Teknik 1 gram, 1 Bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baik, kali ini saya nak kongsikan satu tips yang sangat bermanfaat untuk penyimpan emas. Tips ini sangat famous dan ramai yang berjaya dengan tips ini.

Tips yang saya maksudkan ialah Forgotten Saving Technique.

“Hah, apa pulak benda tu cik Irfan? Teknik nak pikat wanita kah?”

Hahaha, bukan. Teknik ini maksudnya kita simpan dan kita lupakan. Teknik ini bukan nak bagi anda cepat kaya, tetapi nak didik kita menjadi seorang penyimpan yang konsisten.

Saya banyak sangat terima feedback, “saya nak beli emas waktu harga tengah murah la.”

Kalau kita nak beli emas yang murah, patutnya tahun 2000 dulu kita dah mula beli emas. Tahun 2000, harga emas RM 30 segram!

Sifat tunggu dan tunggu inilah yang jadikan kita rugi. Akibatnya, jumlah simpanan emas kita tak akan bertambah. Harga emas makin tinggi, simpanan emas kita pula tak ada perubahan. Rugi!

Solusinya, sediakan kaedah penyedian bajet lebih dari harga 1 gram. Contohnya, RM 300 sebulan.

  • 1/1/2021: Beli 1 gram emas pada harga RM 277 (Ada baki RM 23)
  • Bulan seterusnya anda ada bajet RM RM 323 (RM 300 + RM 23)
  • Bila anda ada teknik begini, apa saja harga 1 gram sekalipun anda tetap akan beli sebab ada DANA yang cukup.

Sebenarnya kalian boleh adjust sendiri teknik saya ini. Ubah ikut kemampuan dan bajet kalian sendiri. Nak beli 1 gram setiap minggu pun boleh. Anda sendiri tentukan, anda yang untung!

Kalian boleh gunakan tips yang saya kongsi ini untuk tabung emas:
– Suami atau isteri
– Dana pendidikan anak-anak
– Tabung kecemasan 3-6 bulan pendapatan

Hehe cukuplah sampai di sini dahulu. Kalau anda nak lebih banyak tips begini, jom join channel Tips Ilmu Emas Irfan Sa’id.

Saya jamin kalian tak akan rugi insya-Allah.

Irfan Sa’id,
PG00246861
HP: 011-32399333
Authorized Public Gold Dealer!

Leave a Comment

Your email address will not be published.