Tempat Simpan Emas di Bank: Betul Ke Pilihan Terbaik?

Bank Tempat Beli Emas?

Tempat simpan emas di bank, ini mungkin pilihan yang ramai anggap selamat, kan? Tapi adakah benar bank adalah tempat paling baik untuk simpan emas?

Jawapannya mungkin mengejutkan anda: tidak semestinya!

Dalam artikel ini, saya akan terangkan kenapa simpan emas di bank tidak semudah yang kita sangka. Saya akan gunakan satu contoh akaun emas popular dari CIMB Bank: e-Gold Investment Account (eGIA).

Dan dari situ kita boleh nilai sendiri, adakah ini benar-benar tempat simpan emas terbaik?

Apa Itu Akaun eGIA CIMB?

Akaun Pelaburan Emas CIMB, atau e-Gold Investment Account (eGIA), membolehkan anda melabur dalam emas secara digital — tanpa perlu pegang emas fizikal.

Kalau anda rasa semua tempat simpan emas di bank sama saja, jom lihat sendiri apa yang anda perlu tahu sebelum mula menyimpan emas secara digital.

5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Simpan Emas di Bank

1. Emas Digital Sahaja, Bukan Fizikal

Melalui eGIA, anda hanya memiliki emas atas kertas. Kalau nak tukar kepada jongkong emas fizikal? Maaf, tak boleh.

Ini isu besar terutamanya untuk orang Islam kerana emas dikira barang ribawi. Jika tiada serahan fizikal, maka pelaburan ini tidak patuh syariah sepenuhnya.

💡 Bank bukan tempat simpan emas fizikal bagi akaun jenis digital seperti ini.

Perbandingan tempat simpan emas di bank vs emas fizikal. Emas dan perak dikategorikan sebagai barang ribawi
Emas dan perak dikategorikan sebagai barang ribawi

Jika anda yang bukan beragama Islam, terpulang kepada anda. Namun, jika berlaku apa-apa terhadap ekonomi dunia, anda tiada emas fizikal dalam tangan sebagai backup.

2. Harga Emas & Syarat Minimum Belian

Harga emas dalam eGIA berubah-ubah ikut pasaran. Minimum belian adalah 1 gram, dan semua transaksi boleh dibuat melalui CIMB Clicks.

Tapi penting untuk tahu spread, iaitu beza antara harga beli dan harga jual semula. Kalau spread terlalu tinggi, susah nak untung dalam jangka masa pendek.

📌 Pastikan anda semak spread semasa sebelum beli. Ini penting dalam semua tempat simpan emas di bank.

Sangat penting untuk tahu berapa harga emas & minimum pembelian yang ditawarkan
Sangat penting untuk tahu berapa harga emas & minimum pembelian yang ditawarkan

3- Emas Tak Berikan Dividen

Berbeza dengan akaun simpanan biasa atau deposit tetap, eGIA tidak menawarkan dividen atau faedah.

Keuntungan kita hanya datang daripada kenaikan nilai emas. Jika harga emas naik selepas kita membeli, kita akan mendapat manfaat daripada kenaikan tersebut.

Jika ia turun, nilai pelaburan kita juga akan berkurangan. Sebab itu, saya sangat sarankan anda mempunyai simpanan tunai yang cukup sebelum melabur dalam emas.

Baca artikel saya di sini; Tips Seimbangkan Dana Kecemasan dan Simpanan Emas

Perbandingan tempat simpan emas di bank vs emas fizikal. Emas tak memberikan sebarang pulangan atau dividen
Emas tak memberikan sebarang pulangan atau dividen

4- Keperluan Baki Minimum

CIMB memerlukan kita mengekalkan baki minimum untuk akaun eGIA. Ini bermaksud kita perlu memastikan baki akaun tidak jatuh di bawah paras ini, atau kita mungkin dikenakan penalti atau akaun ditutup.

Sentiasa pantau baki kita untuk mengelakkan sebarang caj yang tidak diperlukan.

Caj yang dikenakan oleh CIMB jika kita tak capai baki minimum:
Annual service fee of RM5.00 – in the event the gold balance in the eGIA falls below 5 grams as at 31 December.

Setiap bank berbeza-beza dan anda perlu semak perkara ini. Sangat penting untuk anda baca satu per satu Product Disclosure Sheet mereka.

5- Yuran dan Caj

Walaupun eGIA menawarkan cara untuk melabur dalam emas digital, masih ada yuran dan caj yang terlibat.

Sebagai contoh:
Annual service fee of RM5.00 – in the event the gold balance in the eGIA falls below 5 grams as at 31 December.
A closing fee of RM10 should the eGIA be terminated within 6 months of opening.

Penting untuk kita sedar tentang kos-kos ini supaya kita memahami nilai bersih pelaburan emas yang dibuat.

Kesimpulan

Perbandingan tempat simpan emas di bank vs emas fizikal. 250g Gold Bar Public Gold
Sangat penting untuk kita simpan emas fizikal

Tak dinafikan yang Akaun Pelaburan Emas CIMB adalah pilihan yang baik untuk kita yang ingin melabur dalam emas tanpa susah payah menguruskan emas fizikal.

Walau bagaimanapun, penting untuk kita memahami sifat emas digital, turun naik pasaran, dan yuran yang berkaitan sebelum membuat pembelian.

Satu lagi perkara, apa kesannya jika kita hanya memiliki digital sahaja dan tidak menyimpan emas fizikal dalam tangan?

Dengan memahami perkara-perkara utama ini, kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak dan mengoptimumkan strategi pelaburan kita.

Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *