah kawasan yang dipanggil “accumulation zone”, iaitu tempat smart investor masuk semula ketika pasaran tengah “cooling down”.
Apabila harga melantun semula dari zon ini, potensi keuntungan boleh meningkat dua digit dalam masa beberapa minggu, seperti yang kita lihat beberapa kali sejak 2023 hingga 2025.
Daripada pengalaman saya memerhati pasaran emas sejak lebih 5 tahun, corak ni sering berulang. Bila ramai panik tengok harga jatuh, pelabur berpengalaman tenang menilai struktur pasaran.
Mereka tahu retracement bukannya rugi, tapi peluang tambah simpanan emas dengan kos lebih rendah. Sama ada melalui akaun GAP atau pelan EPP 10x Public Gold.
Apa Faktor Pendorong Harga Emas Ketika Ini?
Beberapa faktor utama yang mempengaruhi harga emas global ketika retracement:
-
Data Inflasi Amerika Syarikat (AS)
Setiap kali laporan CPI keluar, pasaran akan menilai semula jangkaan kadar faedah. Bila inflasi tinggi, pelabur cenderung beli emas sebagai lindung nilai. -
Dasar Kadar Faedah Federal Reserve (Fed)
Jika Fed mula longgar dasar monetari, emas berpotensi naik kerana dolar AS akan lemah. -
Risiko Geopolitik & Ketidaktentuan Global
Perang, ketegangan politik, dan ketidaktentuan pasaran saham. Semua ini buat pelabur kembali ke aset selamat seperti emas.
Rujukan: World Gold Council – Market Insights
Bagaimana Nak Bezakan Retracement & Reversal?
| Aspek | Retracement | Reversal |
|---|---|---|
| Tempoh | Sementara (hari/minggu) | Panjang (bulan/tahun) |
| Trend Asal | Masih sama | Berubah arah |
| Volume Dagangan | Rendah hingga sederhana | Tinggi |
| Peluang | Tambah simpanan | Jual atau lindung risiko |
Jadi, bila tengok harga emas jatuh sedikit, jangan cepat panik. Relax and tenang sahaja. Tanya diri: “Adakah ini retracement sementara, atau perubahan trend sebenar?” Selalunya, kalau faktor asas (fundamental) masih kukuh, itu cuma retracement.
Tips Praktikal Untuk Pelabur Emas Semasa Retrace
-
Pantau Support Zone
Gunakan carta mingguan dan harian untuk kenal pasti zon pembelian logik. -
Jangan Cuba Time Market
Fokus pada konsistensi, bukan ramalan harga. -
Gunakan Ilmu & Data
Baca laporan mingguan dari sumber global seperti Kitco Gold News. -
Catat Setiap Pembelian
Guna spreadsheet atau aplikasi pelaburan untuk kira purata kos. Kalau dah simpan dalam Akaun GAP, kita boleh tengok automatik average price sepanjang pembelian kita.
Trend Emas Masih Bullish, Bukan Lemah
Harga emas sekarang bukan jatuh sebab nilai dia menurun, tapi sebab pasaran tengah ambil nafas menjelang laporan ekonomi besar dan perubahan dasar global.
Selagi kadar faedah global dijangka menurun dan risiko geopolitik masih tinggi, trend utama emas kekal bullish.
Jadi bila harga tengah retrace, jangan panik sebab retrace hanyalah peluang untuk beli emas pada diskaun.
Kesimpulan: Jadikan Retracement Ini Sebagai Peluang
Pelabur bijak tak tunggu harga paling rendah untuk mula. Mereka tahu nilai masa dan konsistensi lebih penting daripada cuba meneka arah harga.
Gunakan pendekatan strategi beli emas retrace untuk tambah gram secara berdisiplin. Sama ada melalui GAP, EPP10x, atau DCA bulanan.
Irfan Said,
Real investors see red days as golden opportunities.


